Showing posts with label muffin. Show all posts
Showing posts with label muffin. Show all posts

Thursday, November 28

Muffin pisang coklat chips

Al kisah minggu lepas ank dara ciknur nk mkn muffin

Mama kata senang je kan tak payah mixer bagai

Godek2 je  Semangat la dia bila cakap senang

Apalagi dia pun tgk resepi kat tiktok

Ciknur x tgk pun tiktok yg empunya resepi biarkan dia cari resepi sendiri

Muffin coklat chips la kononnya

Cuma pesan kat dia muffin ni x blh kacau2 terlebih kena sikit2 je he hee

Alhamdulillah dah siap cantikkk je rupanya

#bukan muffin gambar ni tau yg ni ciknur buat muffin pisang

Tapiiiiiiii alamakkk bila mkn adoiii masin dik oii

Ha haa katanya ikut resepi memng letak garam sikit

So adik letak laaa

Emmmm abiss la kena 

Esknya terpaksa la mama tunjuk skill buat muffin

Kebetulan ada pisang berangan sikit maka jadi la muffin pisang

Esk  Siap paginya bw ke sekolah bg bf bfnya tu🀭🀭

Muffin pisang 

Monday, November 23

muffin pandan


ASSALAMUALAIKUM

Selamat malam semua

sebelum lelapkan mata moh le update dulu he hee


pas ni leh la nak delete gambar lam galery hp kan

bila terrrrrajin sikit ini hasilnya muffin pandan

dan baru belajar buat muffin2 ni cam best pulaok

bukan apa sebbnya godek2 dgn senduk kayu je\

jadi tersukaaa pula

cuma tak jadi muffin montok cam muffin sebenar

next kita try lg ek insyaallah😍😍 sampai puashati



 

Wednesday, October 5

muffin pisang coklatchips


ASSALAMUALAIKUM

 layan muffin jomm
cuti2 kat rumah ni.......





muffin pisang

bahan-bahan

5 biji pisang berangan
(blender hancur)

1 cawan gula perang
1/2 st soda
1/2 st baking pawder
1 biji telur
esen vanila

11/2 cawan tepung gandum
coklat chips utk hiasan

gaul2 manja2 shj
dah sebati mskkan dlm cup 3/4
bakar 20 minit



Saturday, April 13

muffin pisang

assalamualaikum dan salam hari minggu

Air ooooooo air 
kusut masai memikirkan tentang bekalan ni hu huuu hari ni masuk hari ke 3 dah air tak ada tau kat kawasan Taman Keramat ni. Tak penah2 sblm ni lama gini, selalunya kalu tak ada separuh hari paling lama sehari. Ini tidak sampai air tangki pun turun meleleh je, air minum oklah lg kan beli berbotol2 
Teruk nampak gayanya ni, baca paper semalam kata masalah kat Bt Cave sana sb paip pecah, harap2 ptg ni pulihlah ye.....tak sanggup air tak ada ni, seksaaaaaaanya.
pinggan mangkuk penuh singki, kain baju oklah kan simpan kering. Tergendala segalanya. 
dapur pun kena berenti operasi he heee tapau apa yg patut tp kan sb semua kawasan so kedai makan yg dekat2 sini pun tutup belaka....nampak gayanya kena jalan2 cari makan kawasan lain.

Bebal dgn masalah air meh layan muffin pula ye. oooooo jgn salah faham muffin ni menu minggu lepas masa belum dilanda krisis air he heee.
sesaja suka sb ada stok pisang .
Alahai tak dpt sambutan dari anak2 pun. Diorg ni memang kurengg sikit. Agaknya kalu campur dgn coklat chips ker mungkin lg sedap kan.
apapun layan je lah,...ok pasni nak kena keluar cari air lagiiiiiiiii

.resepi dari
myresipi.com oleh Shazwani Shah. tqqqqq ye

MUFFIN PISANG

Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 300 gm tepung gandum
  • 3 butir telur -diambil kuningnya
  • 20 gm serbuk penaik
  • 150 gm gula
  • 100 ml air
  • 100 gm minyak jagung
  • 50 gm pisang masak -dipotong kiub
  • perisa pisang
  • cawan kertas

Cara-cara

  1. pukul telur bersama gula hingga kembang.masukkan susu,air,minyak ,perisa pisang dan tepung gandum.
  2. kacau sehingga sebati.kemudian masukkan adunan ke dalam cawan kertas.
  3. akhir sekali masukkan pisang dan bakar hingga masak.

T

Monday, May 14

CUPCAKE COKLAT DARI KAKAK & ADIK UTK MAMA

 Assalamualaikum semua

cantik tak kek ni mama? he he wah cantikkkk nye. kenalah gembirakan bila anak2 tunjukkan hasil tangannya. Terima kasih sayang2 mama...suker sangat.
inilah projek hari minggu kami semalam he he projek cupcake coklat. Kebetulan duk keluar iklan kat TV Selamat Hari Ibu dan walaupun taklah menyambutnya tp sekadar terima ucapan hari Ibu jg dari anak2.Hari paling istimewa bolehkan, cara kita bukan cara org barat . Rasanya seperti kita menyambut Hari pekerja hari guru dan kebetulan may ini ada hari jururawat juga.. Hari jumaat tu lagi duk plan projek ni tp sabtunya x dpt nak penuhi So utk ahad baru dptmemenuhi axtv santai2 dirumah...taraaaaaaa inilah hasilnya. 
Kakak yg beriya-iya nak buat sendiri tp mama jg yg kena sukatkan bahan-bahan cc ni. Baru tau dia penat jg baking kek kan he he si Adik cam biasa tukang sibuk jg tolong ayakkan tepung, memang suker sgt dia dpt tolong hu hu tp alahai sepah2 tepungnya..apapun asalkan anak2 hepi kan

 masih guna resepi sebelum ni yg mudah dan pastinya sedap
deco ikut suker hati dia je..he he bolehlahkan...


TERIMA KASIH

Thursday, March 22

muffin pisang coklat chips

assalamualaikum.
Minggu lepas asyik wat kek pisang je lepas satu satu he he kisahnya anak sedaraku ni yg masih dlm tempoh berpantang anak ke 5 ,bersalin 29 april suker bebenor akan kek pisang ni.
masa melawatnya tu ada bawakan kek pisang tu yg terus  suh wat lg 2 ketul kek ni sb tak cukup katanya...jadi masa beli pisang ,beli lebih sikit jadi tu yg sampai dpt wat muffin ni

 
 guna resepi sama ngan kek pisang kismis  cuma gula tukar ke gula perang dan telur pun kurang kan sebiji. yg lain sama . Bila wat dlm cup ni rupanya macam muffinlah kan.... Letak coklat chips utk kasi menarik supaya anakandaku tertarik he he. Laju jg diorng makan. alhamdulillah



petik dari kata 2 SEJUTA KASIHSAYANG (sekadar utk tenangkan diri sendiri)

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..

Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…


SEKIAN TERIMA KASIH 

Lamaaa tak jenguk FB yg lama ditinggalkan Tibaaa keluar memory 16 September yg lalu Jalan dental Anak2  Masa ni seronok Sgt depa ni kalu dib...