Tuesday, July 30

tart nenas bunga



 al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

ASSALAMUALAIKUM

mesti buzy belaka kan skrg ni ibu2 mak2 dan kakak2 semua.
buzy prepare utk hari raya, nak wat biskut cari baju dan macam2 ye tak.
emm tgk fb kebanyakan update status shopping raya je.
wah bestnya kan.
kita je blm lg asyik ngadap biskut2 ni. Ahad lepas dpt join program PU3 buat bubur lambuk dan bawa anak2 yatim shopping.
pastu berbuka puasa ramai2 dan akhir dpt main bunga api dgn budak2 he heee tumpang sekaki jap. Insyaallah minggu ni baru dpt shopping utk sendiri lak ye
harap2lah.

alhamdulillah thn ni ramai pulak yg berkenan dgn tart bunga ni.
resepi kali ni ikut kak Nor Secubit Garam



Tart Nenas

250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)
* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya 

Saturday, July 27

talam keladi




  • Keseimbangan dalam Hidup 

  •  Pada hakikatnya kita adalah hamba Allah yang diperintahkan untuk beribadah. Namun sayang hanya karena hal duniawi seperti pekerjaan, hawa nafsu dan lain-lain kita sering melupakan kewajiban kita. Pada bulan puasa ini kita terlatih untuk kembali mengingat dan melaksanakan seluruh kewajiban tersebut dengan imbalan pahala yang dilipat gandakan. Insyaallah





  • Talam keladi ni memang sedap, suka sgt rasa lemak2 dan harum keladi tu. Selepas bercerita dgn kgee yg kita peminat ubi hari tu, kak gee ni terus beli beberapa ketul ubi antaranya ubi keledek dan ubi sengkuang dan ubi keladi dan bg kat kita. Maka sb tu terhasilnya talam keladi ni.
    ha haa ikutkan tak kuasa nak buat talam2 ni kalu tak ada ramai org
    sapa lak nak perabih nanti.
    Dapat seloyang besar so bagi2kan pada semua staff taska. Pakat rasa.Alhamdulillah laku he hee buat pun kelam kabut sikit. tengahari tu lari balik umah mengukus
    pastu belum sejuk betul dah kena potong sb dah kol 6, masing2 nak balik umah. Snap ala kadar guna hp he hee


    Kuih Talam Keladi

    Sumber : Yatie Memories

    Bahan Lapisan Bawah :

    2 Cawan tepung beras 
    3 Sudu besar tepung ubi
    1 1/2 Sudu kecil garam
    6 Sudu besar gula pasir 
    300 ml santan pekat
    700 ml air

    300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).

    Cara-cara :

    1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
    2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
    3. Kaau sebentar dan tuang ke dalam loyang  Kukus selama 25 minit






    Tuesday, July 23

    buah melaka +kuew teau goreng

     Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua amalan anak Adam 

    digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa 

    dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla

     Berfirman: Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan

     Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan 

    syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa

     akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika

     berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui 

    Tuhannya,

    dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa

     lebih wangi disisi Allah daripada bau minyak wangi

     kasturi.




     menu yg paling laris, buah melaka @ buah mulong @ onde-onde
    cepat dan mudah
    setiap hari ada permintaan, buat dpt sepiring .


    Bahan-bahan:

    • 1 cawan tepung pulut
    • 2 sudu besar tepung beras
    • 5 helai daun pandan
    • Gula melaka di potong kiub kecil
    • Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
    • Sedikit pewarna hijau

    Cara Membuat:


    1. Didihkan air  dalam periuk.
    2.  Kemudian letak pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
    3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
    4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.


    koew teau goreng mama punya, main campak2 je

    Monday, July 22

    puding kastad berkuah





    Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. 

    bersabda: Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah
    masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan.

    Huraian Hadith: 

    1. Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka setelah

     diyakini masuknya waktu Margrib, sebaliknya makruh 

    hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang 

    sebab yang munasabah.


