Sunday, March 2

bengkang pandan



assalamualaikum

semalam dah start catuan air kat kawasan perumahan disini. Ikut jadual patutnya isnin tp semalam tengahari dah tak ada air. Ujian di musim panas. 
sebaik en asben dah siapkan bertong-tong air sampaikan semua baldi, botol2 air, besen, periuk besar2 diisi air he hee
kat bilik air penuh dah. Siap sedia awal2. sbnya tak dpt jangka apa berlaku esok kan

malam semalam  mood rajin sikit buatkan kuih bengkang ataupun setengah panggil kuih bingka. . Jadi menu utk sarapan hari minggu. Agak lama tak buatpun. Tengok daun pandan kat tepi taska tu cantik2 je terus teringat nak buat bengkang. kuih tradisi
 takkala dulu2 kan selalu layan bila mak  buat utk makan2. jadinya jiwa dah sebati dgn kuih jenis gini he hee 

ditambah pula ia jg salah satu kuih feberet en asben bertambah syok bila anak2 pun makan jg kuih2 gini. Si kakak la dah suka skrg kuih jenis bakar2 ni.
masak dlm acuan peninggalan MIL yg masih elok tersimpan ni, tembaga lagi. Dapat satu je la selebihnya guna loyang 
kalu skrg dijual warna putih kan. elok pulak tu tak melekat
sikit2 je la tepi2nya. Maklumlah sekali sekala nak buat kan



Kalu resepi mak dulu2 tak buh telur pun kan. skrg resepi dah macam2 ada goggle je semua keluar.
kali ni guna resepi ikut kak yatie pula. sedappp lembut jadinya
yatiememories. TQQQQQ K.YATIE. jom tgk resepi nya


Bahan- Bahan

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
  • 2 1/4 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan

Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).




9 comments:

  1. Sedapnya Sarah... Alhamdulillah akak baru lepas makan... tak lah meleleh air akak ehe :)

    ReplyDelete
  2. lama tak buat kuih tradisional...beli sekeping dua aje..teringin nak buat

    ReplyDelete
  3. sara...nak lah sepotong..dah lama tak makan kuih ni..nak buat mood kelaut...

    ReplyDelete
  4. salam kak..

    kuih ni memang sedap..layan ja makan..hihi..

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak...fiza suka..makan dgn teh panas sedap ni....seksa kan kak kalau x de air ni....elektrik kalau x de x pa lg tp kalau air x de mmg menyiksa....=)

    ReplyDelete
  6. nampak sedap esp yang tepi2 tu nampak ranggup .. .suka.. suka...

    ReplyDelete
  7. sedapnyerrr... lama akak tak buat bingka pandan ni...

    ReplyDelete
  8. suka yg garing2 tu..alahai lma jgk x mkn bgka ni.

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum selamat berpuasa ♥️ lamaa ciknur  tak buat bengkang ni. Kalau saje saje memang malas nak buat he hee nak makan. seketul dua...