Showing posts with label donut. Show all posts
Showing posts with label donut. Show all posts

Sunday, August 16

Donut susu gebu

Assalamualaikum

2 hari jga tidur tak tenang alhamdulillah tqq yg komen dan beri semangat pd ciknur. 

Bila kita luahkan dgn tulisan ni kadang2 sgt membantu kita jga dari makan hati kan

Dari dahulu zaman sekolah ciknur memang jarang nak luah pd sesiapa walaupun kawan baik atau kakak2

Selalu tulis kat buku  note je mcm2😁😁


Sabtu pg bawa ank bungsu pergi dentis setiawangsa sb gg nya yg tampal masa dia form 3 tercabut tampalannya

Lepas settle baru cari mkn , cari nasi lemak bungkus , roti canai kat gerqi nasi lemak tok janggut Au2 tu bersebelahan eons. . Masa beli lemak lah nmpk donut susu ni 

Baru tgh goreng panas2. Org pun tak ramai beratur. Sb biasanya ramaii beratur ni.

Alang alang tu kan belilah sekali lamaa dah tak mem beli donut sni. Bukan apa kalu xda ank dara ni kat rumah jadi malas nk beli.

Beli 5 ketul je yg gula 2 ketul dan yg salut susu 3 ketul

Sedap lembut panas2 kan

Tak berapa minat yg susu 😁

Bukan donut saje ada turut dijual pau kacang merah dan pau sambal @ burger Malaysia Serta cakoi mini .

Semua sedapp sblm ni penahh beli.

Kalau rasa nk mkn donut lembut yg masih panas tu meh dtg dekat Eons je. 

Nampk yg membeli borong banyak2 jga




 

Monday, September 13

donut salju



assalamualaikum

Santai2 hari. minggu,  ptgnya  mkn Donut salju gebu gebas, lembut walau ke esokan hari.



nak save resepi kat sini.. sok. nak buat senang ✌️😉

kali ni guna tepung gandum. blue key je.

donut

bhn2 A

2.sb yis mauripan
1 1/2 cawan air suam
2 sb gula
2 sb susu pekat manis

bhn2 B

4 cwn tepung gandum
sedikit garam
1st baking powder
1st bread softener

2sb planta @ 2sb shortening

cara cara

bhn A satukan
biar 10 minit mengembang dulu

bhn B satukan
kemudian mskkan bhn A
last  mskkan planta

adun hingga sebati
# adunan agak lembik sikit

biarkan. 30-45 minit

keluarkan. angin dulu
baru bulat bulatkan ikut timbangan

dan biarkan. sekejap lg

panaskan. minyak dan. gorengg 



Sunday, August 8

Donut gebus


selamat petang
jamu mata menu ptg cik nor ni ye
donut gebu dan. sgt2 lembutt
merasmikan hadiah yg diterima dari Syaz
cik nor letak donut utk bergambar.
ok kann
jd koleksi kesayangan la lepas ni


nampak kan. gebu sgt donut ni
hasil kerja keras mixer ha haaa
dan. sb byk maka jadilah ia 2 menu donut dan bomboloni
 

kali ni donut cik nor guna resepi  yg dikongsikan oleh Cheta78. Kat IG

donut ♥️Cheta 78

Bahan2
250gm tepung gandum @ tepung roti
30gm gula
5gm yis
40 gm butter

*1 biji telur kuning
*susu fresh
*air sejuk dari peti ais

**sukatan  cecair
**telur, air dan susu campurkan jdkan sukatan 140 ml

resepi. ni guna mixer jadi mskkan bhn2 kering dulu
kemudian. cecair sedikit2
akhir mdk. butter @ marjerin
#kalau nmpk keras msk air sejuk sikit

adun hingga boleh picit@tarik.doh
dan tak melekit di tangan kita

taburkan sedikit tepung
bulat2kan. ikut citarasa
(cik nor timbang doh 50gm setiap satu

15 minit baru buat lubang
biarkan. 20 minit
dan. panaskan. minyak. goreng 



Monday, December 14

Donat ball @ bomboloni


 assalamualaikum semua

selamat pg😍😍😍

hari ni nak cerita tentang donut

masa mula mula menulis blog ni anak2 masih kecik2 rajin la 

mendonut he hee

try mcm2 resepi yg dikongsi rakan2

pantang nampak post donut mesti nak cuba

Donut kentang, donut pandan, dan mcm2 lg

maklumlah tengah semangat dan rajin

nak pula anak2 suka makan time tu kan

mcm2 versi resepi  dan bila buat ada yg menjadi elok dan ada juga 

yg memang tak menjadi terus msk dlm tong sampah 

penah try resepi donut yg katanya resepi ni tak perlu perap

uli2 terus goreng

bg yg nak cepat tu memang try la emmm malangnya hampehh

keras berdengunggg la gayanya 😇😇

takpe kan try and error

yg penting kena mencuba

dan sis masih simpan resepi masa msk kelas baking dgn seorg cheff 

di Bagus bekery dgn tips2 yg diberi.

dan resepi  donut yg selalu dpt result puashati 

dari perkongsian rakan blogger Izah Muffin Lover

memang menjadi resepinya

dan kbykan sis buat donut ikut resepi Izah ni

tqq ye Izah yg lama tak dengar khabar berita

terkini muncul bomboloni pula kan 

donut yg diisi dgn mcm2 inti

coklat nuttela, strawbery dn mcm2 la pilihan

 sis pun try la juga ha haa resepi Bomboloni tp buat ball kecik2 je

anak dara mkn dgn nuttela

nak tepek disini resepinya

resepi-donut-bomboloni

BAHAN-BAHAN

(A)

