Semalam berkesempatan menghantar abang sulongku ke Kelana Jaya, alhamdulillah akhirnya tercapai sudah hasrat abangku utk mengerjakan haji tahun ni. Dah sampai seru, apapun kami semua mendoakan yg terbaik buat abangku Ruznan. Amin..... dan tinggal lg seminggu pula kita semua akan menyambut hari raya AIDILADHA, hari raya korban atau hariraya haji. insyaallah kalau xda aral pulang ke kampung utk beraya lagi, ye lakan selepas hari raya aidilfitri rasa terlalu lama dah tak balik kampung he he untuk entry hari ni pula nak tayang puding roti caremel yg sempat dicuba buat pertama kali ni. Dulu puding caremel je tp yg ni campur ngan roti . memang lain sikit rasanya. yg penting sedap teruatama makan bila dah disejukkan dlm peti ais ...memang sedap...
resepi copy dari fotopages cheff Hanieliza yg pakar dalam masak2 pelbagai menu ni.
PUDING ROTI CARAMEL
Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti
Bahan B
- 1 buku roti [10 keping]
- 1 tin susu cair
- 1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
- 2 biji telur 1/2 cawan gula 1 sudu teh
- esen vanilla 2 sudu besar tepung kastad
- Hiasan 1 tin buah koktel/peach
- Cara:
- 1. Panaskan kukusan.
- 2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
- 3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
- 4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
- 5. Kukuskan selama 30 minit.
- 6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
- 7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
- 8. Sejukkan...hidangkan sebagai dessert
No comments:
Post a Comment
kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas