assalamualaikum
Salam Jumaat semua ..
.morninggggggggg dah breakfast you all he hee
tetiba datang kerajinan pula pagi2 ni
okeyy jangan banyak cerita jom kita layan je cream puff berkrim kastad ni ye ,bukan kali pertama tp berkali-kali jg cuma antara rajin nak posing atau tidak. Biasa la kan kalu rasa cantik sikit baru la blh tayang disini he heee
yg penting 2 anak sy sgt suka akan cream puff ni
resepi cream puff ni cilok dari blog Mamasya
tqqqq
CREAM PUFF
oleh; Dapurmamasya
bahan-bahannya
125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Cara-cara
Cara-cara untuk puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.- bila masuk tepung perlahankan api, guna api yg paling kecil,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk, nampak tepung tu dah jadi doh , terus padam api dan angkat. Sejukkan.
2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
- tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
cara-cara
Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalaam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.