Skip to main content

talam ubi kayu yg sedappp



ASSALAMUALAIKUM
Berakhir sudah cuti2 rehat selama 3 hari, hari ni tugas bermula macam biasa la kan. walau Anak2  masih bercuti......cuti sekolah 2 minggu.

Jalan raya pun lenggang dan sunyi je pagi tadi, kalau tak  jem jgak depan rumah ni.
oklah suka gini he heee amann
Sabtu lepas ada beli 2 ketul ubi kayu, rasa nak makan bingka cam yg buat hari tu . Tp bila siap parut siktlah pulak hasilnya

maka cari2 resepi lain terus teringat akan talam ubi kayu he hee
tak pernah lg buat sendiri. bagus gak kalu try ni kan
godek2 resepi kat google...emmm banyak resepinya
cuma beza berat timbangnya. Sb ubi ni cuma ada 630 gm so pilih resepi Cheff Asma tp jumpa di blog k.Azie Kitchen. Kita cp ye resepinya semoga dipanjang-panjangkan pahalanya. Sangat2 sedap cukup rasa kelembutan ubinya.



Talam Ubi Kayu

sumber: Cheff Asma

sumber rujukan: K Azie Kithchen

Bahan-bahan bawah
700 gm ubi kayu-siap diparut-tapis buang airnya
tinggal 630 gm
100 ml santan pekat
300 ml air
250 gm gula- *sy guna 7 sudu besar
pewarna kuning


campur semua bahan-bahan diatas
dan kacau atas api sehingga pekat
tuang dlm loyang yg disapu minyak
kukus dalam 25 minit


Bahan-bahan atas
100 gm tepung beras
50 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi
300 ml santan pekat
800 ml air

cara-cara
campur semua bahan2 diats masak berwap
kemudian tuang atas lapisan kuning tadi
kukus lg 30 minit
sejukkan baru dipotong

makan sebagai breakfast pagi semalam. Agak banyak seloyang dptnya, so kasi jiran sebelah sepiring.
Paling best lembut sgt2 ubi ni.

SELAMAT BERCUTI ADIK2 SEMUA

Comments

  1. assalamualaikum kak..
    apa khabar kak? dah sihat kak? sorry kak.. nani tak tahu kak masuk ward.. sampai yg zura bagi tau... mintak maaf sbb lambat notice... nani harap2 kak dah sihat ye.. :) jaga diri ye kak.. :) sayangg kak nuri ketat ketat.. :)
    sedap talam ubi ni kak.. ade lagi tak? meh 2 ketul..
    * pagi ni breakfast biskut pingpong ngan air nescafe je.. :P

    ReplyDelete
  2. Aslmkum mamasaraNur
    suka sgt kuih talam ubi kayu....tambah part lemak kat atas itu.jamu mata saja...tunggu balik Msia baru dpt mkn...
    re; tkasih byk mamasaranur atas ucapan bday utk anak2.betul tu setiap anak lain sifat dan keletahnya....namun menceriakan kita..

    ReplyDelete
  3. Kalau dah namanya talam... ubi kayu lagi tu, memang my fav! Sodappppp!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,
    hemmm ada sebungkus ubi kayu frozen. nmpk ada sale beli tapi tak buat apa2. tak pernah buat kuih talam. geram lak tengok

    ReplyDelete
  5. sedapnyerr... akak pun suka talam ubi kayu ni.. suka gabungan manis ubi & lemak2 kepalanya tu.. mmg boleh lupa diet & lemak2 yg dah byk kat perut ni bila mkn.. hihi..

    ReplyDelete
  6. uiks! sedapnya KAk..
    jarang dapat makan ni..hubby sy paling suka ni..:)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya talam ubi kayu....suka banget...

    ReplyDelete
  8. Zila pun suka..samalh x pernh lg cuba wt sndiri..cntik color kuning tue..

    ReplyDelete
  9. Alamak mengancam gitu,
    Nampak kilatnyer.....
    Kitakan jiran,nak sikit..

    ReplyDelete
  10. Assalam...kuih2 camni memang sedap la kalau wat minum petang atau bf.Kat umah ni kalau buat jenuh nk ngabeskan..anak2 tak layan.Mama ngna baha la jadi MPPP huhu..
    Nampak sangat halus tektur kuih ni..kalau dapat merasa kat tekak ni, alangkah nikmatnya

    ReplyDelete
  11. QH pon suka talam ubi ni tp nk buat tu yg xgeti...takut xmjadi mbazir la pulak..hihi

    ReplyDelete
  12. sedapnya...sy & hb suka kuih ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...