alhamdulillah 12hb june 2020 akhirnya dpt merentas negeri , dpat balik ke kampong kat Perak
dptlah merasa buah2 tempatan yg tengah masak , nak lagi durian kampung ,
walaupun dah penghujung pun, tp dptlah jga merasa sikit
kali ni musim buah kan dalam PKP jadinya pokok2
durian kaT bukit pun terpaksa la dipajakkan.
dipajak kat org kampong je .kalau tidak tentu ada lain yg ambil kesempatan
ha ha biasa la kan dimana mana pun ada je. dptlah hasilnya sikit.
kalau tahun lepas abg ipar yg jaga dusun, dapatlah kami peluang juga panjat bukit sikit2 kutip
durian mcm dulu2
banyakkk sgt kenangan yg ditinggalkan..disni..kenangann tiapkali musim buah2
bersama arwah pak mak. penat jerih pak usahakan dusun ini
dgn pokok2 durian, cempedak, limau manis, manggis dan langsat
sayuuu bila kenangkan. kala Mengharungi sungai, sawah padi bersama arwah mak
sbnya dulu xda kemudahan spt skrg. terpaksa berjalan kaki,
arwah pak sorang je naik motor bawa bakul
kami dgn mak jalan kaki lah, walaupun skrg rasa jauhhh juga tp dulu tak terasa kot
skrg naik kereta terus sampai ,
istimewanya kali ini 2020 dpt merasa durian nan sepokok yg ditanam kat tanah arwah mak
di belakang rumah lama. dekatt je tepi jalan besar, Tanah tempat sebelum ini arwah pak projek
tanam nangka madu dan dokong
beberapa tahun dpt kutip hasil sblm keadaan arwah pak tak sehat kena dialisis
terus kebun ni memang terbiar
macam tu je . pokok2 nangka berbuah pun tak sempat kutip hasil
emmmm penyamun tarbus dulu yg ambik peluang kutip hasil2nya
boleh tahan lebat buahnya juga tahun ini dan masa bila dpt pelepasan balik kg ni baru
kebetulannya bermula
gugurnya . lewat sikit . satu satunya pokok arwah mak ni pula baru gugur
betul2 rezeki kami org kl yg terkurung
durian di kebun dusun arwah mak, pokoknya taklah besar, masih muda ,pgi dptlah 3,4 biji yg
gugur dan ptg .
pula 2 ,3 biji, Isinya sedikit kuning lemak2 manis. 2 pokok lg tak berbuah . pokok dokong pun sikitt
je yg berbuah dan masih hijau lg
tanah arwah mak yg sedikit ni di amanatkan pd kami 3 beradik, 💢😊semasa hayat masih ada lg
arwah mak dah pesan dan 2017 siap buat pertukaran nama . kata arwah dia tak mau bila dah tak ada
di dunia anak2 berbalah hanya kerana tanah yg tak seberapa ini. Banyak yg terjadi skrg ini
adalah contoh yg sering arwah takutkan.
kadang2 manusia senang berubah tingkahlaku,,,hati berbolak balik ,,reality yg byk terjadi dan
contoh2 depan mata. Banyak yg kabur bila tiba perihal harta pusaka, tanah2 pusaka .
nauzubillah semoga Allah s.w.t jauhkan kami dan anak2 cucu kelak dari sifat2 sebegini
next sambaungggg cerita seminggu
di kampung 😍😍