Monday, December 10

kita merancang Allah menentukan.. Hospital Taping


Andai ini ketentuan kami menerimanya dgn Redha...Ya Allah berikan lah kami semua kekuatan dan ketabahan untuk terus melalui semua ini

Ya Allah sembuhkanlah pulihkanlah ...Ya Allah hilangkan kesakitan yg dihadapi oleh Ayahanda kami Ya Allah berikan kekuatan kepada bonda kami utk terus melalui dugaan ini

Amin

Sunday, December 2

balik kampung...cuti-cuti Malaysia

assalamualaikum 

alhamdulillah...bersua kembali ye, syukur padaNya..kerana kembali sehat setelah 2 hari  diam bawah selimut sb dilanda deman selsema selepas kena hujan balik dari MAHA Serdang khamis tu.

hari ni yeahhhhhhhh agak lega dan mood pun sangat gumbira sb pertamanya cuti2 Malaysia dan keduanya nak balik ke kampung halaman lusa.
sukernya tak sabar nak menikmati buah2 doyan, rambutan , manggis dan langsat yg tgh masak ranum
mesti pulun habis-habisan si manggis kali ni, tak kiralah 
doyan jg kena layan sb kali ni mak bgtau doyan kat bukit memang sgt menjadi ,lama dah tak rasa doyan bukit ni sejak bertahun bila pak dah tak nak jga dan tiapkali musim buah kena pajakkan kat org.

gambar  google 

sedap oooo doyan ni asli punya isinya mcm2 kuning putih yg tebal nipis  semua ada dan penting sekali byk  kenangan manis dolu2 masa zaman sekolah duk pi angkut dari atas bukit merentasi bendang, sungai utk sampai ke rumah. Banyak tak terkira jasanya pada keluarga kami..
hasil jerit perit ayahanda mengusahakan pokok2 durian kawasan bukit. Bukan mudah sebenarnya ...ooh kalu nak dicerita memang panjang lebar.


Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut


Swiss-Garden Golf Resort & Spa, Damai Laut 



ok inilah tempat cuti-cuti Malaysia kami sekeluarga kali ini.
nanti n3 ceritanya ye

ok jumpa lagiii

Friday, November 30

cicah nenas + mangga + kuah rojak

 assalamualaikum
salam hari jumaat...semoga diberkati...
sebelum tu nak khabarkan dulu kawan kita Jassnani http://jassnani.blogspot.com/ yg pregy 7 bulan skrg berada di wad 5E hospital Serdang kena admit sb air ketubannya keluar sikit2 so doktor tahan sb nak pantau serta bg injection utk kuatkan jantung babynya. Alhamdulillah tak ada apa2
sebenarnya semlm plan dgn dia nak jumpa kat MAHA Serdang dan akak nk hantar kek coklat karemel sb hari tu tayang dah tgk tu kenalah bg rasa nanti kempunan he hee

Sampai Maha jam 3 lebih jalan2 dulu dlm kol 6 baru call Nani sb 6 ptg habis keja kan tp terkejut jgalah bila Nani bgtau kat wad. Terus akak ke sana melawat. Dengar cerita apa kisahnya.
Kita doakan yg terbaik buat Jasnani ye...semoga tak ada apa2 
ok ye last entry sblm esok cuti-cuti Malaysia. Tak jauh pun Ke Lumut je, Damai Laut utk 3 hari 2 malam, Pastu langsung lajak ke Kampung halaman utk makan buah2 tempatan yg tengah melimpah skrg nak lagi durian rambutan dan manggis..sedapnya kan..nak makan manggis puas2..sapa2 nak makan doyan meh dtg ke kampung akak di Ijok bt Kurau Taiping Perak ye..ikut Grik pun lagi dekat. Makan free  je he he

