Tuesday, February 18

RV cheese tart & kiwi cheese tart



assalamualaikum

alhamdulillah syukur padaNya masih diberi kesempatan ini
kesempatan utk meneruskan hari2 berikutnya

terima kasih tak terhingga jg pada kawan2 yg ucapkan slmt hari ulangtahun perkahwinan kami. alhamdulillah semoga
Doa2 dari semua menguatkan lg kasihsayang yg terbina.


 cerita
Perihal semalam sehari suntuk ngadap cheese tart versi red velvet berintikan blueberry dan jg kiwi.
tak terasa penat bila ank dara yg order tu cakap sedap
cehhh perasan kejap he hee
Kusyuk wat keja camni sebenarnya terasa kepuasannya.


Utk itu ucapan terima kasih tak terhingga pada sariyusa.blogspot.com yg sudi share resepi tart ni di blognya. Perkongsian yg sangat bermanfaat dan satu pembaharuan jg dgn shell red velvet ni
kan. Lain dari sebelah ni. Okeyyy akak cp resepi disini sbgai rujukan ye. tqqq

RESEPI RED VELVET CHEESE TART

Bahan Crust :

170 gm margerin (SK guna Buttercup Margerin - tin kuning)
3 sudu besar gula icing
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka kurma
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar pewarna merah (cecair)
@ boleh ganti dengan 1 sudu kecil rata pewarna merah red velvet (serbuk)
270 - 290 gm tepung gandum (Cap Sauh)

Cara-caranya :
  1. Pukul margerin dan gula icing dalam mangkuk besar menggunakan senduk kayu. Pukul sekejap sahaja.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.. pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan cuka kurma, pukul sebati.
  4. Masukkan pewarna merah, pukul lagi.
  5. Masukkan serbuk coklat.. pukul lagi (lama-lama menangis adunan awak asyik kena pukul.. huhu)
  6. Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan dan di mangkuk. *berhenti letak tepung jika dah jadi doh.
  7. Simpan 15 - 20 minit dalam peti sejuk.
  8. Keluarkan dari peti. Ambil sedikit doh, masukkan dan tekan sekeliling dalam acuan tart mengikut ketebalan yang sesuai. Nak senang beli mesin tekan dengan SK ya.. hihi.
  9. Panaskan oven 10 minit sebelum dibakar pada suhu 170 darjah selsius selama 20 - 25 minit.
*Disebabkan adunan berwarna gelap, selepas 20 minit, keluarkan satu crust dan cuba terbalikkan. Jika crust tidak jatuh sendiri bermakna crust belum cukup masak. tambah 5 minit lagi.

Bahan Krim :

250 gram cream cheese (Philadelphia)
2 1/2 sudu besar gula kastor
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla atau jus lemon atau esen lemon

Jem : Strawberry Filling (Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-caranya :
  1. Pukul cream cheese dan gula kastor hingga lembut menggunakan mesin mixer.
  2. Masukkan telur dan esen, pukul lagi hingga sebati dan lembut.
  3. Masukkan ke dalam piping bag.
Cara Menyediakan RV Cheese Tart.
  1. Susun semua crust dalam tray pembakar.
  2. Picitkan strawberry filling 1/3 mangkuk crust.
  3. Picitkan pula adunan krim sehingga ke tebing mangkuk crust.
  4. Ambil sedikit crust, pecahkan dan taburkan di atas krim.
  5. Bakar selama 10 minit sahaja pada suhu 170 darjah selsius.
  6. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama.
*Jangan putar cream cheese pada suhu bilik. Putar 10 - 15 minit selepas dikeluarkan dari peti sejuk.


8 comments:

  1. Suka tengok gambar tart yang first tu...rasa sayang nak makan...cantikkkk :)

    ReplyDelete
  2. hehe...betol tu..cantik sgt tart...kalo sy pula rasa syg jgk nk makan....sweet.....

    ReplyDelete
  3. amboi nampakpun selera. dahler memang akak suka cheese tart..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sara..rajinnyer buat cheese tart...

    ReplyDelete
  5. nak kena buat jugak ni tart ni sbb dah geremmmmmmmmm Mama sara

    ReplyDelete
  6. nak sikittt.. hehee.. lama akak tak singgah kann..

    ReplyDelete
  7. kakpb belum cuba lg yg ni, anak bujang akak suka yg kaler biasa je...
    Ingat nak buat juga sambut birthday awal mac nanti.

    ReplyDelete
  8. salam..

    wah, selera la tengok cheese tart tu,,cantik la kak..

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...