iklan

Thursday, 20 March 2014

kek cheese


assalamualaikum

Salam sejahtera.....semoga semua sentiasa dlm lindunganNya
Amin. Esk bermula cuti penggal persekolahan. Hari ni dah sunyi pun sb ramai cuti awal, cuti sendiri kot.
Dah ada yg blk kg agaknya kan.
Maklumlah dgn air tak ada ni ramai cari jln ke tempat lain. He hee kita pun esk nk balik kampung juga.


Entry akhir moh layan kek cheese
Pula. Mkn sejuk sedapp 
Lemak2 berkrim.
Sikit2 blh tp byk cam muak pula.
Apapun jom jamu mata  



RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan

  • 4 keping slice cheese 
  • 170ml susu segar
  • 70g butter
  • 80g gula halus 
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine)
  • 4 biji telur 
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese Philadelphia (satu ketul) 
  • 1/2 tin susu pekat 
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf 




Cara-cara
  • Untuk Kek - Siat-siatkan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (Tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 daripada putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jangan over, adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dengan baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. 
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
  • Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.(Hana potong guna pisau pemotong roti)
  • Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan. 


                         Selamat bercuti

14 comments:

  1. em, sedapnya makan cheesecake sejuk2..layan abis..nyum2..

    ReplyDelete
  2. haa ni kalau dapat seketoi..mau tambah seketoi lagi..hehe
    cheese cake yummy tu...:)

    ReplyDelete
  3. akak pun tak boleh mkn byk kek ni.. cepat muak gandingan cheese dgn susu pekat tu... agaknya sbb dah berumur.. selera org tua tak sama dgn selera zaman2 muda dulu.. hehe...
    seronoknya nak blk kg... akak baru pas blk kg mak akak last week... ujung cuti sekolah blk kg mertua pula sambil2 hantar kakak dini ke asrama.. ayah nuri dah sihat ke?

    ReplyDelete
  4. Nampak suci je kek awak ni..kek2 mcm ni memang anak2 je yg suka makan kan :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sara..anta kt uj sepiring hehe...lama dah x membaking...

    ReplyDelete
  6. Selamat balik kampung Mama Sara Nur, hati2 di jalan raya.
    Saya suka makan cheese kek, tapi nak buatnya tu.... he hhehe

    ReplyDelete
  7. jamu matajerler kan.. bilalah akak nak jumpa ngan Nuri yerk...

    ReplyDelete
  8. aah kn klu dh brumur mcm kita ne kek camne mcm kurang.

    ReplyDelete
  9. Nmpk sedap...kak sarah x pernah buat cheese kek..

    ReplyDelete
  10. SEDAPNYA!
    malasnya nak buat... beli je lah :)

    ReplyDelete
  11. Salam MamaSara..Selamat bercoti...Sedap plak nampak kek ni time hujan2 macam ni..mulalah teringat kat kopi panas...

    ReplyDelete

kata-kata manis