Sunday, November 16

coklat chips famos amos sedappp



assalamualaikum

alhamdulillah...syukur masih diberi peluang meneruskan kehidupan diatas dunia ini
syukur masih diberi ruang  utk menghirup udara segar..
Kehidupan kita ibarat roda  yg sentiasa berpusing ke atas dan ke bawah...apapun yg berlaku kena terima dgn Redha

bak kata 2 ini yg cukup bermakna

LIFE IS LIKE A BOOK
SOME CHAPTERS ARE SAD, SOME ARE HAPPY
AND SOME ARE EXCITING
BUT IF YOU NEVER TURN THE PAGE, YOU WILL NEVER KNOW WHAT THE CHAPTER HAS IN STORE FOR YOU




apapun yg terjadi kehidupan tetap kena teruskan.....

emmm  okey sambil layan diri smlm sempat layan keinginan nak makan cikut coklat chips ala famos amos ni. keinginan anak-anakanda sebenarnya. Biskut kegemaran ramai kan. Bau yg sgt2 mengugat he hee kembang kucup hidung time membakor cikut ni. ha haa

alhamdulillah dpt satu bekas wat kudapan. sedappp  ranggup
rasa yg sempurna cam puji diri sendiri pulak ye
sungguh tak cakap bohong,memang sedap biskut coklat chips yg ni.

Tak rugi try resepi  coklat chips  dari kat dapur LIZA NI/intaidapur.
 TQQ YE. Liza pula skodeng resepi dari blog Naz. Semoga empunya resepi asal diberkati dan dilimpahi rezeki di atas perkongsian resepi yg bagus ini kan. AAmiin
Kita panjang-panjangkan resepi sedap ni semoga dapat pahala jg
in sya Allah


COKLAT CHIPS FAMOS AMOS

bahan-bahan utama
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - opTIONAL
  • Cara-cara :

      1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
      2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
      3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
      4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
      5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG6.
      6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.7.
      7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Wednesday, November 12

macaroni bakar


assalamualaikum

alahai nape plak takleh komen kat blog dgn hp ni
uwaaaa...dpt tgk je blog2 kawan2
terpaksa pendam hasrat buat sementara
harap takda yg lupa ya bila kita jarang komen
jiwa meronta-ronta  jg ni
ye la kan biasa boleh la time2 tengahari tu curi2 tgk blog
sambil tunggu budak2 transit ni blk.
ini dpt tgk je lah no komen2


kalu kat rumah masa nk ngadap laptop masa agak terhad huhu
kes cepat terlena
nak wat entry pun asyik tertangguh



firstime buat macaroni bakar ni
suka suka he heee
ramai yg mengemarinya jg.


macaroni siap dimasak tunggu nak masuk oven
sos yg sedia 
jommm layan


Monday, November 10

goreng pisang or pisang goreng cheese


assalamualaikum

apa khabar semua teman2 alam mayaku
sedar x sedar dah November kan, penghujung tahun bakal tiba jg
skrg jg musim hujan ,petang2 lazimnya KL ni akan hujan
siap sedialah payung ye.
untungnya pokok2 disirami air setiaphari
alhamdulillah...apapun syukur padaNya.
apapun yg diberi kita terima dgn gembira




kita cerita tentang pisang hari ni he hee
sbb sana sini nampak org jual pisang goreng cheese kan, demam cheese kah. 
emmm setakat ni kita pun dah terjebak membelinya,  3 tempat yg berbeza dah try he hee
nak rasa sedap sangat ker pisang goreng cheese ni dan bila beli ditempat yg berbeza blhlah bandingkan.
  pengomen utamanya en suami. setakat ni belum ada yg blh lawan kesedapan rasa  pisang cheese yg en suami makan waktu kat Sabah . katanya lah....
rupanya pisang  goreng cheese ni pisang digoreng pastu buh cheese yg diparut dan sblm tu buh jg susu pekat.
alkisahnya....tp teman ni kat kg memang suka makan pisang goreng ni cicah susu pekat tu. nak lg kalu pisang nangka yg  blm masak 
ranum rasanya masam2 sikit fuhhh sedappp cicah susu hingga menjilat jari he hee
feberet tu, kalu pisang batu pun sama sedapp cumanya jgn terlampau masak sbnya nanti lembik.
kalu pisang raja pula cam kelat2 sikit, ataupun kat KL ni  byk jumpa pisang abu dan pisang tanduk.

sabtu lepas g pasar malam alhamdulillah dptlah seikat pisang nangka he hee balik terus goreng, apalagi cicah susu
kata en suami mana cheesenya hahaaaa
alamak xyah cheese kot. sbnya goreng camni ranggup2 pun habis licin jg.

