Friday, January 10

kek butterscoth walnut


assalamualaikum

esok hari jumaat dah kan emmmm cepatnya rasa masa berlalu

 nak kongsi cerita tentang kek yg sempat dibaking utk anakanda sempena harijadi mereka berdua.
dari sehari ke sehari nak update, tak sempat2
alhamdulillah malam ni baru berkesempatan.
kek butterscotch walnut. Sbnya kek ni feberet si abang is
beli kat SR  memang layan habis lah.
nak makan beli sepotong dua je  he hhe
bila mama terlebih rajin maka terhasilnya kek ni. Ambik makan sepuas-puasnya. He hee sampai x larat
Walaupun xlah sama SR tp rasanya sedappp jgk. Kemanisan nya kena kontrol sikit. Nak lg bila dicurah sos butterscotch tu.



Bolehlah kan, utk kegembiraan anak2.
Ucap tqqqq sgt2 pada yg share resepinya. Jenuh goggle cari 
 resepi asal  disini  

  SPONGE CAKE
BAHAN2 :

 

275 gm tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 teaspoon baking soda
secubit garam
*Semua bahan di atas di satukan kemudian di ayak

150 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
220 gm gula perang
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar hazelnut paste
2/3 cawan (115 gm) buttermilk ~ suhu bilik
 



CARANYA :


1.Sediakan loyang berukuran 8 inc.Sapukan loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper dan panaskan oven pada suhu 170C
2. Pukul butter dan gula perang dengan kelajuan sederhana hingga berkrim.
3. Masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus putar hingga gebu.Tambahkan esen vanila dan paste hazelnut dan terus putar hingga bergaul sebati
4. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung ~ tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung
5. Boleh juga gunakan kaedah kaup balik semasa memasukkan tepung dan buttermilk
Bila adunan telah sebati, tuangkan ke dalam loyang
6. Bakar kek dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
7. Untuk mengetahui adunan telah masak atau tidak, cucuk di tengah kek dengan lidi yang bersih, jika lidi keluar licin, bermakna kek telah di masak dengan sempurna.
8. Bila kek telah masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum di potong.
Bila kek telah sejuk, potong kek kepada 3 kepingan.
Ketepikan.

 

 KACANG KARAMEL
BAHAN2 :

1 cawan kacang Pecan
1/2 cawan kacang Hazelnut
80 gm gula perang
2 sudu besar madu
 

CARANYA :
1. Kedua-dua kacang di panggang terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170 selama 15 minit.
2.Masukkan gula perang ke dalam periuk.Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana  Jangan sampai gula hangus
3. Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin.Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi.Gaul rata dengan segera
4. Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper.Biarkan ia sejuk dan mengeras.

Bila kacang telah sejuk dan keras, cincang sedikit. Ketepikan.

 

CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING




BAHAN2 :
340 gm butter

 1 1/2 cawan gula perang
1 cawan  whipping cream / heavy cream / thick cream
580 gm cream cheese ~ dilembutkan
1/2 cawan gula icing ~ di ayak
1 sudu teh esen vanilla 

 

CARANYA :

 Mula-mula kita sediakan butterscotch terlebih dahulu
1. Ambil 1/3 daripada butter dan masukkan ke dalam periuk kecil.Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair
2. Kemudian masukkan gula perang.Masak hingga gula larut
3. Selepas itu masukkan whipping cream / heavy cream / thick cream.Kacau hingga ia licin dan berkilat
4. Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya.Bila butterscotch telah sejuk, barulah kita mulakan proses membuat Cream Cheese Butterscotch Frosting.
1.Pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim
Tambahkan butter yang selebihnya tadi ( butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
2. Kemudian masukkan butterscotch yang telah sejuk tadi bersama sedikit esen vanilla.
Terus putar hingga adunan lembut, licin dan berkrim.
3. Masukkan Cream Cheese Butterscotch Frosting ke dalam piping bag, ini bertujuan untuk memudahkan kita meratakan cream atas kek kita nanti.
4. Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit


Untuk resepi Butterscotch, terpulang samaada nak di gandakan jumlah resepi butterscoth di atas atau buat resepi lain.
5. Sebenarnya kandungannya lebih kurang sama, cuma ada penambahan corn syrup. Jika tak de corn syrup tak payah letak pun tak apa atau boleh letakkan sedikit coklat putih. Tujuannya adalah untuk memekatkan sedikit butterscotch sourse kita tadi.  



 

BUTTERSCOTCH SAUSE
BAHAN2 :

2/3 cawan gula perang
6 sb butter ~ potong kecil
1/2 cawan corn syrup
1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream
 


CARANYA :
1. Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut. tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
masak hingga pekat.Sejukkan

Sekarang bolehlah kita mulakan proses melempa kek.

Mula kita letak kek ~ butterscotch source ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~  butterscotch sourse (sapu pada kek ke 2) ~ kek ~ butterscotch sourse ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~ Butterscotch sourse ( sapu pada kek ke 3)

Akhir sekali kita salutkan kek kita tadi dengan lebihan Cream Cheese Butterscotch Frosting.
Simpan dalam peti ais hingga cream cheese mengeras.Kemudian bolehlah deco cake mengikut kreativiti masing-masing.
Hiaslah kek dengan kacang karamel yang telah di cincang.Tuangkan juga Butterscotch Sourse
* Jika Butterscotch Sourse agak cair, panaskan semula dan tambahkan sedikit coklat masakan putih untuk memekatkannya.
Tunggu ia benar-benar sejuk baru tuang atas kek.

 

12 comments:

  1. salam akak...
    sy pn ada bt kek ni masa thn baru hari tu...
    memang sdpkn kek ni...
    tp agak manis sikit bg sy...

    ReplyDelete
  2. Salam mama saranur..sedapnya nampak kek tu...mesti anak2 happy!

    ReplyDelete
  3. salam kak.. best tu layan kek ..teruja jugak nak buat kek main lapis2 dgn butterscotch mcm ni ... mesti sedap ..

    ReplyDelete
  4. Nk buat..tp msih trtngguh..he hee tggu rajin lg sikit..

    ReplyDelete
  5. Hebat ni...sy pandang je la ni....nak mmbaking x berapa nak ada mood la kak skrng ni...huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Kita pun baru lepas buat 2 hari lps utk birthday hubby..mmg mengganas manisnya..aduhhh...sakit gigii..hihii

    ReplyDelete
  7. saya dah buat kek ni..sedaaaap sangattt!

    ReplyDelete
  8. woww...sedapnya...lama dah KIV...tp tak terbuat lg...

    ReplyDelete
  9. wow...mmg nampak sedap kak... tgk pun dah tau sedap:)

    ReplyDelete
  10. Sedapnya nampak kek tu... Tak pernah makan lagi kek ni kat SR

    ReplyDelete
  11. wowee..sedapnya kak..dengan sos yang meleleh..memang mantap la kak..terasa puas bila dapat hasilkan sediri kek buat insan yang tersayang kan..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum sara..aduh menggoda sungguh kek tu...rasa nak buat tpi nk tunggu tahap kerajinan dtg dlu...

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...