Sunday, April 13

kek gula hangus @ kek sarang semut


assalamualaikum


lama juga tak makan dan buat kek gula hangus ni. mana satu namanya ekk kek gula hangus or kek sarang semut.
mana2 je lah he hee
dua-dua boleh kot. Sebelum ni dah banyak kali buat cumanya lain resepi. Jenuh fikir nak bawak apa last2 inilah jadinya , bekalan ke PD utk Family Day staff Taska. Menu tambah-tambah je. Yg lain menu Boss dah siapkan
Jom tgk resepinya ye resepi kak Nor . Resepi asal  di sini
tqqqqqqq kak Nor


 KEK GULA HANGUS

(resipi asal arwah emak K.Nor)secubitgaram



1 tin kecil butter (250gm) ~ boleh gunakan 1 ketul/bar butter
12 bj telur ayam
1/2 cawan susu pekat manis
4 cawan gula
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum ~ ayak
4 sudu kecil soda bikarbonat



Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.





Terima kasih .....jumpa lagi ye

9 comments:

  1. SEDAPNYA SUKA KALAU AKAK IPAR MASAK NIE

    ReplyDelete
  2. manajer namanyer asalkan rasa nyer sedap..

    ReplyDelete
  3. salam kak..

    cantiknya kejadian kek tu..kek ni memang ada penggemarnya yang tersendiri kan..

    ReplyDelete
  4. cantik kek ni betul macam sarang semut, tapi telur nya waduhhh banyakk nya kan, tunggu baru beli telur baru lah akak try mesti sedap kan

    ReplyDelete
  5. aah kn byk btl tlurnya..klu nk buat kna wat spruh dulu..nnt nk cuba lh mama

    ReplyDelete
  6. kalau makan, selalu terbayangkan semut keluar dari celah2 rongga kek ni.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. lama saya tak makan kek ni.ia memang kek terbaik dan tidak memuakkan.

    ReplyDelete
  8. Cantik bersarang...kaler pun cantik

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan...

    Wah... memang menjadi sarangnya. mesti sedap ni

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Jam 12 ready chekout☺️☺️ anak2 dara plan nak mkn dimana hee hee Last2 ktrtnya nk singgah Gpo je situu ada  tmpt mkn Cuaca elok alhamdulillah...