Skip to main content

balik kampung makan durian

assalamualaikum
salam 1 Malaysia

bersua lagi, terima kasih pada teman2 yg sudi jenguk disini. Sayang semuaaaa. 
Cuti sekolah baru2 ni kami berpeluang pulang ke kampung lagi, kampung kelahiran dan disnilah tersimpan seribu kenangan manis sampai bila2. Kemanapun melangkah disini juga tempat yg dirindui.
Syukur jg kerana masih berkesempatan bersama ibubapa tercinta. Anak2 pula dpt bersama opah dan tokki.
walaupun banyak sudah perubahan, dek kerakusan manusia diantaranya...


 sempat posink di kawasan sawah padi sbelum sampai ke rumah tokki, suka tengok kehijauan sawah padi ni, hampir2 nak kekuningan cuma belum sepenuhnya...takkala zaman kanak2 byk jg masa dihabiskan di sawah padi, dpt jugalah tgk arwah tok tanam, dpt jg rasa mengutip siput, tangkap ikan haruan macam2 lg, paling best bila musim buah mempelam. Pokok kat tepi bendang ,uihhh seronoknya , sedap mempelam kampung ni tak payah kupas2 kulit pun basuh pastu terus ngap, buang kulit guna gigi je he he nostalgia


 budak sorang ni je tak makan durian, rugi kan he he katanya busuk isshhh ada ke? si abang dan kakak suka pantang jumpa macam abahnya lah..



akhirnya dapat juga pengalaman mengutip durian sendiri si abang Is ni, sebelum ni kalu nak kutip jauh, kena panjat bukit bukau  sekarang alhamdulillah pokok durian belakang umah opah dan tokki berbuah agak banyak dptlah merasa. Bunyi jatuh je cepat2 ke belakang pakat kutip he he bahaya tu kan, tp tak dpt lawan pengalaman mama adik beradik masa sekolah rendah dulu, terpaksa merentasi sungai, sawah padi dan panjat bukit pulak tu utk dptkan durian. Tp memang best bila kenangkan kembali masa tu.


 buka main syok dpt panjat pokok manggis ni, cik abang2 ni kan. He he pokok manggis ni rendah je, tu yg boleh panjat.


ha ha tengok ini budak yg pantang ada peluang bermain kat luar. Habis daun2 pokok bunga opah dipetik wat main masak2 he he

Comments

  1. Memang ada juga yang tak pandai makan durian, walaupun Kak Amie dan suami hantu durian, tapi anak bongsu aje yang ikut jejak langkah kami, yang sulung dan tengah tak pernah makan he he hehh (pernah kami paksa makan akhirnta yang sulung munt--

    ReplyDelete
  2. ucu suka sangat berkawan dgn org yg x makan durian tau...sebab nanti habuan dia ucu le yang tolong habiskan...hihihi

    ReplyDelete
  3. pengalaman di kampong zaman kita kecik2 dulu memang akan jadi kenangan paling manis dalam hidup... anak2 sekarang dah tak merasai cabaran mcm yg kita lalui... hehe...

    ReplyDelete
  4. bestnyer balik kg...byk doyan tu yer.tgh musim doyan kat sana yer sekrng ni ramai yg dok tayang doyan.

    ReplyDelete
  5. seronoknya balik kg makan duyan?..pemandangan sawah padi tu cantik betul..^^

    ReplyDelete
  6. blk kg mmg best...nak2 ada musim buah-buahan...meriah gile...dapat kumpul adik-beradik..anak2 buah semua..riuh rendah....pakat masak apa pun sedap & habis aje...

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...