bila chalet tepi pantai, dpt nikmati pandangan waktu senja๐ tenang je lihat lautan walaupun masa berombak.
Thursday, August 27
melaka part 3 pantai pengkalan Balak
Wednesday, August 26
melaka part 2
destinasi ke 2 di Melaka, masuk bandar hilir, dataran pahlawan. cari makan dulu masing2 dah kelaparan.pusing2 shj cuci mata
singgah bergambar disini kota Afamosa. ramaii sgt yg melawat sini. so sekejap je bergambar
dgn cuaca yg panas lg pulak tu. si abang is beriya nak mkn coklat. td dah nampak restoren coklat moutan .
lepas makan wafles dan pengkek coklat terus gerak balik .
sempat singgah sr beli kek ni utk besday si kakak tisha 20 ogos๐๐ sweet 19 dah anak kedua sis
mkn kek tepi pantai la kita
Tuesday, August 25
Melaka -Family trip part 1
Sunday, August 16
bengkang ubi kayu
selamat berhari minggu
sarapan sis hari ini,salah satu kuih tradisional yg sgt disukai
bengkang ubi kayu atau bingka ubi.
kisahnya ptg smlm sis ke pasar malam, nampak ubikayu ๐ beli 3 ketul rm4.80
dan singgah beli kelapa parut jga. malam dgn rajin dan gigihnya terus parut
he hee dpt seloyang jadi la kan
resepi masih kekal yg sama
4 cawan ubi yg siap diparut
1 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
garam dan pewarna kuning
gaul rata dan bakar dlm loyang saiz 8
160c dan kira2 1 jam
#ubikayu yg diparut sis tapis dulu buang air yg berwarna kuning tu dan ambil sagunya ye#
petua arwah mak sis supaya mkn nanti x berangin dan pening kepala
Wednesday, August 12
si ungu @ bunga telang @bunga nasi kerabu
ASSALAMUALAIKUM SEMUA
kisahnya bermula masa sis ke Kelantan kira2 5 tahun yg lalu, umah mertua kawan sis
Masa nk balik sis terlihat bunga2 cantik warna unggu banyak sgtt di luar dapurnya. Cantiknya dalam hati berkata kata tp mcm boleh baca je apa yg terfikir oleh sis Terus mertua sis tu bercerita pasal bunga ni๐ yg besttnya siap dia kutip kacang2 berwarna coklat utk sis he hee
kisahnya itulah biji benih, sengal betul laaa sis rasa time tu
lama juga tersimpan dlm laci dan suatu hari sis bawa ke taska, sis semai dlm polibeg dulu dah agakk besar sikit anak2 pokok baru sis letak tepi pagar sisi yg kosong. alhamdulilah makin berkembang dgn jayanya hingga memenuhi pagar.
dan ramai juga yg bertanya berminat memetiknya
ada jiran2 tu siap mintak nk ambik utk masak nasi kerabu .
alhamdulillah.
oklah jom baca khasiat2 nya
sis goggle๐
๐๐๐๐
[KHASIAT BUNGA TELANG]
Manfaat Bunga Telang (Clitoria ternatea) @ Bunga Nasi Kerabu
Khasiat perubatan
Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.
Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.
Manfaat lain Bunga Telang.
1.Menyuburkan rambut
Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.
2. Mengurangkan sakit kepala
Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.
3. Merawat ulser mulut.
Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.
4. Insomnia
Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.
5.Mengubati bisul
Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut.
6.Melawaskan kencing
Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap.
7.Membersihkan mata
Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah.
8.Perbaiki haid wanita
Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid.
9.Merangsang memori dan kebijaksanaan
Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.
10.Pewarna makanan dan fabrik
Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)
11. Sebagai detox
Teh herba bunga telang dapat hilang kan racing dalam sistem PENCERNAAN. Amik 2 3 kuntum bunga rendam air panas dan minum boleh ltk madu atau tambah limau nipis buat air biru bertukar menjadi purple!
12. Mengubati batuk
Akar bunga telang dpt ubati batuk dan asma
13. Ubati bronchitis
Rebus 30-60grm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi dan malam.
14. Mencuci darah
Darah kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah
15. Ubati sakit telinga
Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pd telinga yang sakit.
Boleh juga dimakan bunga telang. Campur kan dalam telur dan masak seperti telur dadar atau celup tepung pun sedap!
Kredit : knor khalid
Tuesday, August 11
pantai teluk cempedak
Persinggahan bila dah sampai Kuantan ni๐ mesti la TC @teluk cempedak.
wahhh pesat membangun, mcm2 ada disini. Meriahhh skali dgn tempat2 mkn.
pilih jew semua ada MCD, PIZZA, kfc, starbuck, he hee
Dan sudah ada jambatan rupanya dibina di persisiran pantai ni
ala2 jambatan gantung gitu tp kat tengah mcm goyang2 sikit, tak pasti bila dibina
sb rasa dah ada kerosakan sikit, mulanya seriau juga
naik jugalah utk ambik gambar kenangan
Monday, August 10
Pantai Balok Kuantan
abadikan kenangan percutian family baru2 ni kat pantai Balok kuantan . pertama kali sampai sini.
pantai yg cantik bersih, damaii dgn deruan anginnya membuaii perasaan hihii
bertolak dari kl kira2 jam 12.30 tghari kot , singgah sekejap di hentian sis lupa pulok tempat tu
en somi mkn dan solat jamak zohor asar , sampai kesini jam melepasi waktu asar dah
lepas chek in letak barang2 terus ke pantai ni . memang tak sabar dah bermain pasir dan kena angin 2
anak2 dara ni. anak bujang sis pula lepak atas katil je emmm
apalagi mula bergambar๐puas2
kami bermalam De ru Beach Resort utk semalam je sebelum esk tolak ke felda Chini umah my sis๐
Sunday, August 9
tasik chini pahang
assalamualaikum sahabat2 semua
alhamdulillah harap semuanya dlm perlindunganNya, aaminn
kesempatan yg diberi pd aidil adha 2020 kali ini. akak sekeluarga beraya di
Pahang. setelah 10 tahun tak kunjung ke rumah my sis ni
he heee lamaaaa kan tanpa disedari.
last dtg masa anak sedara yg ke 3 kawen, la ni anak sulongnya
Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...
-
Minggu lepas punya cerita mkan2 @potluck jamuan raya Taska. Cawangan tmpt ciknur bertugas. Menu potluck yg dibawa parents anak2 dan jga yg d...
-
sebelum tirai 2022 berakhir jamuan kecil kecilan , potluck anak2 taska. Tak sampai separuh pun hadir maklumlah cuti sekolah. Bulan disember ...
-
21 hb September.... hari kelahiran suami tercinta En Sulaiman Hj Mohd Rashid Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat ...