Skip to main content

susu Dutch lady & nutella



assalamualaikum

pantaskan masa berlalu, sekejap je dah masuk bulan Rejab , x lama lg menyusul Syaaban dan menghampiri Ramadhan pula.  Puasa ganti dah langsai lum he he ke alhamdulillah kalu dah langsai kan senang hati. Daku tinggal lg 4 hari hu hu rejab ni nak ambik peluang berpuasa ganti dan puasa sunat insyaallah semoga diberikan kesihatan yg baik...Aminn

Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan memperbanyakkan berdoa’, solat sunat, berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi ada menyebutkan “Malam awal Rejab mustajab doa’nya”.

Marilah sama-sama kita merebut peluang-peluang keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Namun begitu, setiap amalan mestilah bersandarkan kebenaran dan tidak terkeluar dari batas yang dibenarkan termasuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara bid’ah.

jangan pelik ye hari ni tayang gambar susu kotak camni he he
Mari mari beli  jualan murah, alhamdulillah ahad lepas nasib baiklah awal2 baca metro tau, haaha dapatlah info berguna ni Giant  wat jualan istimewanya, susu Dutch lady 3 kotak dengan harga RM10.45 . Tengok org lain beli pun banyak berkotak-kotak walaupun tulis 1 family 3 kotak shj he he tp kita beli 2 kali tengahari dan malamnya pergi lg sekali ha ha dptlah 9 kotak, orait la tu kan.. murah ni berbanding harga biasa RM5 lebih . Susu ni hidangan wajib breakfast anak2 sebelum g sekolah pagi-pagi tu, makan dgn koko cruch. Memang si abang suker minum dutch lady ni sekotak 1 liter paling lama tahan 2 hari je. Balik sekolah pun minum gak. Nutella pulak makan dgn roti gardenia, wajib ada stok ni kat umah
paling kecik ni cuma RM8 lebih je.


  10 kebaikan susu Dutch Lady ialah…
sumber:  dutchlady.com.my

1. Kalsium
Kalsium membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Pertumbuhan tulang akan berterusan sehingga umur kita mencapai 35 tahun. Jadi adik mesti minum susu Dutch Lady selalu untuk membesar dengan sepenuhnya.

2. Protein
Susu merupakan sumber bekalan asid-asid amino yang seimbang. Ia menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi-fungsi otak dan tubuh. Protein juga membantu pembentukan otot dan memperbaiki tisu-tisu otot.

3. Vitamin A
Vitamin A amat penting bukan sahaja untuk penglihatan yang baik malah juga untuk pertumbuhan badan serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imun yang baik.

4. Vitamin B12
Fungsi utama vitamin B12 termasuklah pembentukan sel-sel darah merah. Sel-sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh badan.

5. Thiamin (Vitamin B1)
Thiamin merupakan salah satu daripada lapan vitamin B yang boleh larut dalam air. Vitamin ini membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada glukosa (gula) yang akhirnya akan diproseskan untuk menghasilkan tenaga.

6. Vitamin D
Kekurangan vitamin D akan meyebabkan badan kita hanya mampu menyerap 10 hingga 15 peratus kalsium daripada pemakanan kita. Bekalan Vitamin D yang mencukupi amat penting untuk merangsang penyerapan kalsium dan mengoptimumkan kandungan mineral di dalam tulang.

7. Zat Besi
Zat besi adalah komponen penting hemoglobin, iaitu protein di dalam sel-sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh bahagian badan. Ia juga memainkan peranan penting dalam tindakbalas metabolik serta mengawal pertumbuhan.

8. Zink
Zink diperlukan untuk aktiviti-aktiviti enzim bagi pertumbuhan dan pembahagian sel. Zink, yang didapati di dalam hampir kesemua sel, juga menyokong kesihatan system imun kita.

9. Riboflavin (Vitamin B2)
Riboflavin merupakan satu vitamin yang boleh larut di dalam air. Ia membantu tubuh badan memperoleh tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat semasa proses metabolisme berlaku.

10. Kerana ibu paling mengetahui!
Ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk si manjanya. Sebab itu, ibu pasti akan membekalkan adik 3 gelas susu Dutch Lady setiap hari agar mendapat segala khasiat susu!
terima kasih pada yg sudi kunjung kesini.

