Sunday, January 26

gulai lemak telur itik



assalamualaikum

selamat berhari minggu
alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan
masak apa tu ye?maklumlah cuti2 dihari minggu kan
banyaklah menu agaknya.

Semalam berkesempatan ke rumah SIL di Kuala Pilah
ziarah SIL dan familynya yg baru kehilangan ayah mertuanya pada pagi  jumaat 23hb januari. Arwah dah  berusia lebih 100 tahun ,
AL FATIHAH 
semoga arwah TOKDI ditempatkan dikalangan org2 Soleh. Amin



kalu dah ke Pilah ni memang macam2 buahtangan dapat bawak balk ke KL, macam2  Sil bekalkan. Ni yg salah satu wajib he hee telur itik
kalu tak telur asin telur itik mentah ni.
apalagi kita wat masak lomaklah
dah tu memang feberet en asben lg.
Dari kecik duk melantak telur itik he hee
asben selalu citer masa duk Seremban arwah mak memang rajin bela ayam itik ni. Selalu makan telur lah kan.
biasa masak lemak kat kg panggil gulai lemak so kita masak pun ikut stail mak. 

GULAI LEMAK TELUR ITIK

bahan-bahannya

telur itik 4 biji
santan kelapa-yg cair
dan yg pekat asingkan
daun kunyit

bahan tumbuk
4 biji cilipadi
sebtang serai-hiris
kunyit hidup
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

asam keping
garam secukup rasa

cara-caranya

masukkan santan cair bersama bahan2 tumbuk
biarkan reneh sekejap
pastu pecahkan telur satu persatu
setelah telur keras
masukkan santan pekat
daun kunyit dan garam
biarkan didih sebentar




9 comments:

  1. Sedapnya Sara, FIL akak pun selalu bagi akak telur ini, sbb en suami akak suka Sgt... ;)

    ReplyDelete
  2. salam kak..

    wah, nampak sedap la gulai lemak tu..

    ReplyDelete
  3. Pgi pilah akak ya....
    Kat n9 tlur itik mmg popular skit kak...kat pasar mmg sentiasa ada jual ni...
    Lama plk rasanya x msak tlur ni..

    ReplyDelete
  4. kak ada tak tip telur tak hancur dalam kuah lemak..selalu masak mesti berderaiii...

    ReplyDelete
  5. Salam saranur...akak pun ada kawan bagi belimbing buluh pagi tadi. Rasa2nya petang nanti nak cari telur itik di pasar, kalau ada teringin nk masak gulai jugak. Teliur tengok gambar kat atas tu.. :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sara...sedapnya lama dah uj x mask lemak telur itik ni, digandingkan dgn ikan masin goreng aduh sdap ni sara...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak..
    kalau balik kg je mesti mak bagi telo itik.. tapi ni dah lama tak balik.. so stock telo itik pun takde.. selalu kalau buat masak lemak camni hanya suami nani je makan.. tapi kalau rendam dengan air garam buat telo asin.. semua makan.. heheheh..

    ReplyDelete
  8. sedapnya.....makan ngan nasi panas2.....nak pula ada ikan masin....

    ReplyDelete
  9. Wahh gulai telur itik..sedapnya..kecur plk tgk

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...