Saturday, September 27

waffle sedapp


assalamualaikum

selamat pagi minggu
jom sarapan dgn waffle sedap dan mudah ni
makan panas2 ranggup lg ni
mcm2 boleh letak jem, kaya  peanut butter atau sapu nuttella
semua sedap



waffle

bahan2nya

2 cawan tepung kek @ tepung kek
2st yis
2 sb gula
secubit garam
1 biji telur
1 cawan susu segar
1/2 cawan air suam
3 sb butter cair

gaul semua hingga sebati\atau blend je
biarkan sekejap dlm 15minit
tuang dlm acuan
tunggu nmpk agak perang
siapppp

mudahkan, 



kek pandan kastad

               
                   Assalamualaikum

Seperti yg dijanjikan nk update resepi kek pandan kastad.
tak boleh coleteh panjang sb mata dah nak terpejam he hee



1satukan gula overlatte serbukpenaikdan telur
dalam mangkuk adunan
pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dgn kelajuan tinggi
perlahankan kelajuan dan masuk air pandan pes dan pewarna
pukul lg hingga kembang dlm 2 minit
gaulkan minyak atau mentega hingga sebati

bakar dlm45minit 180celcius
bila dAH masak telangkupkanatas redai dlm 5minit
utk elakkan kek mendap





RESEPI KASTAD JAGUNG (Adaptasi daripada resepi kastad pandan by Jom Masak)





bahan-bahan

1200 ml santan atau susu
1 cawan gula halus
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung hoen kwe
perisa dan pewarna

cara-cara

masukkan bahan bahan dalam periuk
masak hingga likat
pastikan dikacau selalu
bila dah likat baru tutup api

cara-cara

sediakan loyang
tuang sedikit kastad dan ratakan
ambik sekeping  diatas kastad td
tuang lagi kastad
ulang langkah yg sama sehingga habis
hentakkan supaya ianya rata
sejukkan  dlm peti ais
dah agak keras baru keluarkan dgn regangkan bahagian tepi
sedia utk dihias





Tuesday, September 23

21 september...happy birthdayyy to Abah & kek pandan kastad


alhamdulillah.....21 september. Meraikan harijadi en suami
kami berempat, sb  si abang takada kat umah
simple. mama watkan kek kastad pandan kali ni

Sarah yg excited wat persiapan, buat kad besday khas utk abah,susun piring
tak sabar dia dari malam tgk mama wat kek
hari istimewa utk abah katanya.


Semoga abah diberikan kesihatan yg baik selalu
aamiin....
kami semua sayang Abah







nanti update resepi kek pandan ya

Friday, September 19

happy birthdayyy my princess kakak Tisha



assalamualaikum

cerita basi
bulan ogos hari tu,,,,celebrate besday kakak yg ke 13
ala kadar .
kebetulan masih dlm Syawal
terima kunjungan kawan2 hubby yg dtg beraya





sgt bermakna dpt bertentang mata dgn  Izah 
sumber inspirasi dlm masakan

walaupun  tiba ujung majlis , tp sgt bermakna buat akak sb izah sudi singgah.
sblm tu order pavlova mini yg sgt sedapp

tqqq Izah
bersama 3 heronya yg cute2
insyaallah nanti jumpa lg 



Saturday, September 13

cheesekut



assalamualaikum

selamat bercuti....cuti sekolah seminggu
seminggu dptlah habiskan masa sepenuhnya dgn anak2
cuaca kl hari ni mendung dari pagi dan tengahri hujan renyai2
emmm sejukkk, mesti anak2 duk berselimut lg nikan


okeyy terus ke menu yg harus di share disini
sedappp. lemak berkrim sb bercheese
mudah jg sb x perlu dibakar cuma simpan dlm peti ais
semlman esknya bleh potong ngapp




nak detail jomintai2 di cikepal06.blogspot.com

tqq cikepal

bahan utama nya  1 peket biskut deluxe crackers ni
25gm cheese philadelphia
sedikit nestum
1/2 tin susu pekat manis
susu segar-utk celup biskut
simple bahan2nya kan

cheese bersama susu pekat dipukul
tambah sedikit  susu segAR 





Monday, September 8

puding tembikai


               Salam sejahtera semua

jom layan puding tembikai pula ye.
sedikit masa dulu famous ni. Buat masa jamuan besday si kakak ari tu.
sedap makan sejuk2. suka tgk kalernya.
tembikai kaler merah tp jadi pink kaler he hee
RESEPI cp kat blog  Amie,
AMIE'S  LITTLE  KITCHEN
jom intai 2 ye






Resepi : Puding Roti Versi Tembikai
Oleh: Naimah Md Ludin

Bahan-bahan:
-1 tin susu cair
-1 cawan gula
-1/2 cawan susu pekat
-1 sudu kecik asen vanila
-4 keping roti gardenia
-1 biji telur
-1 sudu besar butter
-5 cawan air
-1 paket agar2 tali (20g)
-pewarna (merah/hijau)
-1/2 sudu kecil biji selasih

Cara masak:
- masak agar-agar dengan 5 cawan air dan 1 cawan gula sampai mendidih dan agar-agar hancur
- blend roti gardenia, telur, susu cair, susu pekat, esen vanila & butter
- campurkan bahan yg dibland dalam agar2 yg dah mendidih..kacau sebentar dalam 3 minit, tutup api.
- bahagikan kepada 3 bekas dan 2 bekas dimasukkan pewarna merah dan hijau, 1 bekas biarkan tanpa pewarna
- masukkan adunan merah dalam acuan (bentuk 3 segi) dan taburkan biji selasih
- sejukkan adunan merah dan kemudian tuang perlahan aduanan tanpa warna
- akhir sekali tuang adunan warna hijau perlahan2 bila lapisan putih dah keras
- sejukkan dalam peti.