okeyyyy jommmm layan pisang gorenggg




Saturday, November 1

victoria sandwis kek




assalamualaikum

selamat petang semua.
dah siapkan makan petang 
emmm hujan2 ni lapo je
kat sini cuaca sejuk lepas hujan, alhamdulillah
segar pokok2 disirami air




taklah rajin ye, tp teringin nak rasa sendiri kek yg nama omputih ni
dah buat kita tahu dah sedap ker tak  kan
kadang2 apa yg org kata sedap tu tak semestinya  sedap  jg di tekak kita ni.
kek ni cam kek biasa atau kek butter
tp dilapisi jem strawberry dan letak krim sikit
sb tu namanya sandwish 

sedappp 



jom tengok resepinya, hasil carian di goggle
pencarian terhenti di sini juicycafe. tqqq ya
tp akak wat separuh daripada sukatan ni dulu




bahan-bahannya

250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur A
1 sdk perasa vanilla
250 gm tepung superfine*
1/2 sdk serbuk penaik* - *satukan dan ayak
1 sdb susu segar

Bahan-bahan filling..
300 gm jem strawberry - gaul agar tidak berketul
150 gm freshcream - pukul sehingga kental
1 sdb snow sugar
10 biji strawberry segar - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega dan gula sehingga berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama perasa vanilla dan pukul lagi sehingga gebu.
3. Tambahkan sedikit demi sedikit adunan tepung, gaul dengan rata.
4. Tambahkan susu dan gaul rata lagi.
5. Sediakan 2 loyang bersaiz 7 atau 8 inci. Oles sedikit mentega, lapik kertas minyak dan oles mentega lagi.
6. Tuang adunan sebanyak +- 470 gram untuk 1 loyang, ratakan dan buat lekuk ditengah tengah adunan. Ini supaya kek tidak naik membukit di tengah tengah ketika proses pembakaran.
7. bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 30-35 minit.


Tuesday, October 28

kuih kaswi pandan



assalamualaikum

kelmarin buat kuih kaswi pandan 
atas permintaan en suami. Sebab tak sempat nak beli gula merah
kita buat le versi pandan
kaswi ni salah satu kuih feberet gak
paling suka makan yg kenyal2 gitu kan
lulur ngan kelapa parut tu yg buat sedapp
goggle2 cari resepi ,berkenan dgn resepi kaswi 
kak Azlita ni
alhamdulillah sedapp






tqqqq  kak .azlitamasammanis
sukatannya kita doublekan sb nak dpt satu loyang

KASWI PANDAN

4 cawan air pandan-blender daun 
pandan
2 cawan tepung gandum
2 sb tepung ubi
2 sb tepung beras
1 1/4 cawan gula
1 sb air kapur

bblender semua bahan2 diatas
kemudian tapis
maskkan dlm loyang yg telah disapu sedikit minyak
@ lapik plastik
kukus dlm 40 minit


Saturday, October 25

apam nasi



ASSALAMUALAIKUM

SALAM MAAL HIJRAH

SEMOGA PERJALANAN KEHIDUPAN KITA SEMUA LEBIH BAIK DARI SEMALAM




ALHAMDULILLAH HARI INI DIBERI KESEMPATAN DAN  MASA YG TERLUANG
PAGI2 BANGUN SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR NAK WAT SESUATU UTK BREAKFAS

LAMA TAK BUAT APAM NI
SALAH SATU KUIH KEGEMARAN EMAK
TERINGAT BILA DTG SINI SURE PAGI2 MAK SUH BELI APAM NI. DULU SEBUNGKUS SINGGIT DLMNYA ADA 10 KETUL PASTU KURANG JADI 9 DAN 8
TP BARU2 NI BELI DAH TINGGAL 6 KETUL RUPANYA 
SEBUNGKUS SINGGIT TU HUHUU

ITULAH PERUBAHAN SEIRING MASA DAN ZAMAN

APAPUN WAT SENDIRI AMBIK KAU MELAMBAK
JENUH MAKAN
JOMMMM

APAM NASI

2 CAWAN NASI-BLENDER HALUS DGN 3 CAWAN AIR
2 CAWAN TEPUNG BERAS
1 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN GULA
1 PEKET YIS MAURIPAN