    2. Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa 

    ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu

     solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat 

    seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum

     bergegas menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula 

    selepasnya.



    desert feberet kami semalam puding kastad berkuah.
    dan alhamdulillah rezeki bila jiran sebelah hantar semangkuk mee kari he hee cukuplah tu kan.
    anak2 menu from baram lah,
    si kakak beli nasi ayam dan si abang belikan pau kacang dan satey.

    setiap hari anak2 layan air milo ais je

    Sunday, July 21

    tembikai blanded dan nasi lemak ayam goreng

     assalamualaikum

    menu petang semalam, nasi lemak dgn ayam goreng 
    dan ais blended tembikai
    jom laya
    ait tembikai blended emm yaman terasa

    simple je cuma potong tembikai bekukan kat freezer beberapa jam pastu masukkan dlm blender campur susu @ gula dan blend hancur
    siap utk hidangan

    nasi lemak , bila ketandusan idea nak masak apa dah.



    Saturday, July 20

    bubur jagung yummyy

    Dengan puasa juga, kita akan memperolehi 
    kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi 
    Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Berpuasalah
     kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda 
    Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah 
    sarang penyakit dan banyak makan itu punca 
    segala penyakit."

     ASSALAMUALAIKUM
    hari ke 11 kita berada di bulan Ramadhan Al Mubarak. 


     hari ni ada peluang masak2, sb hari cuti kan. so kita layanlah 
    menu pilihan. 
    Semalam tengahari tu lari ke eons Big bila baca paper buttercup rega 2.99 . sambil beli butter nampak jagung ni pula dgn rega 99 sen so rembatlah 3 tongkol he heee memang dlm kepala menunya bubur jagung. jom layan


    resepi, takyah kot ek, he hee rasanya semua tahu.
    kita cuma ikut cara mak, hiris2 jagung kalu blh biar kasar2 sikit baru sedap. Pastu masuk santan , kita guna setengah biji je sb jagung kan dah lemak2. dan gula garam. Nak sedap tambah sikit sagu mata ikan.
    masak kacau, jgn terlalu lama kalu pecah minyak x cantik.
    so biar mengelegak dan rasa secukupnya. Dah siap
    sedia utk desert waktu berbuka nanti.

    SELAMAT BERBUKA 

    Wednesday, July 17

    puding karemel tanpa telur

     Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

    "Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".


    Assalamualaikum

    alhamdulillah...seminggu sudah kita menjalani ibadah berpuasa bulan Ramadhan tahun ini.
    Syukur padaNya kerana masih diberi kesempatan


    Puding karemel tanpa telur ni sempat buat smlm masa lepas sahur, dah lama teringin nak buat. Baru ada kesempatan, menu2 lain masak jg tp bab nak posing tu kadang2 terabai ,malas pun ada. dah siap hidang kat meja tau je lah he hee
    Bila ptg tu masa lg pantas mcm2 nak buat memang tak sempatlah nk bergambar lg.
    Resepi skodeng dari Lina pg jom intai2 disini ye. TQQQ Lina


    RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
    Sumber: Lina pg

    Bahan-Bahan A (Gula Hangus)

    • 2 sudu besar gula pasir
    Bahan-Bahan B (Puding)
    • 1 paket agar-agar serbuk 10g
    • 4 cawan air
    • 1/2 cawan gula pasir
    • 1/2 cawan susu pekat manis
    • 1 tin susu cair 
    • 3sb  tepung kastard
    • 1 sk esen vanilla
    • Cara-cara

    • Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
    • Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
    • Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
    • Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.


    Tuesday, July 16

    sirap selasih


    • Do’a Berbuka Puasa Ramadhan :
    buka_puasa

     Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan 

    dengan rezeki-Mu aku berbuka, Maha besar

     Allah yang maha pemurah

     lagi maha penyayang.



    Air sirap + selasih buat hidangan berbuka, 

    kuih tepung pelita @ kuih sampan ni salah satu 

    feberet dan wajib ada.

    Selamat berbuka puasa




    Sunday, July 14

    pau sambal bilis



    Doa Masuk Dapur 

    رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

    Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu,

     dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada

     kami untuk keselamatan agama kami.



    assalamualaikum

    Selamat bersahur dan berpuasa pada semua,
    kuih yg sempat dibuat pada hari sabtu, menu laukpauk x snap sb lauk simple2 je. 


    pau sambal ni. terlebih bulatlah pulak so agak tebal
    he hee org puasa yg longlai nak masak he hee rupanya tak lawa.

