Wednesday, 28 May 2014

lapis ubi kayu



assalamualaikum

apa khabar semua....harap2 semua sehat2 belaka

Cuti sekolah bermula, mcm biasa la kan bertambah buzy. Ank2 bertambah ramai  heHe yg kecik besar semua. Ada


kebelakangan ni tak sempat nak tgk blog ni lama2 , siang uma sempat intai2 je malam pula terbungkam awal huhuu 
Ok cerita menu seperti tertera gambar
Kuih lapis ubikayu. Lama sudah buatnya tp tak lepas2 nk wat entry
Kuih lapis tp bakar dlm oven. 
Bolehlah sedapp jge tp kalu wat bengkang lg sedappp

Percubaan yg tak berapa menepati
Next wat lg kalu ok sedappp giless baru post resepi ye
Jangan mare naa



Thursday, 22 May 2014

semperit Raya


assalamualaikum 


eiiiii awalnya....wat cikut raya he hee
mestikan ayat pertama bila nampak ini biskut
ye tak
tapi takper layan je tak kisah

 emmmm dah habisss pun kena ngap sebalang hasil ccubaan pertama
malam mingu lepas ha haa cepat oooo tak sempat nk snap 
biskut tradisi dulu2 ni kan feberet anak2 jg memang laju je la . Kali kedua wat baru leh ambik gambo he hhe




ikutkan ada berbagai versi semperit ni kan, ada setengah sebut biskut bunga dahlia tp ktorg dah biasa panggil kuih semperit

yg ranggup, yg gebus ,yg berderai he hee pun adooo yg kuning yg kuning air dan lain kaler pun ada. ikut suka yg mana pilihan hati
acuan pun ada berbagai jgk.

dalam blog ni dah ada resepi semperit  DISINI penah wat entry nak raya tahun lepas. Resepi kakak sulongku pun ado
resepi masa dia belajar zaman anak dara dulu2 
tp yg ni try resepi lain 
saja nak try resepi2 lain pula.
oklah ranggup dan tak mudah berderai sbnya lebih penggunaan tepung gandum kot.

kita cp resepi dari blog zila4ever pula
tqqqq Zila cayangggg

resepi asal:Resepi asal: Fb Nazian Nazir dan kak Busu Shamsiah
sumber  : quinnie 
Dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com

bahan-bahan

1 buku buttercup- guna planta

3/4 @ 1 cawan gula halus 

1 bji telur kuning
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung ubi,*
2 cawan tepung kastad-gantikan tepung jagung 1 cawan

2 cwan tpg gandum *( ayak semua tepung*) - zila kurangkan sedikit tepung gandum.

manik halus
sedikit pewarna pink.-x letak


Cara-caranya
  1. Pukul gula dan butter hingga kembang...kemudian masukkan telor kuning dan esen vanila...pukul sekejap je..janji sebati.....
  2. kemudian masukkan tepung2 yg telah diayak....gaul sebati guna tangan...buat hingga menjadi doh. doh tak terlalu lembik dan tak keras...pandai2 la agakye....kalau doh lembik tambah tepung gandum lagi...kalau doh berderai..tambah lagi butter...kemudian bahagi 2 doh dan letak satu pewarna pink dan satu warna asal. uli hingga warna rata. rehatkan doh dlm 15 minit kemudian baru leh terap.
  3. panaskan oven suhu150c...kemudian terapkan doh atas dulang..
  4. paip doh guna acu samperit. 
  5. bakar 20 minit

Saturday, 17 May 2014

mei dan hari2 istimewa



Assalamualaikum

alhamdulillah.....kerana masih diberi kesempatan 
Dengan izinNya jg hari ini masih mampu memberikan ucapan dan mencoretkan sesuatu
walau sudah melepasi waktu yg sepatutnya,

Mei bulan penuh dgn hari utk diraikan . sambutan Hari istimewa utk Ibu, Hari untuk Jururawat
dan jg Hari Guru2...apa lg ye kalu ada yg terlupa nak sebut.

walau ada yg mempetikaikan tak perlu ada hari ibu kerana setiap hari adalah hari  untuk sayang ibu katanya.








bagiku pula tahun ini hari2 istimewa bulan mei ada sejarah @kenangan berkongsi dgnnya.
yg pastinya akan terpahat dlm ingatan.
ada cerita yg akan ku kenang sampai bila2....
12 mei-17 mei 2013


semoga diriku sentiasa beringat


akhir kata SELAMAT HARI IBU, MAMA, EMAK, UMMI, BONDA buat semua teman2 di alam maya ini.

