Skip to main content

apam beras dan bingka pandan


assalamualaikum semua

pagi sabtu yg indah he he dah sarapan semua
alhamdulillah kalau sudah kenyang, tp disini biasa lah kan sabtu kalu pagi sunyi je, semua masih berselimut
jadinya mama leh ngadap blog kejap he he si kakak ada lawatan ke S.K Hulu Klang ,adik tak sehat pulak demam selsema sikit. Sian kan ,,dah sejak taska ni selalu je deman selsema, semalam ada kawannnya demam mungkin jangkit la tu.


sebelum update gambar2 di kampung , nak masukkan dulu entry apam beras ni. Pertama kali cuba apam beras nasi ni. Dulu apam beras guna tapai nasi dan eno. Kali ni lebih senang dan rasanya pn lagi sedap. Guna nasi yg diblend dan mauripan. Buat ni masa kat kg hari tu, sb my mum memang suka apam ni. Tapi sayangnya tak comel2 sb guna bekas yg gedabak he he. kalu guna acuan lompang tu ok kecik2 kan. Tp masih sedap kalu letak kelapa parut tu lebih2. Gambar ni tanpa kelapa la pulak..


tq k. Madiha, sy letak disini ye

Apam Snow White
resepi asal : qnq910@myresipi.com
source : resepidaria
C&P from 2nd source : hanamemories

Bahan-bahan

    * 3 cawan tepung beras
    * 1 cawan tepung gandum
    * 2 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan 6 sudu besar)
    * 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
    * 2 cawan nasi
    * 3 cawan air
    * 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul halus. 
3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan. (MaDiHaA guna whisker lebih mudah).
4. Perapkan adunan selama sejam.  (MaDiHaA perap hampir 2 jam.. apam lebih lembut) sy pun.Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit. 
6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda atau sirap ros.  Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .


bingka pandan ni pulak buat utk bekalan balik kampung lepas. entah keberapa kali buat, sb memang kesukaan en.suami jg. Selalu buat sebagai kuih utk makan pagi. Resepi sebelum dah letak kita cp dari blog k. madiha juga he he
boleh ke sini ye utk resepi  sini

alhamdulillah memang sedap apam ni. mak kata sedap lagi sedap yg duk beli he he beli kadang2 keras kadang2 masam sgt. Biasala kan. ok lepas nak wat lg

Comments

  1. dulu pernah buat,mmg sedap apam beras nie.......cuma bila buat,x de sapa pun yg nk mkn....

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Sesuai untuk menu buka puasa ni.

    :-)

    ReplyDelete
  3. Assalam mama sara.
    Comey2 apam beras tu nampak gebu dan sedap sgt.Dua2 kuih ni fav sis.

    ReplyDelete
  4. Asslm mama sara...sedapnye buat breakfast ni kan

    ReplyDelete
  5. Salam Mama Sara... waaa..ada 2 kuih pagi ni ye?? sedap, sedap.... dua2 tu pun kita suka..

    ReplyDelete
  6. sedapnya apam beras! Dulu masa kecik2 tak adalah acuan yang comel2 macam sekarang, kalau bonda buat pun kukus satu loyang, potong dan makan he he he hehh kenyang!

    ReplyDelete
  7. Assalam Nuri...
    rajinnyer Nuri buat apam... akak lama sungguh tak godek apamm... kuih bingka tu pun lama tak buat.. t.kasih ye rajin mencuba resepi2 dr blog akak yg tak sberapa tu.. hehe..

    ReplyDelete
  8. tengok resepi ni senang sikit.. kalau sblm ni kena gunakan ragi n gaul dgn nasik (tapai nasi)....ucu c n p yer..

    ReplyDelete
  9. Salam mamasaranur. kuih apam beras dan bingka....dua2 suka....apam beras tu suka mkn dgn kelapa...
    re; resepi apam plkadot tu cepat sediakan sbb tak perlu timbang dan tak perlu tlur sejuk.

    ReplyDelete
  10. salam sara
    apam nie la yg x terbuat2 lg..entah bila nk menerai..semua cantik2 kuih tue..mcm nk rasa jew seketul.:P

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...