iklan

Saturday, 16 August 2014

congo bar


assalamualaikum

selamat berhari minggu
alhamdulillah lega dah smlm selesai jamuan makan Taska ...hari ni masa utk rehatkan kaki .
sehari suntuk jalan sana sini...fuhh kematu kaki dibuatnya.
hari ni pula jamuan makan persatuan penduduk pula 
tp kita g makan je le. ha haa bolehh gitu


ok sambil2 tu upload gambar congo bars ni
salah satu menu smlm. minggu ni layan congo je. majlis makan2 prasekolah pun cikgu order congo ni
simple dan masa penyedian yg pantas itu yg buat rajin nak buatnya
ala2 brownies gitu, rasanya cam kek jg cuma ada coklat cips dan badam. 
resepi cp kat blog kak Azlita yg pemes emes tu
resepi asal MyKitchen's Recipe


Congo Bars

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.


4 comments:

  1. belum pernah buat congo bar..nak buat jugak nanti bila ada masa..

    ReplyDelete
  2. Baca resipi banyak kali dah...tpi x buat2 lgi pun...nmpk sedap nih

    ReplyDelete
  3. Dah lama sgt simpan resepi nii tp tak bt2 lagi..raya ari tu dpt jgk merasa kazen bt..mmg sedap..ada ms nnt nk juga menerai bt sndiri ^__^

    ReplyDelete

kata-kata manis