1peket yis mauripan

2 sb susu pekat

1 1/2 cawan air suam

2 sb gula

(B)

4 cawan tepung gandum

2 sb marjerin pelangi

2st baking

1st garam

cara caranya

campurkan semua bhn2 A dan biarkan naik kembang 

gaul bahan2 b dlm bekas besar

dan masukkan bhn A yg telah kembang

uli hingga sebati tak melekat ditangan

tp sis mskkan dlm mixer je

mixkan hingga sebati elok

dan tutup dgn tower basah 

biarkan adunan mengembang berganda ganda

sis biarkan dlm 40 minit gitu dah nampak penuh bekas td

bolehlah keluarkan dan picit bagi keluar angin

masa ni best picit2 sb pejal2 dah

siap boleh buat bentuk mcmna nak samada bulatkan atau bentuk ring

dan sb sis malas buat bulat2 mcm ball

je

susun dlm dulang yg ditabur sedikit tepung

jarak2 kan ia 

10 minit dah nampak elok je

boleh pnaskan minyak di goreng

api kena slow takut hangus 😎😎

Wednesday, October 23

donut gebu



assalamualaikum

selamat malam
sedang menjamu selera ker emmm sedapnya...makan apa tu??


Malam ni kita tayang donut ye. Lama jugak x mendonut sebenarnya
inipun ahad lepas bangun pagi binggung nak makan apa breakfas ni
Bila tanya si kecik adik ni jawapannya donut he hee dah tanya kan
ala sian jugak bila dia sebut donut tu kan he hee terus goggle resepi. Sebab nak cepat makan terus tertarik resepi di blog kak Nik Ja mokwonik . kata kNJ donut yg  cepat2 boleh makan yum yumm he hee apalgi kita try la ye


kita wat separuh je dari aduanan ni , karang kalu banyak tak termakan

DONUT HASUE

sumber: Hasue@myR , Izah ML ...TQ!!

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )


500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) *saya letak gandum je

1Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)

50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir (KNJ guna 4-5 sudu besar)
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Topping:

Gula halusCara-cara



Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.



Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).


Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).

Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.


Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.



nota: donat ni memang gebu dan lembut dan best walaupun tak perlu diperam. Selamat mencuba!!












Thursday, February 21

donut gebussssssssss

ASSALAMUALAIKUM

Selamat Malam teman-teman

gebussss kan nampak donut ni, memang iya lembut je tau

nampak model donut di bawah ni he heeeeeeeee yum yumm

sebab menjadi ok dan sedapp baiklah kita share dan panjangkan resepinya semoga bertambah pahala dan rezeki 
si empunya asal ye. TQQQ IzahDaut


RESEPI DONUT LEMBUT IML
Sumber : Izah Daut

Bahan-bahan :
  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin


Cara-cara :
  • Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  • Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  • Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  • Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
  • Sedia dinikmati.

penggunaan BM(breadmaker):
  • Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.



Tuesday, April 10

donut paaaling sedappp izahdaut



assalamualaikum

salam sejahtera dan selamat bercuti sempena Pertabalan Yg Dipertuan Agung. Alhamdulillah hidup mesti diteruskan selagi dikurniakan kesihatan yg baik.
Dapat bersantai2 hari ni, dek cuti umum. He he suker kalu cuti2 ni kannnn. 
yessssssss paling gembira sebab dpt menguli doh donut paaaaling sedapp Izahdaut ni. Celik je mata memang teringat akan donut ni he he tak sabar nak menerai. Memang betul tak tipu arr donut ni sedap bangat dan lembut gebussss. pas goreng je terus merasa, ngap kemulut seketul he he
Emmm esok dah plan nak wat lg utk budak2 taska.Tengah suker bebenor he he
Sayangggggggg izah he he TQ VERY2 MUCH YE

Resepinya pun mudah je dan paling penting tak yah tunggu lama 2.
utk resepi asal boleh ke blog izah ye http://izahdaut.blogspot.com/2012/04/donut-paaaaling-sedap.html

 akak salin resepi disini ye izah wat rujukan


DONUT KELEDEK JEPUN
olahan dari donut kentang kak 1
by: izah 

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang *izah guna keledek jepun* Akak guna kentang
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega* akak letak shotening
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahan bahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.


memang sedap sungguh he he buat peminat2 donut mesti suka punya ngan donut ni. dan jangan lupa menerai sendiri ye

TERIMA KASIHHHHH

Monday, March 12

donut






assalamualaikum

selamat petang , sudah menikmati minum petang ke? Menu apa agaknya kan



kanak2 memang suker donut kan, anak bujangku ni pun salah sorang dia memang suker terutama masa lapar he he dan makan panas2 bila sejuk takyahlah kasi dah.
 tak laku pun he he

resepi donut disini

 tak sempat taip disini.donut yg gebu dan sedap...tq ye Izahdaut sb share resepi ni


TERIMA KASIH

Lamaaa tak jenguk FB yg lama ditinggalkan Tibaaa keluar memory 16 September yg lalu Jalan dental Anak2  Masa ni seronok Sgt depa ni kalu dib...