Assalamualaikum
sunyi sepi hari ni duk sorang2, anak2 semua bawa haluan he hee
mcm kata abah, akhir-akhirnya tinggai mama ngan abah je berdua
kakak dan si abang ikut SIL dari hari khamis lg
sakan la tu berjalan , tgk wayang dgn cousin2 nya yg sekepala
si adik ni pun awalnya nak ikut tp pujuk2 gak dia x kasi ikut
sek baik la hari jumaat tu ank sedara sorang lg mai umah
kawan dgn dia.
kamceng gak ni ,tu yg sampai ikut ank sedara pi kenduri lak
tinggai la mama ni tergolek terguling sorang2 hu huu
last2 bosan benor wat kek ni ha haaa
kek pisang mentega kacang resepi AMIE LITTLE KITCHEN
lain dari kek pisang biasa sb rasa lemak mentega kacang tu
esok blh bawa pi taska ,kat umah ni tak larat nak makan habis pun
tqqqq Amie ye, sy cp kat sini pulak
Resepi : Kek Pisang Mentega Kacang
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
2.5 cawan tepung gandum (2 1/2 cawan)
400 gram pisang berangan - selepas dilecek lebih kurang 1 1/2 cawan
4 sudu makan mentega kacang halus
3/4 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung
4 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh essen pisang (kalau tak suka baunya, tak payah bubuh)
secubit garam
Cara:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.
3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.
4. Masukkan mentega kacang halus dan pukul lagi.
4. Masukkan garam, essen pisang dan pisang lecek. Pukul perlahan.
5. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
6. Tutup mixer dan masukkan minyak. Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai - terpulang bentuk bulat atau persegi.
8. Bakar dengan api sederhana (180'C) selama 40 minit atau sehingga masak. Dan seperti kebiasaannya sekiranya ingin mengetahui sama ada kek sudah masak atau sebaliknya, cucuk gunakan lidi sate. Jika lidi anda licin bermakna kek sudah masak dan boleh padamkan api. Jika lidi sate masih tersalut adunan bermakna anda perlu membakarnya lagi sehingga benar-benar masak.
nampak sedap...kena pulak dgn kopi o panas, best..
ReplyDeletekek pisang mentega kacang? wah patut cuba ni.tak penah mkn.
ReplyDeletemakan ramai2 baru sedap ni Mama Sara, saya pun kalau buat makan sorang2 je, biasanya suami bawa ke tempat kerja bagi habih...
ReplyDeletebyk kali jugak nmpk reepi kek guna peanut butter ni. teringin nak buat dan rasa tapi takut tak laku lak ..
ReplyDeletewah dah cubaaaa ye kita masih dalam waiting list
ReplyDeleteeemmm...dapnya...aritu tgk kak amie buat jugak.
ReplyDeleteni layan depan tv musim hujan bestnyer... ehmmmm ehmmmm
ReplyDeletesedap ni.. nak buat, tak rajin,.. boleh ke nak mintak je ngan tuan blog.. hihihi
ReplyDeleteMesti sedap ni Sara..ummi tengok pun terliur hehe..
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletewah, gebunya dan nampak sedap kek pisang peanut butter tu..