Saturday, March 29

kek minyak



ASSALAMUALAIKUM

bersua lagi...alhamdulillah. masih ada kesempatan diberi olehNya
cuti persekolahan seminggu hampir berlalu sudah, hanya lg sehari rutin biasa bermula.
Pantaskan ianya berlalu, 5 hari di kampung lg x terasa. Siang malam mcm2 kehulu kehilir.
macam2 agenda , ada yg sempat dan ada yg masih tertunda. Sb mak berhajat sgt nk wat kenduri tahlil, penuhi hajat mak dulu. Makan ala kadar, yg penting doa. 
Nak jln2 bercuti lglah. .x berkesempatan pun.

  

Yg sempat baking kek minyak ni
He hee
wat makan2 ,ada ramai anak2 buah yg boleh tolong habiskan
kek yg agak  mudah dan ringkas. sebab kat kampung tak ada mixer kita guna blender je lah. 
alhamdulillah ,hasilnya puashati.



Sumber resepi  linapg tqqqq Lina

kek minyak

bahan-bahan
5 biji telur
1 cawan gula halus
1 sb overlate
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
1 st baking
1 st esen vanila
pewarna

cara-cara

1. pukul kembang telur dan gula ( sy guna blender)
2. masukkan ovellate pukul kembang lagi
3. masukkan susu pekat
4. masukkan minyak dan vanila
5.akhiri dgn tepung- yg ni guna senduk sahaja
kaut balik hingga sebati
6.warnakan 
7.bakar dlm 45 minit


Thursday, March 20

kek cheese


assalamualaikum

Salam sejahtera.....semoga semua sentiasa dlm lindunganNya
Amin. Esk bermula cuti penggal persekolahan. Hari ni dah sunyi pun sb ramai cuti awal, cuti sendiri kot.
Dah ada yg blk kg agaknya kan.
Maklumlah dgn air tak ada ni ramai cari jln ke tempat lain. He hee kita pun esk nk balik kampung juga.


Entry akhir moh layan kek cheese
Pula. Mkn sejuk sedapp 
Lemak2 berkrim.
Sikit2 blh tp byk cam muak pula.
Apapun jom jamu mata  



RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan

  • 4 keping slice cheese 
  • 170ml susu segar
  • 70g butter
  • 80g gula halus 
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine)
  • 4 biji telur 
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese Philadelphia (satu ketul) 
  • 1/2 tin susu pekat 
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf 




Cara-cara
  • Untuk Kek - Siat-siatkan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (Tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 daripada putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jangan over, adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dengan baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. 
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
  • Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.(Hana potong guna pisau pemotong roti)
  • Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan. 


                         Selamat bercuti

Wednesday, March 19

agar-agar lapis pelangi





assalamualaikum

bersua lagi, alhamdulillah syukur kerana masih ada kesempatan.
minggu akhir sebelum bermula cuti penggal persekolahan minggu depan. Cuti seminggu kan. Rancangan cuti ??? emmm
apalagi balik kampung la kan.




satu lagi resepi yg agak lama dlm list.
dari sehari ke sehari nak try dan akhirnya malam semalam dgn gagahnya  terhasil juga.
agar-agar lapis pelangi. cantik warna warni



resepi hasil renung2 di blog linapgl tp kita wat setengah je utk cubaan pertama ni. walaupun 1/2 tp cukup banyak .
jom layan gambar dulu

Sunday, March 16

akhirnya......kek lumut kukus



assalamualaikum

salam sejahtera semua
alhamdulillah, hari2 kembali ceria bila langit kembali membiru,
 pokok2 menghijau  selepas disirami air hujan yg turun berturut-turut 2 hari
melenyapkan suasana jerebu  yg agak teruk melanda
alhamdulillah.... kesihatan jg elok. kat umah ni ank bungsuku Sarah yg batuk2 dan selsema sikit. tP Masih still nak g sekolah 
semoga semua nya kembali pulih...insya Allah berkat doa semua


Dah lama sangat pendam hasrat nak buat kek lumut ni
selalu tgk kat blog he hee tp biasa la kan
sering terlewat org dah muak makan kita baru nak try buat
Kebetulan masa ke rumah kawan lama (satu sekolah menengah)
kat Subang baru2 ni dihidang kek lumut.
Bila rasa uihhh sedaplah , rupanya sedap patut ramai try.
rasa lemak2 gitu kan.

