Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

air kelapa + ais krim

Assalamualaikum selamat pg pokok kelapa depan. umah lama kalau dulu port lepqk. ptg2 ambik angin sekarg pokoknya tinggi sedapp sungguh menikmati air kelapa fresh ni dan kebetulan lalu pula penjual aiskrim potong apalagi boh atas nyok ni emmmm. layannn kelapa isinya yg masih hingusan ni memang feberett sgtt berbanding dgn isi yg dah keras sikit
 

ronda kuala. lumpur yg sepi

 tengahari td teman boss ke pwtc utk vaksin. tp tunggu dlm. kereta je la sb x boleh masuk pun dan settle vaksin pusing2 kuala lumpur jalan. TAR lalu Sogo kiri kanan kedai2 tutup laluan yg suatu ketika penuh sesak saat ini sepi hanya kenderaan di jalan. raya 😔😔 kat trafik light tu snap gambar bangunan ni.  Suka tgk cantik kalau posink sini cantink ni kan seni  dinding tu😍 pusing blk Keramat singgah beli nasi ayam sedapp tu

Musim buah buahan tempatan tak lama lg

Assalamualaikum semua musim buah buahan tempatan skrg ni kan hari2 tgk durian laluu lalang. kat fb kat ig cerita.  ada durian kayangan mcm2 nama. durian 😁😁 semua topik durian tapi durian pokok2 arwah ayah belum lg gugurnya ada juga tp. musim kali ini tak banyak ada pokok yg ada buah dan ada pokok tak lekat buah langsung masa berbunga memang banyak tp. alhamdulillah ada juga setakat nak mkn tu Manggis dan rambutan menjadi semua lebat berbuah cempedak kawen. pun banyak buahnya tapi entah la sempat merasa ke tidak ni mcm seblm2 ni 😊. tinggal yg tak elok. je la yg elokk lesap entah dimana susah nak cakap bila.kampung skrg makin. menjadi peragai manusia ni rambutan masih menghijau lebat berbuah semoga ada rezeki lg dpt. balik kg  

cuci mata ✌️wordless wednesday

 

Benih bunga matahari

  assalamualaikum  slmt petang semua😍 ptg ni sambil2 menunggu nk balik. kita meleraikan biji benih bunga matahari 3 kumtum dah boleh jdkan benih pasni boleh dah nak semai. baru  ada kwn dari ipoh awal2 pm. suh simpa  nk benih ni😁😊 boleh aje  Alhamdulillah kali kedua berbunga ni menjadi besarnya  

kek kurma

kudapan ptg td kek kurma yg ala2 roti pun ada ni. Sbb Sayang tgk kurma2 yg masih tak berusik. ni. Rasanya kurma ni tahun lepas punya lg. pemberian seorg.  Masih elok makanya kita baking kek kurma kot ada yg nk makan he hee try ikut resepi kek pisang. tukar pisang lenyek kepada kurma lenyek. emm. rupanya ok tp kurang moist. maybe kena tambah susu skit kot kek kurma bahan bahan  1 cawan gula 4 biji telur 2 cawan kurma lenyek 1 cawan minyak 3 cawan tepung 1sb soda 1st baking powder esen cara cara kita blend telur dan gula hingga putih mskkan. minyak pisang kenyek2 dan mskkan. telur  gyla yg diblend td akhir mskkan tepung sebatikan. dan griss loyang bakar. 1 jam++  

