iklan

Monday, 8 September 2014

puding tembikai


               Salam sejahtera semua

jom layan puding tembikai pula ye.
sedikit masa dulu famous ni. Buat masa jamuan besday si kakak ari tu.
sedap makan sejuk2. suka tgk kalernya.
tembikai kaler merah tp jadi pink kaler he hee
RESEPI cp kat blog  Amie,
AMIE'S  LITTLE  KITCHEN
jom intai 2 ye






Resepi : Puding Roti Versi Tembikai
Oleh: Naimah Md Ludin

Bahan-bahan:
-1 tin susu cair
-1 cawan gula
-1/2 cawan susu pekat
-1 sudu kecik asen vanila
-4 keping roti gardenia
-1 biji telur
-1 sudu besar butter
-5 cawan air
-1 paket agar2 tali (20g)
-pewarna (merah/hijau)
-1/2 sudu kecil biji selasih

Cara masak:
- masak agar-agar dengan 5 cawan air dan 1 cawan gula sampai mendidih dan agar-agar hancur
- blend roti gardenia, telur, susu cair, susu pekat, esen vanila & butter
- campurkan bahan yg dibland dalam agar2 yg dah mendidih..kacau sebentar dalam 3 minit, tutup api.
- bahagikan kepada 3 bekas dan 2 bekas dimasukkan pewarna merah dan hijau, 1 bekas biarkan tanpa pewarna
- masukkan adunan merah dalam acuan (bentuk 3 segi) dan taburkan biji selasih
- sejukkan adunan merah dan kemudian tuang perlahan aduanan tanpa warna
- akhir sekali tuang adunan warna hijau perlahan2 bila lapisan putih dah keras
- sejukkan dalam peti.

- dah sejuk, keluarkan dari acuan dan potong ikut kreativiti sendiri







7 comments:

  1. alahai terliur tengok.kat petiais kami ada buah tembikai je..puding2 takde huhuhu

    ReplyDelete
  2. cantiknya kaler puding tu kak..sedap ni..nyum2

    ReplyDelete
  3. Memang cantik betul kejadiannya

    ReplyDelete
  4. Walau dah lama puding ni tersohor, sy blm pernah try lg kak...hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya tengok. telan telan air liur.

    jemput datang ke blog saya. cerita kegigihan saya menurunkan berat badan & bekerja dari rumah.

    :)

    ReplyDelete
  6. Salam kak Nuri..smg siht selalu....
    dh lama betui sy tak memuding...dh lama tringin nk buat puding tembikai ni tp blom lg kesampaian..hihihi..lenkali buat lebih ye..sy dtg bwk tapware..hihihi

    ReplyDelete

kata-kata manis