SELAMAT HARI JURURAWAT utk yg bergelar Jururawat
dan akhir 

SELAMAT HARI GURU buat cikgu-cikgu sekelian. Cikgu2. Teman-teman blogger yg memilih kerjaya sbgai Guru. 
Guru2ku seawal sekolah pertama Tadika KsJI, SkSJ, SMRP, SMDHH IKM, IKZE.....cikgu Jasamu Sentiasa Di Kenang Selagi Hayat Di kandung Badan
walau jauh dimata walau lama tak Bersua tapi yg pasti kaliandekat di hati dan Jasamu tetap  terpahat dlm ingatan

Aminnn

Tuesday, 13 May 2014

celebrate besdayy 15 org Anak2 Taska


 Assalamualaikum

Gambar tanpa cerita terpublish dulu he hee
Sbgai kenangan abadikan disini kemeriahan sambutan harijadi ank2 di Taska baru2 ini.  Celebrate srkaligus. Buat ank2 yg lahir bln. Februari mac dan April. Majlis yg tertangguh 3 bulan dek kes bila air kena catu kan

Patutnya setiap bln..kami raikan hari lahir an2k Taska

Mcm2 menu,, yg disponser oleh ibubapa pun meriah. Alhamdulillah. Sporting parent's..ada kek, biskut, air mcm2 guddies
Lg. Taska cuma sediakan menu utama kali nI nasi ayam  dan cupkek. Berkrim..



Sikecik yg terpingga -pingga he hee sambut hari lahir ramai2



Peserta akhr he hee. Transit tska
Sb blk sekolah petang so ketinggalan sikit

Monday, 5 May 2014

cup kek vanila


Assalamualaikum

Alhamdulillah
Berkesempatan lg. 
Minggu lepas buzy dgn kenduri kawin dan besday ank2 Taska. Minggu ni alhamdulillah lapang sikit.


Tak habis2 dgn cup kek je kan...asyik2 cupkek je gambarnya. He hee
Layan je lah kan


Kali ni vanila cupkek, dah byk try resepi2 cupkek vanila dan blm dpt hasilkan yg betuk puaskan hati. Tak salahkan resepi pun mungkin tangan ni YG tak  betul itu pastinya. Cuba dan cuba lg la kan.
Kadang2 tu jadi eloklah dah bila buat lg emm lain la pulak

Ok nanti share resepinya. Wat entry dgn hp ni x pandai la plak.

K jumpa lg

Friday, 2 May 2014

creampuff inti coklat nuttella

Assalamualaikum


Al kisahnya hari ahad lepas
sb tak ada program kemana-mana duk rumah sepanjang hari
kesian tgk anak2 kejap buka tutup peti ais tu
emmm semalam dah beli barang2 kejap je diorg perabihkan.
Aii camnilah kan punya anak2 tgh membesar, nak makan je.

 Sebenarnya mama pun lama tak baking2 sejak air kena catu ni mood nak ke dapur memang kurenggg sikit tgk bila air ada bolehlah kan masak2, bila tak ada tu emm faham2 lah ye.
masak yg simple2 lah cam goreng telur he he
hari2 telur ,sebaik en asben dan budak2 ni suka telur.
 

ok kali ni kita try resepi puff kak nor secubitgaram 
Alhamdulillah menjadi. TQQQ kak nor

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING
resipi : Chef Kamarul
sumber : Deanna  & K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 Cream Puff
250ml air
100g Mentega
1sdk Gula Kastor
125gm Tepung Gandum
3 biji telur ~ k.nor guna gred B
1/2 sdt garam

Cara Membuat Cream puff
1. Campur gula,air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tak melekatpada periuk. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan telur 1 per 1 dan kacau sebati. Paipkan ke atas dulang pembakaryg telah disapukan mentega.
3. Bakar 15 min pada suhu 180 darjah.

Custard Filling
Bahan-bahan
500ml Susu Segar
1 biji telur
25gm tepung Kastad
30gm tepung Jagung
100gm gula kastor
1 sdk esen vanilla

Cara Membuatnya:-
1. Campur dan gaul sebati telur,gula kastor, tepung kastad, teung jagung dan esen vanilla.
2. Kemudian, tuangkan susu yang telah dipanaskan sedikit dan masak hingga kastad likat. Sejukkan sebentar.
3. Masukkan ke dlm piping bag, paipkan ke dlm belahan cream puff. Kemudian, ayak gula ising ke atas creampuff.



biskut kacang hijau

assalamualaikum   tqqq AlongRoz kongsi resei BISKUT KACANG PEAS Resepi :  AlongRoz@HomeKreation BAHAN-BAHAN:- ...