sb tengah musim buah kita tunjuk buah lah ye he heee tp ini buah nenas dan mangga je 
mangga ni buah dari pokok jiran yg tanam tepi jalan depan umahnya...tp kita jg yg selalu makan he he tumpang sb buahnya pun boleh tahan sentiasa berbuah. So tok mid tu duk suruh jolok je kalu nak makan..
nenas pula memang kesukaan tp sekali sekalalah..bila nampak kat giant tu jual dgn harga singgit satu biji, Manis sebenarnya nenas ni. nak sedap cicah dgn kuah rojak buah ni.emmm memang lajulah

ok ye jumpa lagi

Thursday, November 29

new york blueberry cheese cake

assalamualaikum...salam sejahtera

Tugas sebelum cuti2 Malaysia dan jg balik kg makan durian, kasi clean and clear segala stok2 dlm peti ais heeeee karang ada pula yg kena buang kan kann jdnya sblm terjadi baik chek dulu kan. Tak baik nak membazir ni..inilah salah satu darinya cream cheese philadephia ada duk tersorok seketul lg. kalau butter tu takper kan ini cheese siap tarihk expired maknanya kenalah buat sesuatu kan. 
Balance blueberry pun ada lg, susu segar pulak tercicir kalu idak dlm kepala ni fikir nk baking cotton cheese cake je
Seb baik ada en goggle makanya kita cari resepi apa yg patut. yg bersesuaian dgn bahan2 yg ada ni ha. Jalan punya jalan singgahlah kat dapur K.SHEILA intai2 kek2nya  amboi sedapnya bila tgk satu kek ni namanya kek N.Y C.C  ...meleleh airliur . Tgk bahan2nya pun orait sesuai sgt.Apalagi salin cepat2 malam esoknya terus membaking sb semua bahan2 ada kan. 
Taraaaaaaaaaaa hasilnya fuhh alhamdulillah jadi . Tak sabar nk kasi sejuk dlm peti ais si adik dah rasa he he. mama turut rasa la sikit sepotong pun jadilah kan he he itupun lepas letak blueberry ni aduhh tambah sedap
aii takleh banyak2 ni karang tambah gomukkk he he
tqqqq k.sheila sb share resepi N.Y C.C  ni ye...semoga berpanjangan pahalanya. 
Utk yg nak try boleh masuk ke

http://spicesjourney.blogspot.com/2012/05/new-york-cheese-cake-with-blueberry.html

ok jom jemput makan ye


Tuesday, November 27

program himpunan wanita muda 2012


Assalamualaikum semua

hari ni tukar cerita ok, bukan masak2 lg, boleh ekk sekali sekala..
cerita xtvt hari ahad lepas kat PWTC . himpunan wanita 2012
seluruh Malaysia. inspirasi Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Silau mata dengan warna pink.

Ada mcm2 bengkel, b.kesihatan,grooming, make-up, pengurusan kewangan dll , ruang jualan dan pameran , solekan, fesyen ,masakan, fotografi . Sempat ktorg raound tgk kedai2 antaranya inilah Dinaz pelakun , Sgt comel  Dinaz Mohktar ni tau, bila tgk depan mata sangat mulus kulit wajahnya tu..biasa le artis kan mestilah cantik..tp yg penting sabar je melayan kerenah ramai2 ni .
Dinaz tokey butik baju2 untuk breast feeding, cantik2 baju ibu dan anak yg sedondon.

 Seramai 12 wanita2 muda yg berjaya dlm bidang2 berlainan dpt anugerah kesatria antaranya Dato Siti ni. Product Simplyciti jg ada dijual dgn 50%, snap dari jauh malaslah nk kedepan tu he he
makan tengahari ramai2,...pastu cabutan bertuah, sb member dah pening kepala so balik awal tu pun jam 5, walaupun progaram belum habis sebenarnya. 
Tak dpt dengar  segmen khas oleh  Ustaz Fathul Bhari, Dato Cheff Wan, Dato Sheikh Muzafar  di akhir acara menceritakan 'Dibelakang kejayaan  Seorang Lelaki' .