Dan kebetulan lagi he he nampak kat blog Atie yg buat kek lumut berkrim dlm bekas kecik2. Nampak sgt menarik merajinkan diri Try buat akhirnya sb agak banyak bawa ke taska promo kat sana
alhamdulillah laku he hee tqqqq Atie , siap ada tempahan lagi
aminnnn rezeki
jom tgk resepi yg diolah oleh Atie di sini ye.
nanti update versi yg letak krim, utk order minggu dpn. Smlm lupa nak snap gambar 
terus bagi pada yg order.



KEK LUMUT

sumber :  Eyna Fiona
olahan : Atie

Bhn A

250gm marjerin @ butter
120gm gula caster

Bhn B
5 bji telor gred A

Bhn C 
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn sekaya pandan
1 sudu besar pewarna hijau apple
Setitik dua pewarna kuning lemon
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar paste pandan

Bhn D

210gm tepung gandum
35gm nestum (dikisar halus)
60gm horlick

Caranya:

  1. Pukul bahan A sampai kembang dan gebu.
  2. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang
  3. Masukkan bahan C,D dan pukul sehingga adunan sebati
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai
  5. Kukus selama 45 minit dgn api sederhana.





Saturday, March 15

bengkang labu lagiiii


assalamualaikum

alhamdulillah syukur padaNya kerana masih memberikan kesihatan yg baik pada hambamu ini
Amin....dalam kemelut yg melanda pada hari ini. 
seharusnya kita amat2 bersyukur kerana ada yg lebih teruk ujiannya

hanya Allah s.w.t lebih mengetahui segalanya. Andai ini ditentukan maka berlakulah dgn kehendakNya. hanya Doa yg yg tak putus semoga sgala kesulitan akan segera berlalu
Redha dan sabar. ... menerima..


minggu ni agak kalut dgn masalah air dan jerubu. air keperluan paling utama dan terpenting dlm kehidupan seharian kita.
bila tergendala begini ya Allah terasa keperitannya.
saat ini membuatkan kita terfikir kesusahan dan keperitan org lain yg mungkin lebih teruk.
zaman budak2 dulu kat kampung seringkali lah kan tp suasananya tak sama kala ini.
dulu tak ada air boleh ke sungai,parit berdekatan rumah.
usung pinggan mangkuk dan kain baju.
Apapun hikmah tetap ada disebaliknya .




2 hari ada air dan 2 hari diberentikan air. bila ada air baru masak2
he hee. kebuzian melanda sampai x sempat update kat blog.

Ahad lepas berlangsungnya majlis pertunangan anak sedara
 Bil dan ank2 sedara  dtg berkumpul kat rumah ni 
tu yg buat sikit juadah ni utk hidangan pagi ahad tu. menu ulangan kalu bengkang labu ni sb sblm ni dah banyak kali tayang pun
yg pastinya sedapp.

ok layan mata pula ye



Friday, March 7

kek karemel


assalamualaikum

harap2 semua teman2 di alam maya ini sehat2 belaka ye
dan sentiasa diberkati
apa juga yg berlaku,itu adalah lumrah kehidupan.
sbgai hambaNya, redha terima setiap ujian dgn sabar
insyaallah
sepanjang minggu ni macam2 yg berlaku kan.
Dengan masa yg  terasa begitu pantas berlalu.
hari ke hari bulan berganti bulan, dlm tak sedar usia semakin bertambah. kadang2 terfikir sejenak apa yang apa agaknya akan berlaku pada kehidupan akan  datang., pada alam yg kekal abadi utk kita kelak
ya Allah .....apakah amalanku cukup sempurna
solatku...Muhasabah diri
semoga kehidupan selesa yg dilalui saat ini tidak melalaikan hambamu ini ....




