Tuesday, July 2

kuih talam kacang hijau

 assalamualaikum semua

hari ni jom makan kuih talam pulak ye he hee
smlam kita tayang agar2 kacang hijau
hari ni sb sb masih ada kacang hijau
kita buatlah talam pula
sebenarnya masa tgk fiza tayang kat blognya dah tertarik
so bila ada kerajinan ni terus lah buat
sedappp ooo, lemak2 manis
teringat pula pada bubur asyura masa dulu2 kat kg
yg Ayah selalu beli


mengikut Fiza Resepi ambil dari Cheff Hanieliza, tp kita cp dari blog Fiza ye. Tqqqq

Talam kacang hijau

bahan-bahan atas

1 cawan kacang hijau-rebus
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
3 cawan santan
garam

panaskan kukusan
sebatikan bahan-bahan diatas dan masak dlm kuali  hingga berwap
masukkan dlm loyang ratakan dan
kemudian kukus 30 minit

bahan-bahan atas

3 cawan santan
1 cawan tepung beras
sedikit garam

sebatikan bahan2 diatas dan tapis
masak hingga berwap kemudian tuang diatas kacang hijau tadi dan kukus lg 25 minit



ok SEKIAN TERIMA KASIH

Monday, July 1

agar-agar kacang hijau lagi

 assalamualaikum

Selamat tengahari semua, sangat2 cerah matahari memancarkan cahayanya hari ini kan. Sure kain baju pun kering cepat ,
makin hampir Ramadhan cuaca jg makin menduga keimanan kita. Terasa asyik nak teguk ais batu je tekak ni.
Tgk anak2 pun kejap tutup buka peti ais tu hu huu

dapat makan yg sejuk2 rasa nyaman je he hee
macam agar2 ker kan ...
agar2 kacang hijau bersantan ni memang feberet dari dulu
dah penah tayang sblm ni
yg ni pula smlm kita buat sb rasa cam lama pulak tak makan he hee


Agar-agar kacang hijau

Bahan-bahannya

1 cawan kacang hijau rebus-blend dgn 1 cawan air
kemudian tapis (buang hampasnya ye)
agar2 bertali (basahkan) sukat 1 cawan
gula 1 cawan
santan 3 cawan
air pandan 1/2 cawan

cara-caranya

masak agar2 tali dgn 1 cawan air sehingga hancur
masukkan santan dan kacang hijau yg telah ditapis
masuk gula dan sedikit garam
biar sehingga mengelegak
akhir tapis dan masukkan dlm acuan
bekukan



Sunday, June 30

kursus di Pangkor


ASSALAMUALAIKUM

Sebelum berakhir June , cerita 2 Minggu lepas  berkesemptan join kursus seminar perundangan dan peraturan Taska yg dianjurkan oleh JKM dan Persatuan2 Taska Daerah Gombak.
Seminar diadakan di Pulau Pangkor 2 hari 2 malam. Pesertanya pengusaha2 Taska , pengurus2  baik yg berdaftar dan tidak berdaftar, ada jg beberapa peserta yg baru nak melibatkan diri dgn Taska. Yg lama dan baru. Yg hantar wakil pengasuh pun ada.
yg ikut boss pun ada he hee 

Jumaat jam 3 ptg bertolak dari Gombak ke jeti Lumut perjalanan 31/2 jam sampai jam 6.30 ptg terus naik ferry bergerak ke Pulau Pangkor. Dlm 1/2 jam sampai tempat penginapan yg disediakan.
uptown resort.

I nilah Puan SaLina selaku my boss @ pengusaha Taska Auza. Sgt2 baik dan sporting. ambil peluang posink gedik dgnnya he heee

Petang sabtu kami diberi pelepasan sekejap utk jalan2 cuci mata , dptlah dua jam utk round2 Pangkor ni. Naik van sorang 10 hinggit.
singgah beberapa tempat je
 BBQ time, malam akhir kat sana. Sambil makan layan suara2 sumbang berkaroke he heee
sedapnya tgk diorg makan seafood tau, kita makan ayam je hu huu
sebaik ada desert2 lain.

Best dpt kenal dgn pengusaha2 Taska yg sporting, sgt2 riang kakak2 ni ,ada yg sebaya my mum he hee tp sgt2 happening dgn gelagat mereka


 view yg sangat2 menarik,sempat snap masa jalan2 petang depan je hotel penginapan. Macam tak puas je duk sini 
terkilannya tak dpt pegang air laut tu hihikkk
Rasional Program tersebut -memandangkan buat masa ni byk kes2 berkaitan Taska yg berlaku macam2 rasanya kes berlaku.Salah satunya nak menjelaskan tindakan penguasaan undang2 andai sesuatu berlaku mcm kes besar baru2 ni bila baby meninggaldunia kat Taska yg tidak berdaftar tp bila JKM ambil tindakan JKM pula kena saman oleh pengusaha taska tersebut ishhhh pelik kan.

Turut diadakan Perbincangan2 antara pengusaha2 dan pegawai2 JKM tentang pelbagai permasalahan yg timbul. cadangan2 utk kebaikan semua.
Jangan terkejut bila penyelarasan yuran2 utk Taska2, kalu tak silap RM 450 seorang anak maksimun 

insyaallah akan kongsi lg segala yg dibincangkan ketika seminar ini


Saturday, June 29

kuih sagu

assalamualaikum

Selamat berhari minggu.Penghujung  sudah bulan June 2 013 kan. Next July ambil alih pulak. Cepatnya masa berputar. Lagi beberapa hari lg sambut Ramadhan Al-Mubarak.
Bulan yg dinanti, utk melipat gandakan amalan2 sbgai HambaNya.

kuih sagu ni lama sudah buat sebenarnya, dah habis pun ha haa tp terlupa nak wat entry, bila belek2 tadi nampak gambar ni terus upload kat sini. Salah satu kuih kegemaran jg tp jarang2 makan he hee kalu jumpa rajin beli . Rasanya yg ni kali 2 kot buat sendiri, dulu ada skali tp masa tu lum wat blog la kan. 



