assalamualaikum
alhamdulillah dpt bertemu kembali
hari ni hati memang sangat2 gembira he he gembira melihat hasil roti manis pertamaku ini yg menjadi.
yessssssss excited telebih sudah. Memang la kan happy, jenuh menguli dengan sepenuh tenaga tau. Nak dptkan hasil gini maklumlah kita tak ada bm utk meroti. guna tangan pun ok tengoklah jadinya lembut juga dan pastinya pasni tak sabar nak buat lagi tau
nampak tak lembut je kan he he cicah ngan air teh memang sedap tau. Namanya roti manis tp taklah manis pun ye. kita ambik resepi roti manis disini http://www.jintanmanis.com/roti/434-dohasasrotimanis
terima kasih banyak2 ye. sy c/p disini sebagai rujukan
Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam ( SY GUNA AIR SUAM JE)
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan
semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan
Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di
bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, , bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian
rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain
bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok
teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik
apabila siap dibakar nanti.
TERIMA KASIH
seronok kan bila roti menjadi. lagi-lagi kalau uli tangan :-)
ReplyDeleteSalam Mamasaranur.gebus nya roti tu...wpun uli tangan tapi elok jadinya..nampak lembut..suka tengok!
ReplyDeletewahh pertama kali tp dah gebuss sgt..tahniahh:)
ReplyDeletepegi dapur Qh ada roti...datang sini pun ada roti...
ReplyDeletetunggu jap yer ucu bancuhkan kopi kita minum sama2....