Saturday, February 22

cupcake rainbow


assalamualaikum

Selamat berhari minggu.
Smlm seharian berjalan, sampai lenguh kaki he hee hari ni duk kat Umah je pulak. 
Sambil santai2 kat rumah, kita layan cupkek rainbow


Resepi mcm wat kek butter cuma letak dlm cup gini. Senang sikit nk mkn kan
Ank dara kecik ni suka kalu yg kaler-kaler. 
Mama layan je. resepi p dari blog kakAzie
tqqqqq kak




Tuesday, February 18

RV cheese tart & kiwi cheese tart



assalamualaikum

alhamdulillah syukur padaNya masih diberi kesempatan ini
kesempatan utk meneruskan hari2 berikutnya

terima kasih tak terhingga jg pada kawan2 yg ucapkan slmt hari ulangtahun perkahwinan kami. alhamdulillah semoga
Doa2 dari semua menguatkan lg kasihsayang yg terbina.


 cerita
Perihal semalam sehari suntuk ngadap cheese tart versi red velvet berintikan blueberry dan jg kiwi.
tak terasa penat bila ank dara yg order tu cakap sedap
cehhh perasan kejap he hee
Kusyuk wat keja camni sebenarnya terasa kepuasannya.


Utk itu ucapan terima kasih tak terhingga pada sariyusa.blogspot.com yg sudi share resepi tart ni di blognya. Perkongsian yg sangat bermanfaat dan satu pembaharuan jg dgn shell red velvet ni
kan. Lain dari sebelah ni. Okeyyy akak cp resepi disini sbgai rujukan ye. tqqq

RESEPI RED VELVET CHEESE TART

Bahan Crust :

170 gm margerin (SK guna Buttercup Margerin - tin kuning)
3 sudu besar gula icing
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka kurma
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar pewarna merah (cecair)
@ boleh ganti dengan 1 sudu kecil rata pewarna merah red velvet (serbuk)
270 - 290 gm tepung gandum (Cap Sauh)

Cara-caranya :
  1. Pukul margerin dan gula icing dalam mangkuk besar menggunakan senduk kayu. Pukul sekejap sahaja.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.. pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan cuka kurma, pukul sebati.
  4. Masukkan pewarna merah, pukul lagi.
  5. Masukkan serbuk coklat.. pukul lagi (lama-lama menangis adunan awak asyik kena pukul.. huhu)
  6. Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan dan di mangkuk. *berhenti letak tepung jika dah jadi doh.
  7. Simpan 15 - 20 minit dalam peti sejuk.
  8. Keluarkan dari peti. Ambil sedikit doh, masukkan dan tekan sekeliling dalam acuan tart mengikut ketebalan yang sesuai. Nak senang beli mesin tekan dengan SK ya.. hihi.
  9. Panaskan oven 10 minit sebelum dibakar pada suhu 170 darjah selsius selama 20 - 25 minit.
*Disebabkan adunan berwarna gelap, selepas 20 minit, keluarkan satu crust dan cuba terbalikkan. Jika crust tidak jatuh sendiri bermakna crust belum cukup masak. tambah 5 minit lagi.

Bahan Krim :

250 gram cream cheese (Philadelphia)
2 1/2 sudu besar gula kastor
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla atau jus lemon atau esen lemon

Jem : Strawberry Filling (Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-caranya :
  1. Pukul cream cheese dan gula kastor hingga lembut menggunakan mesin mixer.
  2. Masukkan telur dan esen, pukul lagi hingga sebati dan lembut.
  3. Masukkan ke dalam piping bag.
Cara Menyediakan RV Cheese Tart.
  1. Susun semua crust dalam tray pembakar.
  2. Picitkan strawberry filling 1/3 mangkuk crust.
  3. Picitkan pula adunan krim sehingga ke tebing mangkuk crust.
  4. Ambil sedikit crust, pecahkan dan taburkan di atas krim.
  5. Bakar selama 10 minit sahaja pada suhu 170 darjah selsius.
  6. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama.
*Jangan putar cream cheese pada suhu bilik. Putar 10 - 15 minit selepas dikeluarkan dari peti sejuk.


Thursday, February 13

kek for anniversary ke 15


 assalamualaikum

alhamdulillah hari ini 13 februari 2014 genaplah 15 tahun usia perkahwinan yg terbina dgn pilihan hati
Ha haa tanpa paksaan oleh sesiapa pun. Dah jodoh kan, jauh mcmanapun tetap bertemu. 


mengingati kembali tanggal 13 februari 1999 yg lalu detik bersejarah takkala selamat diijabkabulkan dgn suami tersayang di Masjid kg sg jerneh kampung halaman. Majlis Persandingan pula keesokannya 14 febuari. 

Amin...syukur padaNya.
Semoga berkekalan ke jannah. Semoga hatiku tetap padanya seorang walau apa terjadi.



 nak buat kek red velvet tp rupanya cam kek coklat la pulak he hee kurang merahnya kan
tp kena dgn krim cheese yg lemak2 ni
belasah je la kan.
Dari minggu lepas sI kakak duk mintak mama buat rvc, dah alang2 kena wat kek anniversary buatlah kek ni kan.
Ada masa akan menyusul resepinya ye. Hasil skodeng di blog kawan2 jg

Ok jom layan



Monday, February 10

lepat labu inti kelapa putih



 assalamualaikum semua

alhamdulillah, kembali lg
balik dari kampung ni masa agak terbatas sikit sampaikan nak wat entry pun asyik tertunda
pulak tu dilanda selsema beberapa hari lepas.
biasa la kan perubahan cuaca skrg ni, sblm ni sejuk skrg panas.
tgk pokok2 dah layu,ada yg mati pun nak lagi dlm pasu tak bersiram ni. Masa kat kg cuaca  angin panas tp airnya makin sejuk.
biasa air kat kg memanglah sejuk sb air gunung tp blk kali ni sgt2lah sejuknya macam air dlm peti ais tau.
emm pagi2 nak ambik wuduk mengigil la, mandi tengahari pun masih kesejukan. Hujan agak lama x turun sampaikan pokok2 nampak layu sgt.

lepat labu berinti kelapa putih ni sempat buat utk sarapan pagi isnin lepas. Lebih daripada buat masak lemak.
lama x layan lepat ni, kalu kat kg peluang nak buat lepat2 lebih terbuka he heee sb daun pisang senang dpt, pulak tu free je
boleh pilih yg elok2 
kalu sini beli alamaknya daun nya buat sakit hati je.
dahlah daun keras koyak pulak tu kan,
luarnya nampak elok kat dalam emmm


resepi kita main agak2 je he heex ikut sukatan spesifik 
alhamdulillah jadi yg penting terasa labunya bkn rasa keras tepung
dan terasa inti kelapa lemak2 masinnya
menepati citarasa sendiri

utk resepi boleh tgk kat dapurkakpah.










Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...