Tertarik bila nampak seorang rakan blog tayang dan bila tgk resepinya mcm ada kelainan sb ianya dikukus. Oppss tu yg nak try he hee tp ada kesilapan sikit, terajin merendam dulu sagu ni pulak
so jadinya bila kacau dlm kuali terlembiklah dan bila kukus nak potong memang lembikkk uwaaaaa apapun sb suka rasa .....dan alhamdulillah walau lembik rasanya sedap. Guna sudu mencedok gaul ngan kelapa, pastu simpan kat peti ais. Bila makan ohhh sedapp 


utk resepi asal blh tgk kat secuitrasa
Resepi: Kuih sagu kukus

sumber: Puan Ct Delima & Umiejazz
bhn-bahannya

1 gelas sagu ( uj guna 1 cwn)
3 gelas air ( Uj guna 3 cwn air)
3/4 cwn gula pasir ( Uj guna 3/4 cwn)
sedikit pewarna ( Uj guna warna merah)
1 sudu teh esen rose
sedikit kelapa dan sedikit garam ( digaul bersama)

cara:

1.   Didihkan air didlm pengukus ( balut pengukus dgn tuala yg bersih)
2.   Dalam periuk lain ,jerang air yg tlh dicampur pewarna sehingga mendidih.
3.   kemudian masukan sagu biji kacau rata serta masukan esen ros.kacau rata lagi.
4.   Selepas itu addkan gula,gaul rata.Apabila adunan nampak pekat sedikit addkan kedlm loyang
      81/2 x81/2 x 1 inci.
5.   Kukus adunan tersebut kedlm periuk kukusan selama 20 minit atau sehingga masak .
6.   Apabila sudah masak sejukan dan barulah dipotong..




Friday, June 28

kuih lapis lagi

assalamualaikum semua

Alhamdulillah...ptg tadi pandang ke KLCC he hee dah nampak jelas, Menara KL jg dibelakangnya jelas . Syukurlah kan , pagi tadi pun masa jalan ke Taska awan biru dan putih cantik je .
Semoga lepas kembali pulih sepenuhnya

ok masuk cerita gambar2 kat atas ni lak. Ahad kelmarin balik dari kenduri kawin anak sedara buatkan kuih lapis ni. Asben bawa utk makan2 sempena bacaan Yassin dan doa malam Nisfu Syaaban.

Masih resepi yg sama, sb dah hafal dlm otak he hee
lgpun bahan2 mudah dan senang penyediaannya. Sempatlah sejuk sblm ianya dibawa ke sana. Dpt potong makan2 sikit dan posink he hee biasa la kan
resepi  sebelum ada di sini ye

ok sampai disini dulu ya, mau bikin kek pula. he hee


Wednesday, June 26

sekadar cerita weeding anak buah


Assalamualaikum

apa khabar semua. Harap2 semua sehat ye, dgn keadaan jerubu teruk skrg ni sedia maklumlah kan. Batuk2 dan hidung bau asap je.
Cuma baik ikut saranan Kementrian Kesihatan, pakai mask bila keluar rumah dan minum air masak banyak2. Insyaallah....mari kita doakan sama2 supaya keaadan akan kembali pulih macam biasa.
Hari ni anak2 pun kembali ke sekolah dgn pakai mask.


j
Saja nak enteprem gambar sendiri he heee jangan ada yg nak muntah lak ye
tak da keja namanya kan.  Sempat gak posink 
atas pelamin masa anak buah kawin baru ni he heee biasa la kan jeless tgk pelamin cantik2 ni dulu time kawin pelamin biasa je
kan. 
  Ni  hero bujang si Abang Is ,satu je gambar dia, pic kat tempat bermalam( rest house K.Pilah) pada malam kenduri. Dekatlah dgn dewan dan umah Sil.


Yg NI kakak Tisha, anak kedua mama. Susah sgt nak suruh dia bergambar skrg ni dan susah jg nak senyum. Karektor lain sikit
anak dara sorang ni. 


ni pulak anak dara bungsu yg terlebih suka enterprem he hee
selaku flower girl tp  memang tak reti duk diam jenuh duk cari dia kejap lari sana lari sini
dgn kak na (sepupu) dlm bilik pengantin



hantaran2 pasangan, pilihan si pengantin

Sunday, June 23

SELAMAT PENGANTIN BARU DR JUNITA SHARIZA & AMIRUL


 SELAMAT SUDAH PERNIKAHAN DAN MAJLIS PERSANDINGAN PASANGAN anak saudara asben ,anak dara bungsu SIL, Dr Junita Shariza dan pasangan Amirul di Kula Pilah semalam. Alhamdulillah selesai akhirnya.
Semoga bahagia ke akhir hayat hendaknya

majlis nikah dirumah ayahbonda pastu persandingan di dewan

Gambar: Alhamdulillah selamat pengantin baru untuk Jing Shariza dan Amirul ...somoga kekal hingga akhirat...amin


Pelamin nan indah
 2 flower girl yg tak reti duk diam ni






Day 3 Bangun pagi masing2 6.30 pg konon nak ke Tuna bay utk breakfast dan  Ootd tapi tak berjaya sbnya kol 7.30 pun bot teksi masih tak ada ...