Minggu ni agak buzy sebelum mula bercuti minggu depan.
mcm nak kena buat keperluan sekolah lagi kena siapkan terutama baju2 dan kasut si abang dan kakak. Adik ok dah setle tengah tunggu nak ambik je uniform Pra.
yg tak sabarnya ni nak balik kg makan durian heehee manggis ,rambutan tungguuuu kepulanganku he heee

Monday, November 26

kek coklat lagi

assalamualaikum

kek coklat lagi...lagi-lagi kek coklat he he...memang tak jemu kan
nak lagi cuti2 sekolah ni kan. 

cuma kali ini mama telah mencuba resepi lain...telah mengopy pastelah resepi yg tak penah buat sebelum ni
nampak lain kan...kalu ikutkan banyak sgt resepi2 kek coklat dlm simpanan baik yg ambik dari intenet mahupun dari majalah2...nampak je resepi kek coklat pasti koyak dan simpan sampaikan tak tahu mana satu yg dah try mana satu ok h hee
cuma sebelum2 ni agak setia dgn resepi kek coklat yg  dah biasa buat dan menjadi. Rasa pun menepati.



yg ni resepi setelah nampak sgt 2 menyelerakan di blog AZIE KITCHEN..apalagi kita pun cubalah dan paling pasti sebabnya adalah sbnya mudah dicampur je semua dan satu sb lg ada fresh milk yg masih berbaki...ok jom tgk resepinya ye

 BEST MOIST CHOCOLATE CAKE EVER
sumber: Happy Cooking Time

Bahan-bahan : 
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula 
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telur saiz A
1 tsp garam
1 cawan buttermilk 
1 cawan Mazola vege oil @ minyak masak je
1 1/2 tsp vanilla extract
1 cawan air mendidih (boleh letak coffee/nescafe) 

Cara Penyediaan : 
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9 x 12 dengan oil dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10 x 10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
akhir sekali baru masukkan air panas dan setelah sebati masukkan dlm acuan 
bakar dlm 50 minit



tgk lah tu nampak sedap kan...bukan nampak je tau tp memang sedap...jg kelihatan mcm padat tp sebenarnya lembut tau.

Saturday, November 24

buah apa??? mulberry rupanya



assalamualaikum
apa khabar semua...alhamdulillah sehat ye 
Ok baru2 singgah sekejap rumah my boss, sementara menunggu tu terpandang buah2 yg comel ni ..geramlah tgk
kebetulan kamera ada terus snap he he katanya buah sebutan ada bery2 he he bukan strawbery or bluebery sb kita kenal dan penah tgk cuma yg ni jakun sikit sb tak penah tgk depan mata sendiri ..rupanya Mulbery
rasa ohhh belum pernah, kalu nak makan kena yg kalernya agak merah gelap baru sedap kalu cerah2 ni masammm
rupanya banyak khasiat buah ni tau..cuba baca dibawah info yg kita dapat dari hasil google
info boleh tgk http://blogtokwan.blogspot.com/2011/03/khasiat-buah-dan-daun-mulberry.html

Mulberry adalah sejenis buah yang
 rupanya seakan blackberry. Namun Mulberry ini dikatakan mempunyai beberapa khasiat dan sering digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Buah Mulberry boleh dimakan segar atau dibuat jem. Ianya baik untuk pengaliran darah, elok untuk buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
Malah jus Mulberry dikatakan bagus untuk merawat masalah sembelit dan pening.
Daun Mulberi pula boleh dikeringkan dan dijadikan teh yang juga mempunyai beberapa khasiat untuk mengubati batuk, selsema dan demam panas. Juga elok untuk merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis.
baguskan...bolehlah tanam lepas ni ye tp dalam pasu je lah he he

ok jumpa lagi




 Assalamualaikum Mewayang kejap di malam minggu Teman si kakak nak tgk movie Kudrat 1968 kat TGV eons Setiawangsa Awal dia booking tiket 2 m...