Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Thursday, August 18

Ban kaya Mighty white




Dah sarapan?

Dah sarapan?
kadang2 pening mikir nk makan apa pg2 ni kan. Selalu skip tapi sebenarnya x elok rupanya.

Nasi lemak, roti canai adoiii bosann dengar pun.
 
Lapar🀭🀭 kol 9 je keruk keruk bunyi perut kalu x mkn apa2

sekali sekala paksa diri jga mkn.
seriuss pg2 ciknur memangg buntu nk mkn apa. Semuanya rasa tak.mau.
adoiiii
Bila pg2 kat taska ni susah sikit nk cari bekfast



Roti bun ni blh la kan alas2 perut.  Tak blh nk mkn byk2 jga kaya manis2 ni.

tp cerita bab roti bun, brand mighty white ni pilihan no 1 ciknur.

kalau inti  coklat pun sedapp.

ada je brand lain ,bykkk tp agak berbeza.
Kaya nya tak keras tu yg bestt.
bg ciknur la kan. penah beli brand lain jga x sukaa kayanya tu. Walau roti lembut. Kaya cam berketul gitu.

sekadar mkn seketul dua dgn air teh o limau.
selebihnya ank2 habiskan he heww

Monday, October 4

Roti. pandan. inti. sekaya


 Roti pandan. berintikan. sekaya.
kali pertama try bu at versi letK inti

 Hasil. ke rajinan di hari minggu.

dpt saiz petak loyang 7 dan 2 loyang bulat saiz 6
mkn panas2 sedapp. tp. dah sejuk pun masih lembut lg tau. 


tabur bijan je kat atasnya
 resepinyA
πŸ‘‰

Sunday, August 29

resepi Roti kelapa. pandan

 happy sunday

happy mood jga hari ni. Sb tu rajin buat roti he hee harum bau pandan nya
jadi utk menu ptg, pg membawa ke tghari siapkan menu nasi lemak utk sekali harung
dan kena ada ayam.gorzng ala kfc he hee.



kann tgk depa duk viral bising2 pasal roti kelapa. pandan.
 Ada yg tertipu sampai terbeli roti putih la. tersalah kot emmm
ialah iklan je tepek kat roti tp sb tak tgk. betul2 dah salah beli.
mcm2 ragam la. aiii kan
rakyat Malaysia ni😁



  ✌️Roti pandan kelapa.

Bhn2nya

400gm.tepung roti
1 biji telur b
5 gm yis
1st softener
4 sudu besar gula
sedikit garam
santan kelapa. (kotak) 200 ml
perisa pandan

marjerin 50gm

cik nur guna mixer je lebuh semua bhn2 dan. mixer sampai sebati
last msk marjerin
uli kg sampai rasa puas hati,
bila picit tak melekat kat jari

tutup doh 40 minit
kemudian tumbuk keluarkan angin
dan bulatkan (cik.nur timbang 43-47 gm setiapsatu) susun. dlm loyang saiz 9
biarkan mengembang hingga penuh loyang
dan sapu sikit  kuning telur
panas oven dan bakar
suhu 160


Friday, July 16

roti kentang lembut


 assalamualaikum

Ptg ni cik nor merajinkan. diri buat roti kentang. Lama jgak tak meroti. rasanya.

rasa nak mkn pulak tiba2

adun @ uli tangan shj. Sb adunan.tak banyak tepung 230gm. Hasilnya dpt seloyang saiz 9.

resepi.cik nor. google dan. ikut resepi seminit resepi. Mula. adun memang sgt lembik. tambah2 tepung lg.mungkin sb buh telur sebiji yg agak besar kot

lain bahn ikut sebiji resepi yg dikongsi

entah mana silapnya kot ha haa

tp. apapun. roti. lembut. sedapp. alahaii cik nor pula. tgh2 membakar roti blh keluar kejap hantar daun kunyit kat kwn

he hee itu jadinya tergaring sikit.


Saturday, December 19

roti kentang

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT PG

dah sarapan ke semua, sis sarapan roti kentang ni ,makan panas2 suka sgttt sedappp

dah sejuk pun masih lembut roti ni



 