BLENDER SEMUA DAN BIARKAN NAIK 1-2 JAM
PANASKAN KUKUSAN
KUKUS 10 MINIT



Friday, October 24

rendang daging



assalamualaikum

Salam Maal Hijrah

selamat menyambut 1 muharam 1436H

ALHAMDULILLAH
syukur masih diberi peluang menikmati kehidupan di atas muka bumi ini. AAminn

wokeyy  terajin nak update menu tak seberapa ini
rendang daging, daging korban
rendang daging ni makan dengan nasi putih pun sedapp
kalu dpt lemang @ ketupat wat cicah lg sodappp

resepi cp dari
kasihaleeya.blogspot.com  tqq ye



Bahan-bahan.
1 mangkuk daging dipotong kecil
sedikit daun kunyit dan daun limau purut dihiris
kerisik (beli kat pasar dah siap)
1 bungkus santan (rm2)
3 sudu cili kering blend
2 keping asam keping

Bahan Blend
5 bijik bawang putih
1 biji bawang besar
5-6 cili padi (aku guna sikit sebab budak nak makan)
4 batang serai
1 inci halia (besar ibu jari kaki)
sedikit kunyit hidup

Cara-Cara

campak daging dalam kuali.. biar sampai keluar air.. api kecik je.. 
bila dah kecut sikit daging tu.. air dah keluar and kering sikit.. 
campakkan bahan blend tadi.. campak sekali cili kering blend ikut tahap kepedasan u olls... kacau rata.. 
Kemudian masukkan santan dan kerisik.  letak garam sikit.. dan campakkan asam keping..nak bagi warna tak pucat sangat.. boleh campurkan 1 sudu kicap pekat.. nanti warna rendang korang akan bertambah berseri gitu.. kecilkan api.. kacau sampai masak.. eh jangan lupa campakkan daun limau purut dan daun kunyit yang dihiris.. kacau hingga kering.. kalau suka jenis kering boleh lah masak lama sikit.. kalau suka yang basah-basah, tutup lah api awal sikit.. 





Saturday, October 18

cekodok lemak manis


assalamualaikum

salam dihari minggu.
bahagianya hari ni dpt rehatkan diri 
awal pagi bangun sunyi sepi je
gembiranya andai setiap kali hari ahad cam gini he hee

sambil menikmati cekodok lemak manis dan air teh o
wahh berangan sekejap
jangan mare ye

ok jom layan mata, meh la sapa yg nak join
he hee






Saturday, October 11

onde-onde labu


assalamualaikum

Selamat petang semua
alhamdulillah bertemu lagi ya

cuci mata dgn onde-onde labu @ buah melaka labu pula 
ada banyak buah labu kat umah tp agak kecik2 buahnya.
Yang besar2 semua dah pembekal ambik kot
tinggal yg kecik2 ni je kata bil.
Mungkin sb musim kemarau hari tu so buahnya agak terbantut.
kecik2 comel blhlah.
tp isinya tetap kuning cantik.
mcm2 leh wat dgn labu ni kan, masak lemak, pengat ,cekodok dan paling best onde-onde . Resepi 
Rohah, tqqqq ye akak cp disini ya







ONDE-ONDE LABU
Oleh;rohah

Bahan-bahan;
1 cawan labu - lenyek halus
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu kecil garam -lenyek bersama labu

Inti;
Gula merah atau gula melaka secukupnya

Bahan lain;
Kelapa parut
Garam halus 

Cara;
1.Satukan labu yang dilenyek tadi bersama tepung pulut.Gaul rata hingga sebati.
2.Bulat-bulatkan adunan, leperkan dan masukkan gula merah/ gula melaka.Tutup semula dan gentel membulat.3.Didihkan air dalam periuk dengan api sederhana besar.Masukkan adunan yang telah siap digentel tadi ke dalam periuk dan celur sehingga butiran kuih timbul di permukaan air didihan.
4.Angkat dan toskan.
5.Guling-gulingkan ke atas kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.
6.Hidangkan.


Wednesday, October 8

kek marble


ASSALAMUALAIKUM

Tak tau nak makan apa....kering idea
tp list berderet tu yg harus dicuba he hee
bukan apa sering kecundang niat di hati

kadang2 dah beli barang2 ,bawa keluar dari fridge
dah tppp.....waaaa lepak2 atas katil pastu terlelap
ha haa
selalu gitulah kalu hari bekerja  ni
mata cepat benor nak terlelap
so tunggu hari cuti le
kesian kita kan




ni la kek sempoi yg sempat diadun utk makan2
lama x layan kek cam gini kan
jom intai resepi sempoinya