    resepi pau sambal ni dah lama simpan dari majalah Wanita July 1995.  Masakan oleh Asiah Hashim .Lama sudah kan. Sb dulu memang suka kumpul resepi nampak 
    je kat mana2 kita gunting dan simpan jadikan koleksi masakan he hee hobby zaman ank dara dulu . Fail2 resepi ni masih disimpan elok tau, dulu2 kan takda intenet nak google, lainla skrg nak resepi google je macam2 keluar he hee

    pau sambal

    bahan-bahannya

    300 gm tepung gandum
    1 sudu besar ragi segera
    1 sudu besar susu tepung
    1 sudu besar marjerin
    200 ml air
    sedikit garam

    intinya sambal ikan bilis

    cara membuatnya

    1) tepung, ragi, susu tepung, dan garam digaul sebati
    2)masukkan air sedikit-sedikit dan uli
    3)bila adunan naik, canai @ bentukkan
    4) biar ia naik seketika
    5) panaskan minyak dan goreng
    6) dah masak boleh potong ditengah dan letakkan inti sambal

    Saturday, July 13

    semperit @biskut dahlia


     assalamualaikum

    selamat berhari minggu semua
    hari ke 5 kita semua berada dalam bulan Ramadhan yg mulia ini
    alhamdulillah, masih blh berpuasa dgn sempurna tanpa sebarang masalah. 

    awal lg ikutkan nak baking biskut2 raya ni kan he hee tp terpaksa buat semperit ni awal sebenarnya sb ada request.
    nak makan2 dlm bulan puasa bukan utk raya. Tak kisahlah tu kan
    tuan biskut ni nak wat kudapan . Katanya bila raya tak dan nak kunyah2 biskut lg
    alhamdulillah rezeki kita terima. Lagipun si kenit kat rumah ni pun duk usha suh buat biskut upin ipin ni he hee bolehlah wat kat dia sekali.
    Kali ni kita wat ikut resepi lain. Biasa resepi lama yg hanya tepung jagung, sgt2 gebus dan rapuh. Resepi kakak sulongku
    ini resepi rakan fb kak zu, jadi kita cp dari blog kak zu lah ye.
    tqqq kak zu




    SEMPERIT

    sumber kak zu

    200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan

    3/4 cawan gula icing
    1 cawan tepung gandum,
    1 cawan tepung jagung
    1 cawan tepun custard
    1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak
    1 kuning telor
    ceri merah ~ hiasan



    CARAnya
    Putar butter , gula icing dan telur kuning hingge sebati aje


    Masukkan 3 jenis tepung yang telah di ayak ~ tak ayak pun takpe
    Masukkan dalam acuan semperit dan tekan ke atas loyang, letak ceri merah
    Bakar selama 15 minit pade suhu 170 C.





    Friday, July 12

    kek karot cheese

     assalamualaikum
    Selamat bersahur, berbuka puasa dan berterawih.
    masuk hari ke3 kita berada dalam bulan Ramadhan

    Belum ada kesempatan nak wat enrty menu2 berbuka mc org lain
    sb dua hari berturut menu from Bazar. 
    Semalam pun ank2 berbuka dgn burger mcd, mama pula layan kuih pelita je.
    kena tunggu sabtu ahad baru blh turun dapur . Skrg memang tak sempat la kol 6.30 sempat masak lauk simple2 je

    kek karot ni sempat godek2 hari isnin sblm start puasa lg 
    dah lama berangan nak buat, itupun parut karot hari sabtu lg pastu simpan he hee sebaik la masih elok. 
    Akhirnya siap jg. Resepi cp dari blog en Mat Gebu tu.
     TQ en Mat

    kek karot cheese

    BAHAN-BAHANNYA :-)
    1 cawan tepung gandum*
    1 camca teh baking powder*
    1/2 camca teh soda bicarbonate*
    1/2 camca teh garam halus*
    1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
    2 biji telur gred "A"
    34 cawan minyak jagung

    3/4 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)

    1 1/4 cawan parutan lobak , perah sedikit airnya
    1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
    1/2 cawan kelapa kering
    1/2 cawan kacang walnut, cincang


    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
    2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula 
    3. hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
    4. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
    5. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
    6. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. 