kucing oh kucing

  SESUNGGUHNYA SEDEKAH ITU ADA DALAM PELBAGAI BENTUK DAN RUPA. INILAH ANTARA RAHSIA KEBIJAKSANAAN ALLAH SWT. APABILA KUCING DTG KEPADA KITA DAN MEMINTA SEDIKIT REZEKI LALU KITA MENGHULURKAN KEPADANYA MAKA KITA TELAH BERBUAT KEBAIKKAN KEPADANYA, Bila kucing dtg kepada kita jangan dihalau atau dipukul ada rezeki dari makhluk tuhan ini #1. Bahagian kucing #2.10 kali ganda kebaikkan ganjaran #3. Belajar ikhlas #4.Belajar ihsan #5. Kurniaan rezeki yg berpanjangan selamat berhari minggu sekadar ini berkongsi smlm dlm kejiranan sis ada seorg hamba Allah ni cerita permasalahan yg dihadapi kebelakangan ini kucing yg makin banyak berkeliaran samada ianya bertuan atau tidak  mungkin ada yg bertuan dan mungkin ada yg tidak masalahnya timbul bila kucing2 <membuang di tepi2 umahnya kot dan ada jiran2 sampai tidak bertegur sapa ada pula mampu buat tembok semata2 sb nak elakkan masalah ini 😒😒 apa agaknya cara penyelesaian yg terbaik inilah yg menjadi masalah perumahan kejiranan dari keci...

selamat pg

 

Wordless Wednesday👉sleepy

 

Terimakasih♥️

Bahan bacaan kiriman. sahabat baik yg selalu beri tunjuk ajar ♥️terimakasihhh  Hadiah paling bermakna adalah  DOA yg dikirimkan. di mana. sahaja alhamdulillah

happy birthday to me dan adik

Syukur alhamdulillah syukur alhamdulillah masih Allah beri peluang utk bernafas menghirup udara masih diberi ruang utk berada di atas muka bumi ini aaaminnnn alhamdulillah terima kasih yg mendoakan yg baik2 utk kami tambah lg 1 angka tarihk bersejarah 12 HB JUNE  dan 13 hb june selang hari tapi lain tahun alhamdulillah surprise dari adik ank buah dan anak2 ku sayang gembira tapi sayu teringat arwah insan2 yg telah tiada tak dpt lg nak call mak ayah ucapkam terimakasih atas segalanya yang tak termampu ku balas jasanya AL FATIHAH hanya Doa sentiasa dikirimkan buat pak mak tenang disana ......ya Allah temukan kami di syurgaMu  Aaminn 12hb june juga Anniversary mak😖😖Ayah  

aku dan bunga matahari

ASSALAMUALAIKUM salam jumaat yg barakah sykur alhamdulillah aku dan bunga matahari😍 hari2 tgk dan ambik gambar bunga2 matahariku yg mekar ni sampai penuh dah galery kat henpon ha haaa yg ni bunga musim/sessi  pokok yg kedua  pertama dah abis, benih semai semula dan inilah hasilnya berkembang pd PKP thn 2021 pula musoh utama nya belalang hijau tu geram juga abis daun2 dikunyahnya berlubang lubang disini asalnya benih bunga matahariku @Taman Saujana Putrajaya gigih dtg jln2 sini semata mata nk tgk bunga matahari besar2 ni level sama tinggi dgn org he hee tempat-bergambar-putrajaya-macam-overseas/ memang menarik view sini sb tu jd pilihan pasangan pengantin baru buat photoshot  memang ramai pun masa dtg tu mempelai2 ni sibuk posink  

Resepi kuih talam pandan

  assalamualaikum menghampiri penghujung syawal, azam masih kuat alhamdulillah. nak habiskan puasa ganti😊berbaki 2 hari lg Ya Allah inilah hikmahnya PKP masa byk terluang  berbanding hari sekolah , tak mampu rasanya nak buat mcm2 Talam pandan  utk berbuka puasa dan sempena cuti Hari Agong kita isnin tu  buat loyang kecik saiz 7, cukuplah utk isi rumah en suami memang suka kuih2 lembut gini Resepi  @ BIDADARI.MY  -talam-pandan/ mudah dan menjadi insyaAllah sis buat separuh adunan utk loyang 7 TALAM PANDAN separuh adunan) BAHAGIAN BAWAH 1/2 cawan pati pandan 1 1/2 cawan santan 1/2 cawan gula 1 cawan tepung gandum 1 sudu besar tepung ubi sedikit pewarna hijau garam ikut rasa BAHAGIAN ATAS 1/2 cawan tepung beras 1 sudu besar tepung gandum 1 1/2 cawan santan sedikit garam cara2  1. panaskan air kukusan terlebih dahulu 2. lenser loyang dgn sedikit minyak dan lapik dgn plastik 3 campurkan semua bhn2 bwh dan tapiskan dan panaskan sekejap dlm kuali  4 kem...

