iklan

Saturday, 11 October 2014

onde-onde labu


assalamualaikum

Selamat petang semua
alhamdulillah bertemu lagi ya

cuci mata dgn onde-onde labu @ buah melaka labu pula 
ada banyak buah labu kat umah tp agak kecik2 buahnya.
Yang besar2 semua dah pembekal ambik kot
tinggal yg kecik2 ni je kata bil.
Mungkin sb musim kemarau hari tu so buahnya agak terbantut.
kecik2 comel blhlah.
tp isinya tetap kuning cantik.
mcm2 leh wat dgn labu ni kan, masak lemak, pengat ,cekodok dan paling best onde-onde . Resepi 
Rohah, tqqqq ye akak cp disini ya







ONDE-ONDE LABU
Oleh;rohah

Bahan-bahan;
1 cawan labu - lenyek halus
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu kecil garam -lenyek bersama labu

Inti;
Gula merah atau gula melaka secukupnya

Bahan lain;
Kelapa parut
Garam halus 

Cara;
1.Satukan labu yang dilenyek tadi bersama tepung pulut.Gaul rata hingga sebati.
2.Bulat-bulatkan adunan, leperkan dan masukkan gula merah/ gula melaka.Tutup semula dan gentel membulat.3.Didihkan air dalam periuk dengan api sederhana besar.Masukkan adunan yang telah siap digentel tadi ke dalam periuk dan celur sehingga butiran kuih timbul di permukaan air didihan.
4.Angkat dan toskan.
5.Guling-gulingkan ke atas kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.
6.Hidangkan.


13 comments:

  1. huhuuu...bilee la sy nak rajin wat kuih ni huhu

    ReplyDelete
  2. Kenyang ni kalo makan 3 biji... labu banyak kabohidrat, sedap pun iye...

    ReplyDelete
  3. labu makanan sunnah elok makan labu selalu akak pun nak try jugak lah

    ReplyDelete
  4. lama sy tak buat onde2...dlm peti ais saya pun ada sebiji labu, dah lama simpan..berbulan2...huhuuu kerajinan dan byk kekangan membataskan nak kupas labu...hihiii [helah je ni]

    ReplyDelete
  5. Teringin nak tahu bagaimana rasanya onde-onde labu ni.... Mesti sedap kan.... Masih ada lagi gula kerek lebihan dari bulan puasa kelmarin. Bolehlah dicuba nanti.

    ReplyDelete
  6. salam singgah kak.. unik nya onde2 labu ..hiii .. lama dah x masak labu ni .. x berapa nak blh makan huuu

    ReplyDelete
  7. wah..dah lama akak tak makan onde2 labu cenggini..sedapnyer!!

    ReplyDelete
  8. sara...lama tak makan onde2 ni...

    ReplyDelete
  9. cam sedap jer, x penah try lagi...anyway Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer....

    ReplyDelete
  10. kreatif juga buat onde2 labu ni..mesti sedap ni kan kak..

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan mama sara.Seumur hidup i x pernah tau pun ada onde2 labu.pandainyer u masak.respectlah.baca blog u ni barulah tambah info pada i.Jemputlah visit my blog banyak sharing berkenaan dengan beauty and healthy.

    ReplyDelete
  12. Salam perkenalan mama sara.Seumur hidup i x pernah tau pun ada onde2 labu.pandainyer u masak.respectlah.baca blog u ni barulah tambah info pada i.Jemputlah visit my blog banyak sharing berkenaan dengan beauty and healthy.

    ReplyDelete
  13. Sedapnya...sy minat kuih ni...dgn labu lagi sedap

    ReplyDelete

kata-kata manis