assalamualaikum
Hari nak ni share satu kisah buah tempatan yg tidak dikenali lg, terutama generasi skrg. Nama pun bila disebut diketawakan dek anak2. Buah apa tu ??? penuh persoalan. Tak penah la tengok, macam2 ditanya dek anak2.Yg depa kenal buah durian, manggis rambutan, langsat cempedak, nangka. Kalu zaman mama kanak2 dulu dulu2 macam2 jenis lg buahan tempatan yg sedap. Buah staq, buah rambai, buah tampoi, buah sengkuang.buah salak.semuanya belasah je he he tak kira buah memang suker sgt.
Bila tiba musim durian, buah sentul jg pun ada kira semusim yg sama.
Tapi sekarang susah nak jumpa sebab tu kebanyakan generasi muda
tidak mengenali buah ini.
Buah yang mempunyai keluarga yang sama dengan
buah nangka ini berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi
kuning apabila masak. Dikampung-kampung di Malaysia terdapat 2 jenis
buah sentul. satu jenis mempunyai kulit yang tebal dan rasanya
masam-masam kelat.Satu jenis lagi mempunyai kulit yang nipis dan kurang
masam dan tidak berapa kelat.Buah sentul jenis ini juga dikenali dengan
nama buah stia. Bahagian isinya sama sahaja dengan yang berkulit tebal.
isi Buah sentul berulas-ulas seakan-akan buah manggis. Isinya melekat
pada biji dan tidak akan tertanggal dari bijinya.Kulit buahnya juga
dimakan .
kalu dihiris kulit luarnya , kulit dalam dalam masih boleh dimakan.
Pokok sentul besar dan merupakan antara jenis pokok balak. Sentul membiak menggunakan biji benih. penyebaran biji benih dilakukan oleh haiwan terutamanya burung.
Pokok sentul besar dan merupakan antara jenis pokok balak. Sentul membiak menggunakan biji benih. penyebaran biji benih dilakukan oleh haiwan terutamanya burung.
pokok sentul yg ni kata ayah kacukan sb tu buahnya agak besar berbanding sentul kampung. Nasib baik kan ayahku menanamnya kat kebun belakang umah ,dptlah merasa dan tunjuk kat anak2. Pokok lama2 tu semua dah tinggal kenangaN. Dulu berebut ngan kawan2 cari buah ni tau, tnggu yg gugur kalernya kekuningan. Tp yg ni daku jolok he he sb kalu tak jolok tak merasalah, jadi habuan haiwan lain dulu.
Rasanya masam2 manis. Bila suruh anak2 rasa masamnya kata kakak he he tp kalu dah cukup masak taklah masam sgt.
Pernah makan,sedap juga isi buah sentul ni.Betul tu skg susah nak jumpa.
ReplyDeleterasa masam manis kan, alhamdulillah ada kat kg dekat rumah ayah akak
Deletehehe...QH pon xkenalll buah sentul ni...baru tahu skrg ni..tq bkongsi info..hihi
ReplyDeleteQH he he sama2 nanti boleh jalan2 kampung akak kat Perak tgk ye
DeleteSalam Mamasaranur.buah sentul....lama tak jumpa buah ni,betul tu skrg susah nak jumpa buah ni. suka buah sentul jeruk....kalau mkn gitu tak tahan masamnya....
ReplyDeletecantik kek chiffon 3 warna kat bawah tu....
betul tu wat jeruk sedap
Deletealhamdulillah sb ayah ada tanam pokok sentul ni dekat dgn rumah di kg tu dptlah merasa lagi bila berbuah. pokok2 yg dulu semua dah tak ada ditebang atau terbiar semak. entah ada ke lagi he he
salam rindu mama sara...takyah le budak2..yg tua ni pon tak penah tgk...hehehe..cam tu roper nya yea...timer ksih cikgu!
ReplyDeleteAsslm mama sara...first time tgk buah sentul... tq 4 sharing. btw, kita dah buat kuih laps paling besttt mamasara...mmg bestttt...puas hati dpt makan kuih lapis kat nihon
ReplyDeletenamanya selalu dengar....tapi tak pernah makan buah tu..jakunnzzz
ReplyDeleteassalam nuri...
ReplyDeleteakak pun suka ngan buah sentul tu... selain mkn mcm tu je kalau belah t'ganu biasanya dibuat jeruk mcm akak buat jeruk buah kedondong kat dlm fp tu. mmg sedaplah.. tiba2 kecur air liur.. kami pulak selalu mkn collek atau cicah ngan garam belacan kata org bandar...
p/s: dpt juga jumpa dgn nuri kan... comel kecik molek orgnya... ada rezeki nnt kita jumpa lagi ye... hari tu segan2 nak sembang byk.. hehe..
greetings!!
ReplyDeletecan someone please tell me where I can buy sentul? I need to give it to a friend as a promise.