resepi kek coklat senang

assalamaulaikum, selamat tengahari settle masak nasi tomato td so sambung menulis sini menu nasi tomato sb masih ada balance tomato puri hari tu lagipun anak2 blh mkn.  kalau nasi putih kurang sikit si abang dan kakak ni kecuali si adik Dalam banyak2 resepi kek coklat yg duk simpan resepi ni paling sukaaa ( byk benau resepi ye😊😊 sbnya tak payah mixer bagai dan cukup mudah  caranya gaul 2 dgn senduk  @ whisk ja hasilnya pun sedap lembutt Bila rasa nak mkn sikit je guna resepi ni sesuai utk loyang saiz 8 nak buat kek utk harijadi pun ok just siram dgn coklat ganache boleh bakar dan kukus jga sis suka bakar kek dari kukus   bahan bahan 3/4 gula 3 biji telur 1 cawan minyak 1st soda  1st baking vanila 1 cawan coklat 1/2 cawan susu pekat manis 1 1/4  cawan tepung cara2nya pecah telur dan gula dan minyak adun sebati dgn senduk masukkan tepung ssoda dan serbuk koko yg telah diayak last skli tuang air panas 1 cwsn sebatikan dan bakar dalam 40  minit api bawah...

congo bar

  sb masih lg dgn niat nak clearkan stok baking maka terjadinya menu congp bar ini coklat chips lebihan  ada sepeket lg, koon2 nak buat biskut coklat chips yg tak menjadi tu masa membeli semangat tp ada dpn mata aduhaiii malas pula emmm camtulah  kebelakangan ini faktor umur he hee kadang ada niat keluarkan butter konon tp dah baring tu lelap terus akhirnya esk simpan semula  lama tak buat congo bar  kek ala2 biskut ni siap tambah nestum atasnya lg potong2 cube msk dlm cup dn bagi jiran merasa nak mkn sorang2 tak habis rasanya budak2 3 ketul umah ni emmmm susah klau x betul2 suka tak nya dimakan  ikut resepi dan caranya pun mudah  ikut resepi dari dapur klik disini👉👉 resepi congo bar tq ye. sis share disini

carrot kek moist

ASSALAMUALAIKUM Semua sempena cuti lama ni membaking la kan isi masa hilangkan keboringan boleh clearkan stok2 dlm peti ais ni walnut , gajus kismis pun masih banyak dari terbiar mcm tu terfikir buat kek karot pun ok bahan2 ni kan 3 hari cuti berderett happyyyy kalau tak PKP cuti2 ni blh la juga balik kampung jengahh kebun tu emmmm alahaiii rinduuu pd pokok2 disana   kek carrot moist ,sedappp tau hahh puji sendiri jap dapat seloyang saiz 8, jenuhh la mkn puass . kalau dulu  dah tulis dlm buku resepi utk koleksi, dulu2 kan rajin menulis he hee nampak je resepi  yg berminat salin simpan skrg  ni takyah dah time nak masak google😍mcm2 ada  kat youtube  👉👉 kek carrot CARROT KEK bahan bahan 3 biji telur A 1 cawan minyak jagung 1 cawan brown sugar 1/2 tsp garam 1 tsp cinnamon powder 2 tsp baking powder 2 cawan tepung gandum 2 cawan  carrots yg siap parut 1/2 cwn  kacang walnut - sis letak gajus 1/2 cawan nenas cincang-tak letak 1/2 cwn  kismis ca...

