Sunday, January 12

bengkang tepung beras pandan


assalamualaikum

selamat malam semua. emmm esok dah senin kan. 2 hari je 
cuti esok mula cam biasa



sarapan hari jumaat lepas ni, wat bengkang beras lagi kali ini dan ikut mencuba resepi di blog Fiza, versi pandan .
jom layan bengkang yg sedapp ni ye


BENGKANG TEPUNG BERAS

Sumber 1 : periuktanah.blogspot

Bahan-bahan:




300 gm tepung beras

150 gm gula pasir

1 sudu teh garam

1000 ml santan daripada sebiji kelapa

4 helai daun pandan dikisar halus- ramas dengan 1/2 cawan air dan dapatkan patinya

Cara membuatnya:



1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan gaul dengan whisk hingga sebati. (boleh juga campur semua bahan di dalam mangkuk lain dan kemudian tapis ke dalam periuk agar tidak berketul) Hidupkan api sederhana dan kacau sentiasa.


2. Apabila bancuhan mula berketul, perlahankan api dan terus mengacau hingga hampir pekat.



3.Angkat dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak atau margerin dan ratakan.

4. Bakar pada suhu 300 darjah celsius selama 30 minit atau bahagian atasnya keperangan.



Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Seeloknya, masak di waktu malam untuk hidangan pagi.



10 comments:

  1. Sedapnya..... Tak pernah lagi cuba buat kuih ni

    ReplyDelete
  2. tak pernah buat lagi wani bengkang dengan tepung beras .. hiii.. macam menarik jer kak..! boleh la nak cuba nanti :))

    ReplyDelete
  3. WOW.......sedapnya....kegemaran Yan nie.....tapi selalu buat putih je........

    ReplyDelete
  4. Salam saranur...cantik kejadian bengkang ni...kerak nampak garing :)

    ReplyDelete
  5. salam rindu kak nuri...lamanya tak ngintai dapo akak...bz ngalahkan presiden us..hihihi...

    ReplyDelete
  6. makaii..lamanya tak buat bengkang..jap nak cek tpg beras ada tak..garing2 tu sedappp

    ReplyDelete
  7. Salam MamaSara, sorry sgt2 kakpb tak dpt blog walking selalu. Sibuk dgn aktiviti surirumah, biasalah kan...masak, kemas, menggosok....kalau ngadap pc ni mau dua tiga jam:)

    ReplyDelete
  8. Sedap ye MSN..acik hiasa makan bingka tepung gandum je

    ReplyDelete
  9. sedapnya....sy suka kuih2 tradisional ni. Sedap2 belaka. Rajin betul akak buat kuih kan...

    ReplyDelete
  10. selalunya warna putih kan... kak ana pernah cuba sekali kurang menjadi..nnt nak cuba resepi ni pula..tq MSN..

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...