- dah sejuk, keluarkan dari acuan dan potong ikut kreativiti sendiri







Friday, September 5

kuih serimuka pandan terbaikkk



assalamualaikum

salam dihari minggu....alhamdulillah pagi yg aman dan tenang 
en suami takada minggu ni kena ke Sabah pula  emm relex mama la
pagi2 gini memang sunyi lah semua masih dlm selimut
berkerekot masing2..

terbaikkk,he hee beriya je kan tajuknya
tp memang benarnya  ya teman2
Serimuka pandan resepi cheff Asma paling best sekali
dulu ada skali ambik kelas kuih 2 gini resepi utk org meniaga
bagus jg resepinya. tp yg ni lg best
kisahnya minggu sudah lg bila tetiba parents ni mintak wat serimuka sb esk nya opisnya nak wat jamuan perpisahan. Kita terima jgk bila fikirkan nak tolong lah kan  apalgi goggle cari resepi
habis keja terus g pasaraya cari pulut dan kelapa, ha ha kelam kabut sampai ke malam
aaminn...siap 2 loyang 10x10 esknya msk box  dan potong siap2 
senang potong dan yg penting sedang elok2 atasnya tu
lebihan tepi2 tinggal kat rumah dan sikit bawa bekal g taska utk snap gambo he hee


mesti letak sini resepi utk rujukan....terbaik ni
tqqq Cheff Asma dan kak yatiememories


SERIMUKA PANDAN

500 gm beras pulut-rendam 2 jam 
300ml santan pekat
300ml air
sedikit garam

cara sy lepas rendam 2 jam basuh bersih2 pastu mskkan dlm loyang
mskkan santan pekat dan air serta garam
kukus 1/2 jam

pastu gaul2kan pulut hingga sekata masaknya
 sediakan loyang 10 x 10
lapikkan plastik dan sapu minyak sikit
masukkan pulut td tekan2 hingga sekata
ketepikan dulu utk sediakan bahagian atasnya pula




bahagian atasnya

250 gm gula-sy kurabgkan jd 200 gm je
400 ml santan pekat
400 ml air-sy blender dgn daun pandan
4 biji telur
100 gm tepung kastad
garam
dan sikit pewarna hijau

gaulkan semua bahan2 diatas hingga sebati kemudian di tapis dulu ye
masakkan dlmkuali dan kacau hingga berwap (nampak agak pekat)

tuang di atas lapisan pulut td dan kukus  dlm 30 minit

sejukkan 

ok siap.....boleh try lagi pasni


k

Thursday, September 4

kebun dokong mak pak di kampung



assalamualaikum

baru leh layan blog dan  update entry yg tertunggak ni he hee
rinduuuu nak menaip tp  cam biasalah kan.
apapun harap2 teman2 dialam maya masih mengingati 

ok jom layan mata tgk buah dokong ni ye
snap masa raya puasa hari tu, ni baru mula masak
belum cukup ranum time ni, skrg dah tinggal saki baki je masa blk kg cuti 31 ogos

suka tgk sebenarnya, thn ni betul2 menjadi semua pokok2 berbuah  lebat sgt2..syukur alhamdulillah bayangkan pokok berderet dlm 30 pokok semua berbuah hingga ke bawah. petik dgn tangan pun boleh

sayangnya keadaan kesihatan pak membuatkan tak dpt jln sampai kebun ni tgk buahnya tak jauhpun hanya beberapa meter je belakang rumah....
inilah hasil titikpeluh kudrat pak yg tanam dan jaga pokok2 ni dulu .berdekatan kebun nangka dan kolam ikan.
itu yg buat bila pandang rasa sayu sgtttt. Rasa nak nanggis ..sukar nak khabarkan dgn kata2....
bkn saja dokong ni, langsat rambutan dan manggis jg
buah lebbat thn ni. Alhamdulillah
tak termakan. Cuma sayang tgk buah2 terbiar camtu je
kat kebun langsat lg la.,pokoknya tinggi2 berbanding dokong ni
jolok sikit aduhh lenguh . nak kena org yg terror panjat 
petik tp upahnya tak berbaloi dgn hasil jualan yg sgt murah
aduhhh sayang sungguh
manggis jg banyak walaupun agak kecik2 buahnya, mungkin sb terlalu byk kot




masa raya ke5 , kebetulan kawan dtg umah so bawa la lawat kebun ni he he
kelakar pun ada, dgn berbaju kurung lg. Posink sakan wat kenangan la he hee




Monday, September 1

selamat menyambut hari KEMERDEKAAN ke 57




MERDEKA  MERDEKA MERDEKA

selamat menyambut hari kemerdekaan ke 57 buat semua rakyat Malaysia

Alhamdulillah syukurpadaNya


 Assalamualaikum selamat berpuasa ♥️ lamaa ciknur  tak buat bengkang ni. Kalau saje saje memang malas nak buat he hee nak makan. seketul dua...