Skip to main content

kek chiffon 3 warna

 assalamualaikum

apa khabar semua, harap dlm keadaan sehat belaka ya. Sakit ni kadang2 tak dijangka, dlm sehat tiba2 jatuh sakit ye tak. Pagi baik-baik aje tup2 petang pening ke demam ke kan. Hanya Allah s.w.t yg mengetahui.
Cuma kadang2 terkilan ada sesetengah org yg susah menerima kenyaan ini. Dikatanya kita main2, terasa jg  bila ada yg kata ehh pagi tadi elok je ... siapalah kita ni yg tahu apa bakal terjadi..
Yg baik itu dari Allah dan yg buruk itu dari kita hambanya..

 alhamdulillah , bila sehat dptlah kita buat apa yg boleh kan. Kek chiffon ni terhasil bila amat tertarik dgn kek chiffon 3 rasa yg ditayangkan oleh Qaseh Honey dlm blognya hari tu. Sgt terpesona dgn kerajinan qH yg rajin memasak. Sedap2 belaka . kek chiffon memang sedap kan, lembut je. Geram boleh picit2 he he
TQ QH akak c/p disini ye.

Kek Sifon Oren
Resepi:Chef Noraini Zakaria
Sumber: FB Jom Masak
sumber; QASEH hONEY

Bahan A:
100g tepung kek
1/2 st serbuk penaik
5 biji kuning telur gred A
60g gula kastor
5 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus oren - 

1 st pes oren
1tbsp strawberry emulco + pewarna pink
1tbsp blueberry paste + pewarna purple
1tbsp oren paste + pewarna oren

Bahan B:
5 biji putih telur gred A
100g gula kastor
1/2 st serbuk krim tartar


Cara:
1.Bahan B:pukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula kastor dan
serbuk krim tartar.Pukul lagi hingga pekat dan gebu dengan kelajuan
tinggi selama lebih kurang 7 minit.Apabila adunan ini dicolek dengan
jari,ia keras dan berekor.

2.Bahan A:Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan.
Masukkan gula kastor,kuning telur,minyak,jus oren dan pes oren.Gaul (saya guna whisk-pemukul telur)..last masukkan tepung..

3.Masukkan putih telur 1/2 bahagian ke dlm adunan tpg tadi..dan gaulkan.Kemudian masukkan
1/2 lagi dan gaul perlahan-lahan hingga tiada kelihatan putih telur lg.
Tujuan digaul perlahan ialah supaya gelembung2 udara dalam putih telur tidak pecah.Kek lebih gebu.

4.Sediakan acuan sifon yang berlubang di tengahnya.Tidak perlu digris
atau dilapik kertas.Tuangkan adunan dan bakar dalam ketuhar pada
suhu 180'C selama 45 minit.

5.Telangkupkan kek atas dawai penyejuk dan biarkan ia sejuk selama 15 minit.

TERIMA KASIH

Comments

  1. Mmmmm.... kalau kami buat kek, kek biasa2 aje, tak sempat sejuk... anak-anak dah serbu!

    ReplyDelete
  2. kek chiffon memang best kan,lembut dan gebus jer kan..saya pun suka tapi dah lama tak buat tgk ni teringin lak nak rasa..hehe

    ReplyDelete
  3. k.chiffon kalau mkn mesti ada air kt sebelah kalau tak akan tercekik lah jawapnya....
    skrg ni ucu dah malas nk but chiffon sbb .....sebab malas...hahahaha...

    ReplyDelete
  4. bukan main berbelang lagi kkek chiffon tu.. warnanya pun terserlah...

    ReplyDelete
  5. allooolooo sedapnya...zila blum berkesempatan nk buat lg..mmg nk try jgk nnt..cantik colour2 tue:)

    ReplyDelete
  6. asslm Mama Sara Nur...terima kasih sudi mcubanye yer...nmpk sedap lak kek chipon tu..meh sni QH pon nk picit jugak tu...cntik belang2nye..kaler fav QH tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...