assalamualaikum
hari ni hari ke 6 kita berpuasa ..hari ke 4 jg pak berada di wad. Hari2 juadah berbuka beli ala kadar,
bungkus mee goreng pun ok dah.cukuplah alas perut kan. Pak pulak alhamdulillah ok sikit ,walaupun masih lemah sb tak ada selera nak makan. nak lagi makanan kat spital ni kan.
Kesian tgk pak, makan ini tak sedap, itu tak sedap
macam2 pulak tu pantang larangnya, berminyak, manis ,masin semua tak boleh. Makan buah pulak menjadi-jadi batuknya. Aisshh pening jugak duk fikir apa yg nak suh pak makan ni..
mesti kakak dan abang is beli mcm2 ni, tau je lah kan budak2. Masa lapar semua nak, nampak sedap je tp bila time berbuka sikit je makannya. Abang is paling suka buah melaka, si kakak kalu ada nasi beriyani ok sangatlah tu. air pulak mesti sorang 2 gelas...betul2 melantak depa ni..kan
Berbanyak-banyak terima kasih pada yg memberi kata2 semangat dan mendoakan ayahandaku ini cepat sembuh. Terima kasih kerana memberikan kekuatan utk terus hadapi semua ini.
salam mama sara nur....
ReplyDeletetapau2 pun tengok mee tu mcm sedap jer...
ucu rasa lah kan..kalau mcm ni ucu pun blh kurus ni kalau hari2 tapau...
ucu, kurus takper boleh pakai baju2 lama utk raya he he
DeleteAssalamualaikum Mama Sara Nur,
ReplyDeletesemasa hayatnya masih ada, inilah kesempatan kita sebagai anak untuk beri khidmat bakti, moga dapat keberkatan Ilahi.... mudah-mudahan yang dirumah sana sentiasa memahami,
ikhlas dan sabar dalam menghadapi dugaan Ilahi, insya-Allah segala urusan akan dipermudahkan olehnya.
Tapau hari-hari pun tak apakan, yang penting perut mesti kena isi...he he he hhh
betul tu,bila direnung pengorbanan pak dulu amat besar tak kenal erti penat mencari rezeki utk anak2, meredah apa jg. bila terlantar mcm ni tentulah perhatian anak2 amat2 diperlukan
Deletealhamdulillah suami dan anak2 memahami w/pun buat sementara ditinggalkan
Salam Ramadhan mamaSN...moga kesabaran mama mendapat redha dari sisi Allah swt...moga pak cepat sembuh juga.tak pe lah sementara nih tapau2 ajer...nanti bila ade lapang pasti mama boleh masak2 sedap2..InsyaAllah
ReplyDeleteAyah cik sakit apa ye? Besar pahala jaga dia lebih-lebih lagi bulan puasa ni, mesti opahala berganda.
ReplyDelete