Comments

  1. samela danisha suke sgt nutella...sebab nutella la die suke makan roti hehee..aklau x,memang payah nak makan roti=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danisha pun suker ye, nutella coklat yg digemari anak2 sekarang he he

      Delete
  2. bestnye...ade lagi ke murah kt giant tu...sampai bile yer...x tahu cite pon...huhu..ketinggalan nmpknye...klau x bleh la mborong sma...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. QH he he promosi utk satu hari sahaja ye
      takper lainkali giant akan wat lagi kot he he

      Delete
  3. heheh..mama sara ni..mcm tau2 pulak sy ni membesar dng susu dutch lady

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak...
    Kat umah nani plak susu dutch lady mmg selalu ada, budak2 makan ngan koko crunch... nutella plak diorang tak suka.. kalau beli kaya dorang makan ngan roti jap je.. kalau nutella berbulan2 dok dlm peti sejuk tu.. aleh2 keras camtu je... nak campak sayang.. terpaksa mamanya gak yg abiskan... hihi budak2 skrg dah pandai pilih..

    ReplyDelete
  5. mcm tau-tau je aida baru shopping last night and beli susu full cream dutch lady tu & nutella size kecik. stok yg beli kat langkawi da abis! lom ada member gi langkawi nak kirim... terpaksa beli kat mydin. yg kecik je RM9+ hu hu hu...

    ReplyDelete
  6. wahh susu tu pun fav kita..sampai bila tue offer...semalam g giant tp x tgok2 bhgian susu..cari jem jew..h ahaaa x per esok leh g..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

Popular posts from this blog

Makan nasi lemak Burung Hantu

Assalamualaikum  Layankan aje anak anak muda malam minggu nk makan nasi lemak burung hantu katnya Taklah jauh bila waze dlm 20 minit sampai Sri hartamas Beraturrr ikut giliran awalnya ok belum ramai lg kan tp mkn malam makin ramai org datang Nasib baikk sedappp he hee Ayam gorengnyaa nasinya cuma sambal agak pedas Ciknur qmbik rendang daging pun sedapp Boleh la lainkali mkan lg   Balik mkn kita lepak pula sambil Mengopi Sekali sekala inilah bila anak2 buah dtg  Sakan berbual bual bila berjumpa

Makan nasi Arab kat Senawang

Cerita hari Jumaat Cuti kecemasan pg2 bertolak Ke KPJ Seremban Alhamdulillah selamat cucu sulong Arwah Sil Dinikahkan dgn pilihan hati InsyaAllah majlis nanti bln November Selesai semua sblm balik Kl Abg ipar dan anak2 belanja makan kat aSenawang Restoren nasi arab Dptlah borak2 kejap Sambil mkn2 Anak2 buah belah suami ni Jarang2 jumpa  

Ziarah anak sepupu di Sg Besar

Cerita Raya haji yg lepas dpt la ziarah raya ke sg besar rumah ank sepupu  Ank sepupu sorang ni sesat tercampak sini hahaa Terus menetap berkg terus dia selepas berkahwen  Emaknya memang sepupu rapat sb ank sedara arwah mak Tapi jarak usia emaknya dgn ciknur jauhhh kira sebaya kakak sulong sb tu lg rapat dgn anak2 sepupu la kiranya sb usia lebih sebaya Mak dan ayahnya pun dah takda jd pandai2 dia jaga adik2 bina kehidupan di negeri org Sedihh ikutkan kisah mereka ni Alhamdulillah masih dpt hubungi walau jauh kan Yg besttttnya kannn bila dtg rumah dia seronokkk sgt suasana kg keliling sawah padi Sabak bernam kann memangg la Dapat suami pula yg rajin bertani Tgkkk ni rajin dia tanam anggur mcm2 jen Adoiiii terujaaa tgk  Tp masa ni anggur kecik2 baru berputikk banyakk sgt Insyallah next la Kita ziarah lg utk mkn anggur ha haa Sawah padii sejukkk memandanggg Terkenang zaman kanak2 main kat bemdang ni  Sempat la rasa time arwah tok buat bendang  Sabtu ahad je lepakkk...