assalamualaikum
salam 20 ramadan
pagi2 hujan membasahi bumi kuala Lumpur , alhamdulillah
sabtu baru2 baru akak merajinkan diri melepat 😄
emm daun pisang beli je kat kedai runcit
dpt sepelengat juga hihii
bila teringat airtangan arwah mak 😔 sayangnya resepi mak takda sukatan
terpaksa goggle cari resepi dan mencubanya
ikut resepi di .rasa. alhamdulillah menjadi
walaupun rasa tak seenak airtangan mak tp terubat jugalahh rasa rinduu
LEPAT LIAT
bahan bahan
3 cawan tepung pulut
1 cwn santan
1/2 cwn gula merah
1/2 gula putih
garam
daun pisang
cara cara
kita masak gula merah , gula putih dan santan hingga mendidih
kemudian sejukkan dulu ye
baru gaulkan dgn tepung pulut
sebati kan dan boleh letakkan dlm daun pisang
yg di sapu sedikit minyak
utk elakkan melekat
bila dah panas air kukusan blhlah kita kukus
anggaran dlm 20 minit
* akak paling suka letak inti kelapa parut putih, letak garam sikit
baru ummphhh*😉😉
* akak paling suka letak inti kelapa parut putih, letak garam sikit
baru ummphhh*😉😉
Menariknya warna lepat liat tu...Kalau belah utara lepat liat lebih femes dari lepat pisang.. ada inti nyoq parut kat dalam tu.
ReplyDeletePertama kali tahu ada lepat liat.
ReplyDeletelina,sy suka guna gula merah yg agak hitam utk kaler mcm ni, he hee
ReplyDeletedan semestinya letak inti kelapa baru ummmph
NA, kena cuba , sedapp tau lepat ni
kuih tradisi yg all time feveret ^_^
ReplyDelete