Sunday, March 16

akhirnya......kek lumut kukus



assalamualaikum

salam sejahtera semua
alhamdulillah, hari2 kembali ceria bila langit kembali membiru,
 pokok2 menghijau  selepas disirami air hujan yg turun berturut-turut 2 hari
melenyapkan suasana jerebu  yg agak teruk melanda
alhamdulillah.... kesihatan jg elok. kat umah ni ank bungsuku Sarah yg batuk2 dan selsema sikit. tP Masih still nak g sekolah 
semoga semua nya kembali pulih...insya Allah berkat doa semua


Dah lama sangat pendam hasrat nak buat kek lumut ni
selalu tgk kat blog he hee tp biasa la kan
sering terlewat org dah muak makan kita baru nak try buat
Kebetulan masa ke rumah kawan lama (satu sekolah menengah)
kat Subang baru2 ni dihidang kek lumut.
Bila rasa uihhh sedaplah , rupanya sedap patut ramai try.
rasa lemak2 gitu kan.

Dan kebetulan lagi he he nampak kat blog Atie yg buat kek lumut berkrim dlm bekas kecik2. Nampak sgt menarik merajinkan diri Try buat akhirnya sb agak banyak bawa ke taska promo kat sana
alhamdulillah laku he hee tqqqq Atie , siap ada tempahan lagi
aminnnn rezeki
jom tgk resepi yg diolah oleh Atie di sini ye.
nanti update versi yg letak krim, utk order minggu dpn. Smlm lupa nak snap gambar 
terus bagi pada yg order.



KEK LUMUT

sumber :  Eyna Fiona
olahan : Atie

Bhn A

250gm marjerin @ butter
120gm gula caster

Bhn B
5 bji telor gred A

Bhn C 
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn sekaya pandan
1 sudu besar pewarna hijau apple
Setitik dua pewarna kuning lemon
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar paste pandan

Bhn D

210gm tepung gandum
35gm nestum (dikisar halus)
60gm horlick

Caranya:

  1. Pukul bahan A sampai kembang dan gebu.
  2. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang
  3. Masukkan bahan C,D dan pukul sehingga adunan sebati
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai
  5. Kukus selama 45 minit dgn api sederhana.





16 comments:

  1. salam mama sara...sedap nmpak kek lumut tu, tp Liza sampai skrg tak terbuat lg...hihihi

    ReplyDelete
  2. sedapni nuri.. akak datang sini macam2 kuih dan kek yang dihidangkan...

    ReplyDelete
  3. hmmmm....sedapnya.....tq kongsi resepinya.....

    ReplyDelete
  4. Cantik warna hijau lumut kek tu... emmm sedapnya :)

    ReplyDelete
  5. kalau dapat makan kek ni....yummmyyyy...

    ReplyDelete
  6. kek lumut mmg sedapppp...bau wangi lemak berkrim lagi

    ReplyDelete
  7. cantiknya kaler kek lumut..sya belum lagi kesampaian buat kek ni kak..masi lagi dalam waiting list..huhu..

    ReplyDelete
  8. ros dah try resepi a tie ni mmg sedap. alaaaaa teringat2 plak dgn kek lumut.

    ReplyDelete
  9. sedap kek lumut ni kan..yana dh pnh bt tp guna resepi kak dayang jack xde letak nestum.. nnt nk try yg ni jgk.. dh terasa kelemakan kek nii..hancuss diet ai hik3

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Kak Sara...nampak sedap pula kek lumut ni...Dlm banyak2 jenis kek, yang ala-ala tergolong dalam kategori kek lapis sarawaklah yang belum pernah saya cuba...Tapi versi ni telur ia pun 5 biji jeee..ada masa boleh juga cuba ni...

    Dan berkenaan swirl silicone mould tu saya jual RM40.00/pcs termasuk kos pos... boleh rujuk sini (http://syurie.blogspot.com/p/blog-page.html) Terima kasih

    ReplyDelete
  11. Tgk kaler kek pon dah tau sedap nih!....ada lg tak sura..hehe...

    ReplyDelete
  12. suka tgk kek yg kaler ijau ni..
    sejuk mata memandang..
    rasa kek lumut ni pun sedap...

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah.. dah berjaya buat kek lumut tu.. akak pun dah lama simpan hajat nak mencuba.. tp selalu je tak menjadi sebab kat rumah memang takde stok horlick.. kalau nak buat memang kena beli horlich khas utk buat kek ni.. hehe.. insyaAllah.. ada rezeki nak juga mencubanya...

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum selamat berpuasa ♥️ lamaa ciknur  tak buat bengkang ni. Kalau saje saje memang malas nak buat he hee nak makan. seketul dua...