Thursday, October 31

resepi cheese slice cake


Selamat malam
mata ngantuk tahap gaban he hee takleh byk cerita ye.
layan gambar dan respinya shj

Slice Cheese Cake

resepi oleh .jintanmanis.

4-5 keping slice cheese (guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter 
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila



Cara-cara


1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2.  Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya


10 comments:

  1. Salam perkenalan sis..wah sedapnya kek :)

    ReplyDelete
  2. Aslmkum mamasaranur

    gebusnya slice cheese cake itu.....yummm

    ReplyDelete
  3. sedapnya....teringin nak buat..tapi kurang yakin...

    ReplyDelete
  4. ni yg geram ni...ada ke lg tu?..meh le teman sepotong..

    ReplyDelete
  5. Kemarin dah mai tengok cis kek ni tapi tadok pulak.
    Wow sangat gebu dan moist cis kek ni..
    Anak2 saya sangat suka cis kek.Buat ari2 pun takpa hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. gebunya kek tu.. macam nak try je :)

    ReplyDelete
  7. Mmg gebus..mcm nk grab spotong nk rasa.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sara...amboi gebu gebas nmpknya...mmg sedap kek ni kan sara..

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...