Wednesday, November 13

Keria gula melaka


Assalamualaikum

Pg smlm sempat ke pasar tani Keramat Permai

Konon nk beli air strawberry sedapp tp tak da pula smlm

Dan nmpk ada jual keria gula melaka ni

Elokk sangatt

Ciknur beli sebekas harganya Rm10 dpt 9ketul

Singgit lebih la seketul kan

Dlm kereta teruss ngapp

Wahh sedappp la

Lembut je isi dalam

Ubi oren kalernya

Ni anak bujang memang kesukaan dia la

Tak perlu jauh jauhh ke Melaka he hee kat kl pun ada

Sedapp camni bolehla next kita beli lg kan



 

Tuesday, November 12

Jamuan perpisahan


Assalamualaikum

Semalam 11 hb genap 3 bulan Dayana practikal di taska

Sempena perpisahan ini jamuan kecil kecilan diadakan

Makanan ala potluck je

Alhamdulillah meriahh jga




Cikmur masakkan oglio pedas

Kek2 dibawa ibu bapa

Nugget, kek merry, puding caremel

Ayam goreng dan air oren



 Good luck utk Dayana

Pasni dia akan sambung belajar lg katanya utk diploma pula

Sunday, November 10

Trip Hatyai 2024



Assalamualaikum

Lamaaaanya tak jengah blog ni☺️

Sunyi sekejapp 


Penutup oktober baru ni ciknur join boss ke Hatyai

Kebetulan pasport masihh onn he hee Rombongan cik kiah naik bas

Dgn geng2 kaki jalan meriahh depa

2 hari 1 malam je tido hotel

BerTolak jam 10 malam sampai sblm suboh kat Perlis

Singgah solat /mandi pastu jalan lg ke destinasi

Cari mkn sarapan pg kat danok


Sblm ni ke hatyai tak singgah sini sbnya masa tu banjir
Kali ni dptlah ciknur merasa alhamdulillah
Tgk org meniaga meriahhh mcm2 menu ada








Makan2 di sini meriahhhh sungguh betul menunya

Udang besar2 kot😊 daging ayam desert pelbagai

Satu kepala Rm30 duit Malaysia

Yg kuat makan sukaaa 




Dah kenyang masing2 singgah membeli pula

Mcm2 adooo




Kita Beli gajus je bw balik he hee




Sampai dan balik masih singgah kqt Danok mkn2

Tmpt kesukaan dorang ktnya

Daging bakar sedapp dan membeli jga



Ciknur byk Jalan2 dan kita snap je tak

Membeli pun






Nampak kafe ni cantikkk je menarikn deco

Tumpang bergambar japp



 

Thursday, October 17

cedera si busukk mama


Alahaiii busyukkk mama satu ni

Cederaaa dah

Tengah2 bulan ni dia pau mama utk bayar vet

Smlm terpaksa warded sb dr nk cuci dan jahit lukanya

Nampk teruk tgahri tu berdarah darah tau dkt lantai

Seriau mama  patut la monyokk je dua tiga hari ni rupanya dia menahan sakit 

Kt dr sb hama dlm telinga so dia mengaru kena kukunya tu jd kudis mcm bisol

Huhuu 



Mukaaa sedih kena tinggal dkt vet sehari semalam



 Doakan wiwi cepat baik cam biasa ye

Nak menjaga dia satu hal 

8 hari kena mkn ubat 

Dan pakai sarung leher supaya dia tak mengaru lgi lukanya tu

Doktor pesan sbnya kalu terbuka jahitan atau bernanah

Kena ke vet smula

Sunday, October 13

Makan kenduri


sabtu 12 hb oktober gantung periuk kita sb ada jemputan kenduri kawen drpd kawan sekolah en suami 
Wedding anknya, dkt je Ampang
Sabtu si kakak pun offday apalgi join la kan
Biasa sabtu menu nasi lemak he hee tp hari ni nasi beriyani la. Ada laksa jga ayooo feberet la tak tolak punya
Apam balik comel dan kuih karipap serta  bubur kacang dan cendol
 


Beratur nk apam balik comel ni

 
Balik tgk luar ada photo both pula
Ajomm bergambar kita
Ehh baru perasan kita berempat baju tema kaler biru dan merah ha haa

Kakakak dan mama biru
Abah dan adik meroon❤️
Ehhhh kebetulan pula
Alhamdulillah❤️myluv family


 

Wednesday, October 9

Si merah jambu


 Cerita si merah jambu @ bunga raya ni

Smlm entry tak sempat nak buat karangan he hee

Bunga ni mekar Di blkg rumah ciknur , letak situ sb banyak cahaya matahari

Dan senang nk siram jga. Sambil

Kat dapur siram air

Ciknue beli di pasar tani tak silap awal tahun ni rasanya

Kebetulan masa tu Abang jual pokok2 ni offer nak tutup kedai dah agaknya kan

Dia jual 3 pokok bunga dgn harga Rm10 je

Kecik je masa tu dan belum berbunga

Ciknur ambik 2 pokok bunga raya berlainan jenis satu kaler pink bunga besar dan satu lg kecik2 tp kaler tetap pink dan sepokok lg bunga kesidang putih yg memang dicari cari sebenarnya. Dah beli hari tu tu tp tak panjang hayatnya huhuu 2 minggu mati entah la sb masa tu beli melalui pos

Pucuk dicita ulam mendatang org kata kan

Sukaaa la kita dpt akhirnya

Berbulan jga nk menunggu ianya berbunga

Alhamdulillah skrg byk berbunga cuma kesidang tu blm lg berhasil

Sabar menanti , dgn pokok2 ni kena bersabar kan

Hajat tu memang nak mcm2 ada bunga bunga tp masa dan kudrat ni he hee kurang pula

Pg keja blk dah senja

Sabtu ahad dptlah luangkan masa kejap utk belek2 membaja



 Assalamualaikum Mewayang kejap di malam minggu Teman si kakak nak tgk movie Kudrat 1968 kat TGV eons Setiawangsa Awal dia booking tiket 2 m...