    Wednesday, July 10

    ayam goreng sedap



    assalamualaikum

    Selamat berpuasa semua 
    masuk hari kedua kita berpuasa kan
    apa menu semalam? he hee macam2 ada
    agak sedih awal puasa tanpa en asben uwaaaaa...kalu tahun sudah tanpa asben sb sambut awal puasa kat kg tp thn ni lak sb asben ke Sabah . Biasa firstday puasa kat kg dgn makayah memang best, sahur sama2. Nak berbuka pun masak2 mcm2 menu. Kat sini
    hari kerja berbuka kena beli apa yg patut.
    Semalam  sempat beli samosa, satay dan nasi ayam je utk kakak dan si abang tu. Itupun bersesak2 kat pasar ramadhan.
    tumpang keta kak lina, lewat dah 6.40 so sambar mana yg ada. 

    lambat ke bazar  sb masih tinggal 3 beradik makayahnya blm ambil,
    tak faham betul dgn para ibubapa ni dah sms, cakap mulut taska tutup kol 6 ptg tp 6 lebih tak sampai2 lg.
    tak faham bahasa agaknya ....org yg kerja taska ni pun nak berbuka puasa gak hu huu

    sabar je lah, inilah dugaan bulan puasa bg kami.

    ok redakan bebelan dgn cerita ayam goreng lak k, ayam goreng memang feberet ramai nak lagi anak2 kita tu.
    memang comfirm habis punya. Tak kira ayam goreng macamna pun kan

    AYAM GORENG

    1/2 ekor ayam-direbus dulu
    pastu potong ikut suka ye
    halia dan bawang putih-ditumbuk(yg ni agak-agaklah berapa byk yg suka )
    letak 2 sudu besar kicap
    2 sudu besar sos tiram

    lumurkan kat ayam tadi dan diperapkan dahulu
    kemudian blh goreng

    siap hehee

    Tuesday, July 9

    Selamat berpuasa

    • Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah


    Bila salah & Khilaf telah terjadi

    Maka Mohon Maaf zahir & Batin atas kesalahan


    “Marhaban Ya Ramadhan”

    Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

    Semoga kita selalu diberkahi dibulan ya
    ng penuh mahrifah

     ini

    Thursday, July 4

    nasi ayam

     assalamualaikum 

    Salam Sejahtera buat semua yg sudi kunjung kesini. Alhamdulillah syukur kerana masih ada kesempatan.
    Minggu depan dah nak masuk bulan Ramadhan, kan
    anak2 kecil pun sibuk bercerita pasal puasa ni he hee  bersemangat . Puasa tu apa ada jg yg bertanya, ,,,,ada yg jg yg bagitau puasa tu kita tak boleh makan. Mcm2 info pulak. anak2 yg celoteh, menghiburkan
    nasi ayam yg tak seberapa ni pulak ye. Dah jadi kesukaan anak2 dara kita., nak lg si kakak ni. Seminggu sekali kena buat sbnya seminggu sekali jg diagn  makan dgn banyaknya.
    he heee  bila nasi ayam ni memang dia layan habis, berulang-ulang.
    sampai ke petanglah asyik nasi ayam je. Tq k Azie utk resepi nasi ayam ni ye

                                 Nasi Ayam Istimewa
    Oleh: Azie Kitchen

    Bahan-bahan ( 6-8 orang )
    Untuk rebus
    1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
    2 ulas bawang putih
    2 cm halia yg diketuk


                                                         
     Untuk perap
    1 sudu besar kicap pekat
    1 sudu besar sos tiram
    1 cm halia
    2 ulas bawang putih
    Sedikit kicap cair
    Sedikit minyak bijan

    Untuk nasi-sy masak separuh shj

    5 cawan beras
    3 sudu besar butter
    1 cm halia - ditumbuk
    4 ulas bawang putih – ditumbuk
    air rebusan ayam secukupnya
    Sedikit garam
    1 bunga lawang
    2 buah pelaga
    1 kayu manis
    1 batang serai – ketuk
    2 helai daun pandan
    Pewarna kuning

    Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 

    Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam 

    Untuk sos
    5 biji cili merah
    5 ulas bawang putih
    2 cm halia
    1 sudu teh cuka
    1 sudu teh garam 
    1 sudu teh gula
    1/2 cawan air rebusan ayam


    Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

    secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 

    Untuk sup
    Air rebusan ayam
    1 biji bawang besar kisar
    Rempah sup
    Garam
    Daun sup yg dihiris.


    Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


    Untuk kicap 
    Kicap manis cap kipas udang
    Gula
    3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
    Air rebusan ayam


    Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat. 

     Assalamualaikum selamat berpuasa ♥️ lamaa ciknur  tak buat bengkang ni. Kalau saje saje memang malas nak buat he hee nak makan. seketul dua...