Monday, September 30

sukan sktk 1 & pra sekolah



assalamualaikum
ahad lepas berlangsungnya acara sukan tahunan bagi tahun 2013 SKTK1. Sukan yg tertangguh, sepatutnya sebelum ramadhan dulu tp ditangguhkan apabila jerebu melanda.


wajah2 ceria tak sabar nakberaksi ni


persembahan dari PRASEKOLAH

paling happy bila dpt hadiahnya he hee


thn ni si kakak masuk pembarisan rumah biru pula, taknak pasukan beruniform lg. acara pula larian berganti 100m je.




acara penghujung sekali , tarik tali pasukan rumah biru dan rumah hijau. yeahhhhh rumah biru juara akhirnya

Sunday, September 29

kek chiffon rose

 assalamualaikum

selamat berhari minggu.
entry cepat dan pantas hari ni he hee baru lepas siapkan kek chiffon rose ni ..potong dan siap posink dan wat entry.
ni lah namanya tak ada kejaaa
sebenarnya sorang2 duk umah dari semalm hu huu anak2 sorang pun tak ada. Si kakak ikut camping sekolahnya, si abang dan adik tidur kat kat umah SIL di Rawang nun. En asben pulak pagi2 td ke Trengganu huwaaaa so tinggal la sorang2
tu yg nak hilangkan boring wat kek chiffon ni. ptg ni kakak dah balik blhlah makan2. Si kecik Sarah ni beriya-iya nak tido di rumah sil, byk kali tanya boleh ker tanpa mama ni. Bolehhhh katanya
dia okey je tp mama yg tak keruan he heee

alhamdulillah sedappp lembut gebus kek ni cuma agak fail bab nak tanggalkan dari acuan tu. Terkopak sikit he hee atau tak sabau benor tak sempat sejuk
apapun still okey elok. boleh wat makan petang ni sorang2 cicah air kopi o. mai sapa nak temankan bolehhh


ok resepi kek chiffon pandan hasil olahan  hazila.blogspot.com
tqqqqq ye. cuma kita tukar perisa pandan tu ke sirap rose

PANDAN CHIFFON CAKE

Sumber : Sonia, Nasi Lemak Lover

Bahan bahan
5 butir telur kuning
20 gms gula pasir
80 gms minyak jagung
60 gms air + 20 gms pandan extract
125 gms tepung kek

5 butir telur putih
90 gms gula pasir
1/2 sudu teh perahan lemon

Cara cara
1. Kuning telur dan gula pasir di pukul ringan hingan sebati. Masukkan campuran air dan pandan extract dan kacau sekata.
2. Tuangkan minyak jagung dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Ketepikan.
3. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula pasir sedikit demi sedikit dan juga jus lemon ke dalam putih telur. Pukul hingga putih telur menjadi kental/soft peak.
4. Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan tepung, gaul menggunakan whisk hingga sebati.
5. Masukkan baki 2/3 aduanan putih telur dan gaul sekata.
6. Tuangkan ke dalam acuan chiffon cake (20 cm), bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 45 minit.
7. Apabila kek sudah masak, keluarkan dan terbalikkan chiffon cake pan dan biarkan hingga ia sejuk.



Friday, September 27

pavlova akhirnya

assalamualaikum

salam hari jumaat.alhamdulillah masih dpt peluang melihat keindahan dunia ini Amin
Syukur padaNya...

hari ni nak bercerita tentang desert sedap dan manis ni
Pavlova lova gitu he hee
walaupun dah lama tapi baru firstime nak menery ye.
ok yg atas tu kecik2 comel airtangan Puan Izah Muffin Lover
yg skrg makin sukses bisnes bakerynya.
sangat2 sedappp woooo he hee
ok ceritanya bila dpt undangan open house rumah salah sorang parent anak2 taska ni. ada la menu pavlova
tp rasanya agak kurang sikit sgt2 manis dan rasa lebih susu so
my boss ni pun komplen la ha haa tetiba teringat kat Izah terus sms tanya alhamdulillah blh order. bila my boss rasa je palova izah bukan main suker tau. sedapppnya ,sekejap je anak2 nye kasi licin.
yg seblm ni tak suka pun boleh jadi suka


bila dah rasa kita pulak jatuh cinta he hee tu yg buat sendiri pulak utk besday en asben baru2 ni ha haa bolehlah tp xleh talent kesedapan pavlova si izah.
bolehlah kan nak makan2 sendiri he hee anak bujang pun suker maklumlah manissss kan


tqqq Izah ye akak cp resepi nya disini ye

MINI PAVLOVA
resepi: Kak 1

bahannya:

200gm telur putih (4biji)
160 gm gula kastor
1/4 sk cream of tartar
2 sk tepung jagung
200 gm whipping cream
buah-buahan segar- strawbery, blueberry, anggur, peach


caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 120 C. Alaskan loyang dengan baking paper.
2. Pukul putih teur dm mangkuk yang bersih dan kering hingga putih telur berbuih.Masukkan gula, cream of tartar dan tepung jagung. Putar hingga kental, kembang dan bertanduk.
3. Masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam acuan berlubang. Ratakan menggunakan spatula. Angkat acuan perlahan-lahan. Jika tiada acuan lukis bulatan ke atas baking paper dan picit maringue ke dalamnya.
*saya picit je terus ke atas baking paper mengiku size yg diingini. cuma jarakkan antara pav kerana pav akan mengembang sedikit.*boleh tengok teknik memaip meringue di blog kak wan di link atas.
4. Bakar menringue selama sejam dan biarkan meringue sesudah masak selama 30 minit di dalam oven atau hingga sejuk. Permukaan meringue kelihatan retak dan kekuningan.
5. Letakkan whipping cream di atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.





Wednesday, September 25

agar-agar santan sirap rose

 assalamualaikum

kembali bersiaran....agak lemau malam ni tp gagahkan jg wat entry
ni la akibat makan rambutan he hee dah lain macam tekak ni
badan suam2 gak.Harap2 janganlah demam ...
ok jom tengok menu desert kali ni. Agar-agar santan versi merah.
kan biasa makan yg gula merah atau pandan.
bila letak kaler merah pun ok gak kan.


resepi dari Naz, TQQQQ ye Naz
 http://ovenkecil.blogspot.com/2012/09/


AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurang kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas y
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • 1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan


Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

  1. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.
  2.  Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

Saturday, September 21

Selamat hari lahir....eN suami tercinta


  21 hb September....
 hari kelahiran suami tercinta En  Sulaiman Hj Mohd  Rashid

 Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu  & meniti usia tua bersama. Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga & melindungi kami sekeluarga.. 
Ya Allah,Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah & lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ni. Amin ~



 Assalamualaikum Mewayang kejap di malam minggu Teman si kakak nak tgk movie Kudrat 1968 kat TGV eons Setiawangsa Awal dia booking tiket 2 m...