ROTI KENTANG

500 GM TEPUNG ROTI

100 GM GULA KASTOR

1 PEKET YIS 11 GM

 I BIJI KENTANG YG BESAR -REBUS DAN LENYEK HINGGA HALUS

2 BIJI TELUR

SEDIKIT GARAM

160 ML SUSU SEGAR

2 SB MARJERIN


πŸ‘‰MASUKAN BAHN KERING DAN DIIKUTI BAHN BASAH

SIS GUNA MIXER ADUN HINGGA SEBATI

KEMUDIAN PERAP HINGA NAIK 2 KALI GANDA

KEMUDIAN BARU BENTUKKAN BULAT2 

BIARKAN HINGGA NAIK LG DLM 25 MINIT

BAKAR

Friday, October 23

meroti, roti sarang lebah + roti manis

assalamualaikum

selamat berhari minggu

minggu kedua pkpb, isnin selasa kita tungguuuuu

samadaa masih pkpb lagi utk kami warga kota

walau apa pun keputusan terima shj


emmm bila kat umah ,,,,,mengemas maka terhasil roti bila terjump tepungg roti he heee

roti sarang lebah yg suatu ketika femess kan

layan je ptg2 mkn roti  ,yg manis cicah dgn air teh o kurang manis

alhamdulillah




 

Tuesday, March 24

roti manis


STAY AT HOME- hari 5

misi sebelum expired tepung roti, masih berbaki 1/2 kilo rasanya
so cukup utk adunan roti manis

alhamdulillah, masa dirumah sekurang kurangnya terisi juga
jadikan menu cicah air teh o
mengisi perut dikala berbunyi ha ahaa



200 ml air suam
2 sb susu pekat manis
3 sb gula
11 gm mauripan

dibancuh hingga berbuih


tepung roti 3 1/2 cawan
2 sb susu tepung
1 biji telur
2 sb marjerin
1 st serbuk penaik

cara caranya

ramas ramas kan semua bhn2 tepung marjerin susu dan telur
mskkan bancuhan yis
uli hingga sebati tak melekat ditangan

biarkan dlm 1 jam

tumbuk2 bg keluar angin

bulatkan mskkan dlm loyang
tunggu 1/2 jam lg

baru bakar dlm 25 minit suhu 160


Friday, November 25

resepi roti


assalamualaikum

salam hari minggu. jom intai2 resepi roti dari blog Dapur ibucergas ni, cp disini utk rujukan
tqqq ye share 

http://dapur.ibucergas.com/

Bahan doh asas bun:
  • 500 gram tepung roti / high protein flour
  • 80 gram gula kastor (saya letak 120 gram jika nak terus manis, tanpa perlu Butterscotch Sauce)
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 sudu teh bread softener
  • satu biji telur
  • 60 gram butter
  • 100 gram ais
  • 150 gram air biasa
  • 11 gram yeast kering
  • secubit garam



terima kasih

Wednesday, June 25

roti & sosej



Jom meroti, emmm lama tak wat roti kan
tetiba rajin pula he hee
 yg bawah ni sosej, rupanya giteww lebih kurang je
maklumlah baru belajar
tp diminati pula oleh si abang dan kakak. jadi menu makan malam
makan time panas...alhamdulillah sedap lembut. Resepi hasil skodeng di blog Zalin Zalina yg comel tu.
Nk cp blog intenet sangkut2 pulak.
Salin apa yg teringat je ni
Apapun tqqq Zalin


Bahan-bahan

250 gm tepung roti
I biji telur
50 gm gula kastor
50 gm marjerin pelangi
1st pelembut roti
1 sb susu tepung
Sedikit garam

1 st yis mauripan
105 ml air suam


Cara-cara

Satukan yis dan airsuam
Dan gula
Biarkan hingga berbuih

Satukan tepung telur, marjerin
Mskkan bancuhan yis dan uli hingga x melekat di tangan
Biarkan naik dlm 45 minit
Bulatkan atau btk disukai
Sapu telur 
Biar lg 1/2 jam

Bakar 15 minit
Dah msk sapu marjerin utk kasi kilat ye




Wednesday, April 23

roti sarang lebah



assalamualaikum

  alhamdulillah, sejuk hari ni hujan lebat membasahi bumi. 
Mata pun layu je ni, kalu duk atas tilam berselimut fuhhh kompem lena he hee

 penangan layan fb he hee semua yg ditunjuk buat kita teruja menu2 yg buat x senang duduk selagi x rasa sendiri. Tapi x semua la kan.
Mcm roti sarang lebah ni la bila pk je wahhhh mcm x sabar2 nk try.

Resepi cp kat blog Izah disini ye.


ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey
by: Izahdaut


DOH✏️
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.��
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..��
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. ��
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.



