Skip to main content

dugaan di bulan Ramadhan


Assalamualaikum

Hari ke 4 kita semua menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yg mulia...seronok tgk yg berkesempatan menyediakan menu2 utk berbuka mahupun bersahur buat keluarga tersayang.
Pastinya lazat2 dan memenuhi selera kan.
Insyaallah ada kesempatan teringin sekali nak menyediakan jg. Cuma masa dan keadaan  tidak mengizinkan.
Bila jadi begini berbuka dgn segelas air pun kenyang rasanya. Dah tak terfikir makanan2 lazat yg sebelum ni terbayang-bayang...
Dalam kepala ikutkan macam2 plan nak masak. apapun
Tetap bersyukur walaupun puasa kali ini keluargaku diuji dengan keadaan kesihatan pak(ayah) kat kampung yg tidak memuaskan. Dugaan..
 Hari ke 3 puasa pak kena tahan di wad lg sebab sakit dada dan sesak nafas.  Hati ni memang la sedih. tp akan
sentiasa cuba ingat pada kata2 Hidup kita manusia akan sentiasa diberi musibah dan ujian di dunia sementara ini. Pasti Allah telah aturkan yg terbaik buat kita kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya


sebagai anak tetap mendoakan pak sembuh seperti sediakala. Boleh berpuasa , bersahur dan berbuka bersama-sama macam dulu. Paling sedih tgk mak, bila keadaan jadi macam ni mak yg makan tak menentu . Memang dah tak berselera.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan dan kesabaran....Aminn

Comments

  1. asslm Mama Sara...kak bykkan bersabar n brdoa yer semoga ayah akak sembuh dan kembali sihat seperti biase...

    ReplyDelete
  2. Slmt berpuasa buat mamasaranur sekeluarga.
    moga ayah mamasara sihat kembali dan dpt menyambut Ramadan ni bersama keluarga...
    harap mamasara byk- byk bersabar....

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa mama,
    insallah semuanya akan selamat..doa terbaik buat ayah yer..semoga cepat sembuh,

    ReplyDelete
  4. salam mama sara Nur...Semoga ayah semakin sembuh & diberikn kesihatan yg baik.Aminnn.Macam2 ujian/dugaan kawan2 yg dibaca...menjak 3-4 berpuasa ni:(

    Semoga semuanya akan tabah,Aminnnn

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa
    semoga ayah cepat sembuh

    ReplyDelete
  6. kita sama2 diuji nuri.. malah.. keluarga akak sebelum masuk bulan puasa sudah diuji dengan ujian yg sgt2 berat sekali. bersabar ye nuri.. apa yg boleh kita lakukan ialah berdoa moga musibah yg melanda cepat berlalu... pasti ada hikmah di sebalik tiap yg Allah aturkan. buat ayah nuri semoga pakcik cepat sihat & dpt menjalani rutin harian spt biasa... amin...

    slmt berpuasa buat nuri sekeluarga ye...

    ReplyDelete
  7. Moga cepat sembuh. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syafakallah..moga ayah akak cepat sembuh..

      Delete
  9. sabar mnghdpi dugaan yer..

    dtg sini utk pertama kali rasanya..http://chot91.blogspot.com/2012/07/jatuhbangkit-semula.html

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...