sekadar tontonan mata. dari sunyi tanpa entrykan
kek karemel berhias dgn buah peach dan anggur.
permintaan teman sekerja kat Taska yg nak makan kek tp nak ada buah2. Nak buat palova malas pula so buat kek karemel dan letak buah je he hee boleh gitu.
ok layan ye


Sunday, March 2

bengkang pandan



assalamualaikum

semalam dah start catuan air kat kawasan perumahan disini. Ikut jadual patutnya isnin tp semalam tengahari dah tak ada air. Ujian di musim panas. 
sebaik en asben dah siapkan bertong-tong air sampaikan semua baldi, botol2 air, besen, periuk besar2 diisi air he hee
kat bilik air penuh dah. Siap sedia awal2. sbnya tak dpt jangka apa berlaku esok kan

malam semalam  mood rajin sikit buatkan kuih bengkang ataupun setengah panggil kuih bingka. . Jadi menu utk sarapan hari minggu. Agak lama tak buatpun. Tengok daun pandan kat tepi taska tu cantik2 je terus teringat nak buat bengkang. kuih tradisi
 takkala dulu2 kan selalu layan bila mak  buat utk makan2. jadinya jiwa dah sebati dgn kuih jenis gini he hee 

ditambah pula ia jg salah satu kuih feberet en asben bertambah syok bila anak2 pun makan jg kuih2 gini. Si kakak la dah suka skrg kuih jenis bakar2 ni.
masak dlm acuan peninggalan MIL yg masih elok tersimpan ni, tembaga lagi. Dapat satu je la selebihnya guna loyang 
kalu skrg dijual warna putih kan. elok pulak tu tak melekat
sikit2 je la tepi2nya. Maklumlah sekali sekala nak buat kan



Kalu resepi mak dulu2 tak buh telur pun kan. skrg resepi dah macam2 ada goggle je semua keluar.
kali ni guna resepi ikut kak yatie pula. sedappp lembut jadinya
yatiememories. TQQQQQ K.YATIE. jom tgk resepi nya


Bahan- Bahan

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
  • 2 1/4 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan

Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).




Saturday, March 1

cupkek coklat berkrim


assalamualaikum

apakhabar semua
selamat berhari minggu. 
panasnya hari ni kan, terasa bahangnya . Pagi tadi sessi royongroyong kat taska. Habis jam 1 tengahari balik  rumah
apalagi mandi baru terasa nyaman he hee



tak sempat nak wat entry , rasanya febuari ni paling sikit update kot kan. dan malas sama tu bab nak masukkan gambar kat lappy.
kebetulan kebelakangan ini masa jg tak mengizinkan.
tpyg pastinya bab masak2 masih diutamakan.
minggu ni alhamdulillah rezeki cupkek dan tart cheese.
budak2 sekolah hari2 wat permintaan cupkek

dan yg bawah ni pula buat utk kak ida utk dibawa ke rumah kawannya. Cupkek coklat letak krim ala2 flower.
tak lah cantik tp bolehlah kan.
sebagai buahtangan katanya.
resepi cupkek dah banyak kali wat entry
dan kita masih setia dgn resepi ni. mudah dan cepat
yg lebih suka rasanya sedap,moist .
ok tak leh celoteh panjang2 nak kena out ke pasar beli barang2 dapur utk taska pula

ok jumpa lagi



 Assalamualaikum selamat berpuasa ♥️ lamaa ciknur  tak buat bengkang ni. Kalau saje saje memang malas nak buat he hee nak makan. seketul dua...