Saturday, February 23

roti manis



assalamualaikum

selamat berhari minggu

hari ni nak kongsikan resepi roti pula. Lupa la hari apa buat he eee sebelum raya cina lg tp x sempat nak transfer dari hp ke laptop tu yg lambt wat entry. 



ikutkan tak rajin sebenarnya nak meroti-roti ni. 
Lainlah ada bm tu tp cuma satu sebab iaitu sayangkan tepung roti yg masih ada separuh peket tu. Kalau biarkan pasti expired date lah. Biasa kan duk simpan dalam peti ais. 

cari resepi di blog http://www.jintanmanis.com yg sgt pandai meroti dan banyak resepi2 roti di sini-dohasasrotimanis 
tqqqqqqqq Ros

banyak jg dapatnya jenuh la makan, 
cicah dgn air milo pun sedappp

Monday, May 21

roti manis kaler hijau


assalamualaikum

selamat malam semua. masih lagi makan roti tuan umah ni kan...sambungan roti manis sebelum ni cuma kali ni tambah perisa pandan dan kaler hijau epal ni dan letak juga kismis. Ni lah bila terlebih rajin kan.
 layan gambar2 je ye sb xleh citer panjang2

 

disebabkan nak cepat kita letak je dlm acuan gini, jadilah seketul besar he he pastu nanti potong2 kannya.
selit2 sambil bakar kek coklat dan cup cake. tunggu turn masuk oven.
resepipun masih sama. tq banyak2 kepada tuan blog kerana sudi share resepi roti.


terima kasih pada yg sudi kunjung dan komen ye...tq tq very2 muchhh

Sunday, May 20

roti manis pertamaku

assalamualaikum

alhamdulillah dpt bertemu kembali
hari ni hati memang sangat2 gembira he he gembira melihat hasil roti manis pertamaku ini yg menjadi.
yessssssss excited telebih sudah. Memang la kan happy, jenuh menguli dengan sepenuh tenaga tau. Nak dptkan hasil gini maklumlah kita tak ada bm utk meroti. guna tangan pun ok tengoklah jadinya lembut juga dan pastinya pasni tak sabar nak buat lagi tau


nampak tak lembut je kan he he cicah ngan air teh memang sedap tau. Namanya roti manis tp taklah manis pun ye. kita ambik resepi roti manis disini http://www.jintanmanis.com/roti/434-dohasasrotimanis
terima kasih banyak2 ye. sy c/p disini sebagai rujukan

Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahanya

300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam ( SY GUNA AIR SUAM JE)
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, , bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.


 TERIMA KASIH

Thursday, March 29

roti kentang pertamaku


assalamualaikum semua

 alhamdulillah akhirnya dpt jg capai hajat nak buat roti ni. Sangat2 gembira he he kegembiraan kalau di share tentulah lagi ok kan. Roti kentang ni mengingatkan pada seseorang ...pada boss @ manager masa kerja opis dulu di Wangsa Melawati he he yg baikhati dan rajin belikan roti kentang panas2 di Carrefour. Sedap sgt masa tu maklumlah panas2 memang lembut sgt roti ni kan. Feberet dia sebenarnya . Kenangan masa 13 tahun yg lalu ni.

 dah lama teringin nak cuba sendiri, bila ke blog Puan izahdaut selalu intai2 resepi ni he he izah yg rajin sangat meroti dan sungguh menjadi. Terliur betul tgk roti2 izah ni. Sapa2 yg nk cuba ke blog izah ni http://izahdaut.blogspot.com/2011/04/roti-kentang-iii.html
banyak roti2 disini. TQ ye izah sb sharekan resepi ni.
 

jadi setelah sekian lama menghayati resepi2 ni dtglah angin ingin menerai pada hari ahad yg lalu. Sementara masak lauk makan tengahari kerja menguli lah dulu. Dah siap masak2 , bakar pulak roti ni. Konon2nya nak kasi si bujang terunaku sorang tu makan.. Ye lah kan nanti org semua makan nasi bolehlah dia makan roti ni. W/pun tanpa kastad kat atasnya tetap sedap.
Tengoklah anak dara sorang ni pun suker makan roti he he sekali lagi tq ye izah , akak c/p resepi disini pula. Pasni nak wat lagi he he

RESEPI ROTI KENTANG



sumberku: izahdaut


Bahan-bahan



  • 135 ml air sejuk dari peti ais
  • 3/4 camca teh garam
  • 1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
  • 60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
  • 300 g tepung roti (hi protein flour)
  • 3/4 camca besar susu tepung
  • 50 g gula halus
  • 2 camca teh yis
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • *saya tambah 2 ke 3 sudu mkn butter

Bahan Kastard
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar gula halus
  • 1 camca teh mentega
  • 1/2 camca teh esen vanilla
Cara-cara
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit.KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang 


terima kasih semua

Lamaaa tak jenguk FB yg lama ditinggalkan Tibaaa keluar memory 16 September yg lalu Jalan dental Anak2  Masa ni seronok Sgt depa ni kalu dib...