cara buat tepung kek- homemade

  assalamualaikum semua slmt pg, dah sarapan ? weekend gini sarapan pg mesti meriah kan ibu2 memasak Baru2 ni ada kwan order kek butter @ kek mable utk mkn2 di tadika anaknya, last minit punya oerder emmm sis pula kebetulan tepung kek atau tepung naik sendiri ni dah xda stok. alamakkk sbnya kalau kek butter ni sis suka guna tepung kek berbanding tepung gandum biasa last2 terfikir google cari ada penah nampak posting buat tepung kek sendiri  alhamdulillah terjumpalah disini nak share dan simpan sini utk rujukan kot2 terlupa nanti he hee rasa.my/tepung-naik-sendiri-tepung-kek-habis-jom-buat-sendiri/ terus la buat😊😊😊 500 gm tepung gandum (1/2kg) + 7 sudu teh baking powder +1 st garam halus campurkan dan kita ayakkan shj sbyk 3 kali siap blh simpan dlm bekas  kan senang bila nak buat kek blh sukat shj berapa gm @ cawan cuti2 ni jomm kita membaking😍 

Apam gula Hangus

assalamualaikum semua 24 syawal , berada minggu akhir syawal sudah, kalau dulu tiada covid 19, mesti setiap weekend je semua busy kan , buzy penuhi undangan rumah terbuka di sana sini. Jalan2 jem merata  . emmm skrg weekend kat rumah masing2 duk diam2😊 Allah dah tarik salah satu nikmat keseronokan kita di atas dunia ini. Banyak sebenarnya nikmat2 keseronokan kita di pentas dunia Allah tarik. Tiada majlis2 keramaian , majlis pertemuan uhkuwah Banyak masa di rumah, bersama keluarga tersayang 😍 love love, cantik tak kuih kita kali ni acuan love love , apam gula hangus love😍 kuih apam kesukaan  resepi disini ye 👉 apam gula hangus  

Rendang Hati lembu

 ASSALAMUALAIKUM SEMUA salam jumaat 23 syawal smlm cerita rendang daging, hari ni sambunagn rendang hati he hee selepas masak rendang daging en suami cakap ok lulus sedappp😍😍 jadi mama punya rendang macam arwah opah selalu buat. sukaaanya kita tau dan siap dia request pulak pasni try la buat rendang hati dan  limpa pula emmm bila cari minggu lepas jumpa la hati tapi limpa dah abiss sb masih proses memcuba resepi rasanya kena ejas lg ni bahan2nya masa rendang daging ok, kali ini terpedas pulak alamak cili kering kali ni jenis pedas kot yesss apapun berjaya buat rendang mak akhirnya resepi jgn tanya lg ye, kena ejas dulu bg sukatan yg betul2 😊😊

rendang daging paling bestttt

  assalamualaikum semua Rendang daging paling bestttt....wah tajukk he hee best pd sis mungkin tak best bg org lain sedia maklum itu lain org lain seleranya kan tapi bg sis inilah rendang yg paling sis suka dari dulu duluuuuuu dan kini  buat pertama kali juga dah berjaya buat mkn hasil airtangan sendiri ha ha tp masih proses belajar dan try and error lg utk dptkan resepi yg tepat sebenarnya rendang daging campak2 resepi arwah mak dulu2 memang inilah tiapkali raya akan buat utk di makan bersama lemang dan lemang arwah mak aduhaiii sedappppnya cukup lemaknya dan lembut  memang takda resepi bila tanya kakak pun dia cuma bgtau bahan2 apa yg diperlukan dan caranya  sebenarnya bg sis rendang ni sedapppp bangat sebabnya bahan2 pun simple shj takda limau purut atau daun kunyit tapi bukan sb x ada tapi resepi ni memang mak tak mskkan limau purut. serai pun hanya diketuk ,  daun kunyit biasanya utk kami Rendang pedas ayam, itu wajib ada daun kunyit he hee yg buatnya renda...