KEK  MARBLE

2 CAWAN PLANTA
2 CAWAN GULA HALUS
5 BIJI TELUR
2 CAWAN TEPUNG BERSERBUK PENAIK
ESEN VANILA


CARA-CARA

PUKUL GULA DAN PLANTA HINGGA KEMBANG PUTIH
MASUKKAN TELUR SATU PERSATU
ESEN VANILA
DAN AKHIRI DGN TEPUNG

WARNAKAN SEDIKIT DGN COKLAT

BAKAR 170C -45MINIT

Tuesday, October 7

puding cheese


assalamualaikum

alhamdulillah kembali bersua disini

jom layan puding cheese pula ya
ni kes tersalah agar2 tau he hee 
terletak serbuk agar2 kaler hijau
beli 2 peket satu clear satu hijau konon utk wat kek pandan layer
tp tersalah pulak he  hee
tu yg jadi puding ni kaler ijau.
apapun jadi dan tetap telan
sedapp lemak2 biskut cheese





resepi skodeng diblog syapex.  suka jalan2 kat dapur Syapex ni macam2 menu menarik. tqqqq ye dik

PUDING CHEESE
Saiz 8" persegi

Bahan-Bahan
-13g Serbuk Agar-Agar
-1 liter Air
-120g Gula
-3 biji Telur
-120-150g Biskut Cheese - blend halus
-1 sb Tepung Kastad
-400ml Susu Cair
-200g Susu Pekat
-50g Mentega

cara-cara

1. masak agar2 dgn air hingga hancur
masukkangula dan kacau sehingga sebati
2.pukul telur, campurkan dgn biskut dan tepung kastad
dan jg susu kacau selalu
3.tuang ke dlmadunanagar2 td dan dikacau
biarkan hinga mendidih dan akhir masukkanmentega
tutup api





Sunday, October 5

SALAM AIDIL ADHA







Selamat hari raya aidiladha
@hari raya korban



Tak dpt blk beraya Kali ni
Terasa sgt sunyinya

Ye lah tak sama sambut raya kat kg, walaupun td kat masjid solat raya.
Apapun redha terima


Tgk gambar2 raya Aidilfitri je lah sbgai pengubat hati.
kenangan raya AIDILFITRI 2014




Saturday, September 27

waffle sedapp


assalamualaikum

selamat pagi minggu
jom sarapan dgn waffle sedap dan mudah ni
makan panas2 ranggup lg ni
mcm2 boleh letak jem, kaya  peanut butter atau sapu nuttella
semua sedap



waffle

bahan2nya

2 cawan tepung kek @ tepung kek
2st yis
2 sb gula
secubit garam
1 biji telur
1 cawan susu segar
1/2 cawan air suam
3 sb butter cair

gaul semua hingga sebati\atau blend je
biarkan sekejap dlm 15minit
tuang dlm acuan
tunggu nmpk agak perang
siapppp

mudahkan, 



kek pandan kastad

               
                   Assalamualaikum

Seperti yg dijanjikan nk update resepi kek pandan kastad.
tak boleh coleteh panjang sb mata dah nak terpejam he hee



1satukan gula overlatte serbukpenaikdan telur
dalam mangkuk adunan
pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dgn kelajuan tinggi
perlahankan kelajuan dan masuk air pandan pes dan pewarna
pukul lg hingga kembang dlm 2 minit
gaulkan minyak atau mentega hingga sebati

bakar dlm45minit 180celcius
bila dAH masak telangkupkanatas redai dlm 5minit
utk elakkan kek mendap





RESEPI KASTAD JAGUNG (Adaptasi daripada resepi kastad pandan by Jom Masak)





bahan-bahan

1200 ml santan atau susu
1 cawan gula halus
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung hoen kwe
perisa dan pewarna

cara-cara

masukkan bahan bahan dalam periuk
masak hingga likat
pastikan dikacau selalu
bila dah likat baru tutup api

cara-cara

sediakan loyang
tuang sedikit kastad dan ratakan
ambik sekeping  diatas kastad td
tuang lagi kastad
ulang langkah yg sama sehingga habis
hentakkan supaya ianya rata
sejukkan  dlm peti ais
dah agak keras baru keluarkan dgn regangkan bahagian tepi
sedia utk dihias





Tuesday, September 23

21 september...happy birthdayyy to Abah & kek pandan kastad


alhamdulillah.....21 september. Meraikan harijadi en suami
kami berempat, sb  si abang takada kat umah
simple. mama watkan kek kastad pandan kali ni

Sarah yg excited wat persiapan, buat kad besday khas utk abah,susun piring
tak sabar dia dari malam tgk mama wat kek
hari istimewa utk abah katanya.


Semoga abah diberikan kesihatan yg baik selalu
aamiin....
kami semua sayang Abah







nanti update resepi kek pandan ya

 Assalamualaikum selamat berpuasa ♥️ lamaa ciknur  tak buat bengkang ni. Kalau saje saje memang malas nak buat he hee nak makan. seketul dua...