agar agar bunga telang @ puding telang

ASSALAMUALAIKUM SEMUA  ALHAMDULILLAH hari ni PKP 3.0 hari 3, ambil peluang masa luang ngadap laptop layan blog hikmahnya bila PKP , anak2 taska, transit semua bercuti hanya anak2 fronliner dtg ke taska tetap jalankan tugas bg kami yg berkerja dgn taska ni ikut SOP  memandangkan hanya anak2 petugas @fronliner shj yg dibenarkan utk dihantar ke taska kan ibuayah kena bertugas. masa pun banyak terluang   kisahnya agar2 ni sis buat masa ramadhan hari tu lg he hee cantik juga kalernya kan sepenuhnya pewarna guna air bunga telang banyak bunganya memenuh pagar sis kutip2 kumpul dan rebus nak nampak menarik lg sis tambah je biji selasih dpt seloyang  potong2 bg jiran2 juga resepi sis guna agar2 bertali je yg 20gm tu sukatan air ikut plastik agar2  isi penuh 2 x guna ikut kemanisan

Mellow Crurch Giveaway by ATIKAH NAJIHAH

  ASSALAMUALAIKUM SEMUA meriah blog dgn Giveaway, rasanya utk thn ni paling banyak sis join giveaway😍😍 tanda sokongan pd Adik manis ATIQAH NAJIHAH dari Trengganu ni sis join juga ye SYARAT SYARAT PENYERTAAN: Follow blog  Atiqah Najihah Copy dan paste banner di atas dan buat satu entri di blog anda bertajuk " Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah " Backlink entri anda ke entri giveaway ini Tinggalkan link entri giveaway anda ke ruangan komen entri ini Siap! TARIKH PENYERTAAN: 01 Jun sehingga 20 Jun 2021 jom kita meriahkan bulan JUNE dgn giveaway

giveaway sambal bilis pedas-d SAMBAL

assalamualaikum semua jom kita join GA menarik ni Tersangatlah mudah untuk menyertai  giveaway  ini di mana anda cuma perlu : 1. Membuat posting bertajuk  GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious  dengan memuatnaik gambar  banner  dan membuat pautan ke entri ini, 2. Like halaman Facebook  d' SAMBAL licious  (pilihan tanpa paksaan), dan 3. Tinggalkan pautan blog anda mengenai giveaway ini di ruangan komen. Senang bukan? Bukan sukar pun.... Apa hadiahnya? 3 orang  akan dipilih untuk menerima hadiah istimewa berupa sebotol  Sambal Bilis Pedas  oleh  d' SAMBAL licious . Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan aplikasi berkaitan. Giveaway  ini bermula pada 1 Jun hingga 15 Jun 2021.  ***** d' SAMBAL licious  mengeluarkan produk sambal yang sedia untuk dimakan. 2 produk dihasilkan iaitu Sambal Bilis Pedas dan Sambal Petai Bilis Pedas. Produk ini boleh didapatkan di  Shopee  dengan harga RM12.00 u...

bulan June

SALAM SYAWAL  <TIDAKKAH ENGKAU MELIHAT BAHAWASANYA ALLAH MENJADIKAN AWAN BERGERAK PERLAHAN KEMUDIAN MENGUMPULKANNYA LALU  DIA MENJADIKANNYA BERLAPIS LAPIS LALU ENGKAU MELIHAT HUJAN TURUN DARIPADA CELAH CELAHNYA DAN DIA JUGA MENURUNKANAIR DARIPADA LANGIT(IAITU DARIPADA GUMPALAN AWAN)  GUNUNG2 MAKA DITIMPANYA BUTIRAN AIR KEPADA SESIAPA YG DIKEHENDAKINYA KILAUAN KILATNYA HAMPIR HAMPIR MENGHLANGKAN PENGLIHATAN> AYAT 36-38 AN NUR yg dinanti kunjung tiba , hari ni 1 JUNE 2021 BERMULA SUNYI JALAN2 RAYA TIADA DERUAN KERETA2 SPT SELALU KERANA SEMUA PENGHUNI  rupanya LOCKDOWN #STAY AT HOME jUNE istimewa nya dinanti banyak peristiwa bermakna terjadi di bulan ini ps>gambar kebun  bila laa nak boleh balik kampung tgk pokok2ku hanya berdoa Allah turunkan hujan, jagakan tanaman2 kami disana