Sunday, June 30

kursus di Pangkor


ASSALAMUALAIKUM

Sebelum berakhir June , cerita 2 Minggu lepas  berkesemptan join kursus seminar perundangan dan peraturan Taska yg dianjurkan oleh JKM dan Persatuan2 Taska Daerah Gombak.
Seminar diadakan di Pulau Pangkor 2 hari 2 malam. Pesertanya pengusaha2 Taska , pengurus2  baik yg berdaftar dan tidak berdaftar, ada jg beberapa peserta yg baru nak melibatkan diri dgn Taska. Yg lama dan baru. Yg hantar wakil pengasuh pun ada.
yg ikut boss pun ada he hee 

Jumaat jam 3 ptg bertolak dari Gombak ke jeti Lumut perjalanan 31/2 jam sampai jam 6.30 ptg terus naik ferry bergerak ke Pulau Pangkor. Dlm 1/2 jam sampai tempat penginapan yg disediakan.
uptown resort.

nilah Puan SaLina selaku my boss @ pengusaha Taska Auza. Sgt2 baik dan sporting. ambil peluang posink gedik dgnnya he heee

Petang sabtu kami diberi pelepasan sekejap utk jalan2 cuci mata , dptlah dua jam utk round2 Pangkor ni. Naik van sorang 10 hinggit.
singgah beberapa tempat je
 BBQ time, malam akhir kat sana. Sambil makan layan suara2 sumbang berkaroke he heee
sedapnya tgk diorg makan seafood tau, kita makan ayam je hu huu
sebaik ada desert2 lain.

Best dpt kenal dgn pengusaha2 Taska yg sporting, sgt2 riang kakak2 ni ,ada yg sebaya my mum he hee tp sgt2 happening dgn gelagat mereka


 view yg sangat2 menarik,sempat snap masa jalan2 petang depan je hotel penginapan. Macam tak puas je duk sini 
terkilannya tak dpt pegang air laut tu hihikkk
Rasional Program tersebut -memandangkan buat masa ni byk kes2 berkaitan Taska yg berlaku macam2 rasanya kes berlaku.Salah satunya nak menjelaskan tindakan penguasaan undang2 andai sesuatu berlaku mcm kes besar baru2 ni bila baby meninggaldunia kat Taska yg tidak berdaftar tp bila JKM ambil tindakan JKM pula kena saman oleh pengusaha taska tersebut ishhhh pelik kan.

Turut diadakan Perbincangan2 antara pengusaha2 dan pegawai2 JKM tentang pelbagai permasalahan yg timbul. cadangan2 utk kebaikan semua.
Jangan terkejut bila penyelarasan yuran2 utk Taska2, kalu tak silap RM 450 seorang anak maksimun 

insyaallah akan kongsi lg segala yg dibincangkan ketika seminar ini


Saturday, June 29

kuih sagu

assalamualaikum

Selamat berhari minggu.Penghujung  sudah bulan June 2 013 kan. Next July ambil alih pulak. Cepatnya masa berputar. Lagi beberapa hari lg sambut Ramadhan Al-Mubarak.
Bulan yg dinanti, utk melipat gandakan amalan2 sbgai HambaNya.

kuih sagu ni lama sudah buat sebenarnya, dah habis pun ha haa tp terlupa nak wat entry, bila belek2 tadi nampak gambar ni terus upload kat sini. Salah satu kuih kegemaran jg tp jarang2 makan he hee kalu jumpa rajin beli . Rasanya yg ni kali 2 kot buat sendiri, dulu ada skali tp masa tu lum wat blog la kan. 



Tertarik bila nampak seorang rakan blog tayang dan bila tgk resepinya mcm ada kelainan sb ianya dikukus. Oppss tu yg nak try he hee tp ada kesilapan sikit, terajin merendam dulu sagu ni pulak
so jadinya bila kacau dlm kuali terlembiklah dan bila kukus nak potong memang lembikkk uwaaaaa apapun sb suka rasa .....dan alhamdulillah walau lembik rasanya sedap. Guna sudu mencedok gaul ngan kelapa, pastu simpan kat peti ais. Bila makan ohhh sedapp 


utk resepi asal blh tgk kat secuitrasa
Resepi: Kuih sagu kukus

sumber: Puan Ct Delima & Umiejazz
bhn-bahannya

1 gelas sagu ( uj guna 1 cwn)
3 gelas air ( Uj guna 3 cwn air)
3/4 cwn gula pasir ( Uj guna 3/4 cwn)
sedikit pewarna ( Uj guna warna merah)
1 sudu teh esen rose
sedikit kelapa dan sedikit garam ( digaul bersama)

cara:

1.   Didihkan air didlm pengukus ( balut pengukus dgn tuala yg bersih)
2.   Dalam periuk lain ,jerang air yg tlh dicampur pewarna sehingga mendidih.
3.   kemudian masukan sagu biji kacau rata serta masukan esen ros.kacau rata lagi.
4.   Selepas itu addkan gula,gaul rata.Apabila adunan nampak pekat sedikit addkan kedlm loyang
      81/2 x81/2 x 1 inci.
5.   Kukus adunan tersebut kedlm periuk kukusan selama 20 minit atau sehingga masak .
6.   Apabila sudah masak sejukan dan barulah dipotong..




Friday, June 28

kuih lapis lagi

assalamualaikum semua

Alhamdulillah...ptg tadi pandang ke KLCC he hee dah nampak jelas, Menara KL jg dibelakangnya jelas . Syukurlah kan , pagi tadi pun masa jalan ke Taska awan biru dan putih cantik je .
Semoga lepas kembali pulih sepenuhnya

ok masuk cerita gambar2 kat atas ni lak. Ahad kelmarin balik dari kenduri kawin anak sedara buatkan kuih lapis ni. Asben bawa utk makan2 sempena bacaan Yassin dan doa malam Nisfu Syaaban.

Masih resepi yg sama, sb dah hafal dlm otak he hee
lgpun bahan2 mudah dan senang penyediaannya. Sempatlah sejuk sblm ianya dibawa ke sana. Dpt potong makan2 sikit dan posink he hee biasa la kan
resepi  sebelum ada di sini ye

ok sampai disini dulu ya, mau bikin kek pula. he hee


Wednesday, June 26

sekadar cerita weeding anak buah


Assalamualaikum

apa khabar semua. Harap2 semua sehat ye, dgn keadaan jerubu teruk skrg ni sedia maklumlah kan. Batuk2 dan hidung bau asap je.
Cuma baik ikut saranan Kementrian Kesihatan, pakai mask bila keluar rumah dan minum air masak banyak2. Insyaallah....mari kita doakan sama2 supaya keaadan akan kembali pulih macam biasa.
Hari ni anak2 pun kembali ke sekolah dgn pakai mask.


j
Saja nak enteprem gambar sendiri he heee jangan ada yg nak muntah lak ye
tak da keja namanya kan.  Sempat gak posink 
atas pelamin masa anak buah kawin baru ni he heee biasa la kan jeless tgk pelamin cantik2 ni dulu time kawin pelamin biasa je
kan. 
  Ni  hero bujang si Abang Is ,satu je gambar dia, pic kat tempat bermalam( rest house K.Pilah) pada malam kenduri. Dekatlah dgn dewan dan umah Sil.


Yg NI kakak Tisha, anak kedua mama. Susah sgt nak suruh dia bergambar skrg ni dan susah jg nak senyum. Karektor lain sikit
anak dara sorang ni. 


ni pulak anak dara bungsu yg terlebih suka enterprem he hee
selaku flower girl tp  memang tak reti duk diam jenuh duk cari dia kejap lari sana lari sini
dgn kak na (sepupu) dlm bilik pengantin



hantaran2 pasangan, pilihan si pengantin

Sunday, June 23

SELAMAT PENGANTIN BARU DR JUNITA SHARIZA & AMIRUL


 SELAMAT SUDAH PERNIKAHAN DAN MAJLIS PERSANDINGAN PASANGAN anak saudara asben ,anak dara bungsu SIL, Dr Junita Shariza dan pasangan Amirul di Kula Pilah semalam. Alhamdulillah selesai akhirnya.
Semoga bahagia ke akhir hayat hendaknya

majlis nikah dirumah ayahbonda pastu persandingan di dewan

Gambar: Alhamdulillah selamat pengantin baru untuk Jing Shariza dan Amirul ...somoga kekal hingga akhirat...amin


Pelamin nan indah
 2 flower girl yg tak reti duk diam ni






Thursday, June 20

kek coklat kukus lapis cheese

assalamualaikum semua...

Terima kasih kerana sudi singgah disini ye

Makin terasa bahang Ramadhan bila nampak blog rakan2 promote biskut2 raya skrg ni. Tergugat melihatnya nak lg biskut2 moden ni cantik2 rupanya.


2 hari lepas berkesempatan buat kek lapis kukus coklat lapis cheese kat tengah2 ni, resepinya dah lama duk dlm senarai he hee resepi dari kak yatiememories.blogspot.com
 TQ k.yati diatas perkongsian resepi yg sedap ni.




Kek Lapis Kukus Cream Cheese 


bahan-bahannya

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  •  cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

  • Cara-cara
    1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
    2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
    3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
    4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
    5. Biarkan sebentar dan bahagi 2 bahagian

cara-cara
  • Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  • Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  • Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  • Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

  • ok jumpa lagi ye




Tuesday, June 18

bengkang ubi gula merah

 assalamualaikum 

apa khabar semua ye? alhamdulillah sehat2 hendaknyalah kan
walaupun penat sb baru balik dari Pulau Pangkor tp gagahkan jg wat entry tau. he hee semangat ni selepas mendengar taklimat2 disana . Rindu kalau tak buat enrty lebih 3 hari
Ke Pangkor bkn suka2 tp ikut boss ke Seminar, nanti next enrty kita wat ceritanya ye

ok hari ni nak cerita pasal kuih bengkang ubi kayu ni. 
Dulu ada tayang versi kuning sb letak gula putih tp kali ni tukar kaler coklat ni sb letak gula merah. Ubi ni dpt masa blk kg ujung cuti sekolah hari tu.
Seminggu jglah baru rajin kopek dan parut ubi ni, sebaik masih elok sb tak ada luka2 pada ubi tu. So dptlah buat bengkang ni @ bingka org KL panggil kan. Aduhhh sedap weh layan bengkang ni, sgt2 lembut dan emmm sedaplah. 
wat utk sarapan mama pagi minggu he heee 

Masih resepi sama cuma ukuran agak lebih dari hari tu je dan kita tambah sedikit lg santan 
resepi dulu DISINI 

okey sampai disini dulu ye....TQQQQ pada ucapkan hepi besday mendoakan yg baik2 dan ucapan anniversary utk makayah tersayang

TERIMA KASIH byk2






Monday, June 17

genap sebulan...

.
 assalamualaikum

Alhamdulillah  selamat bertemu kembali ye, hari ni17 hb  kan, memang nak wat enry khas hari ni utk menceritakan detik ini pada bulan 17 mei lepas.
Dalam sejarah hidup he hee kena tahan kat wad selama 6 hari.
Kisahnya pada isnin 14hb mei tetiba rasa cam nak demam seram sejuk badan ni pastu bersin tak berenti
biasa la kan telan panadol dulu pastu tengahari sb x tahan tepon asben suh hantar ubat selsema je. Memang tak de selera dah mkn goreng pisang je alas perut. Ptg balik taska lepas maghrib terus baring tertidu, pagi bila jaga memang tak larat sgt nk bangun, sampai suh asben la tgkkan adik dan kakak g sekolah.Berselimut memang demam panas tepon k.lina bgtau mc. Sepanjang hari tidur tak makan apa2 pun ptg baru asben beli meehon sup suh makan. Tp kita x makan pun he hee sampailah tghmalam tu badan sekejap sejuk panas pastu gigil2 kesejukan. Telan paracetamol lak, minum 100plus takut kena denggi. Dlm jam 4 pg terjaga muntah2 tp keluar air je sampai pahit tekak dah ,badan tak tahan sgt2 panasnya  ni, asben lapkan ngan ais pun x jln. Rasa sgt2 longlainya Allah shj yg tahu masa tu ingat mati je dlm hati ni. Ya Allah betul2 x tau mcmana. Bila asben kt kena g spital ni, antara dengar dgn tak je. Sedar2 kat kecemasan doktor tanya mcm2 angguk geleng je lah.













pastu cucuk tangan dua2 belah, ambil darah dan masuk air,
wat x-tray dada, chek jantung bagai. jam 11 doktor bgtau kena admit terus dlm pada tu memang muntah air je. Perut apalgi sgt2 sakit. Masuk hari kedua masa tu rasa lapar sangat2 tp tgk makanan memang x lalulah paksa telan jg tp tetap muntah, nasi lglah x makan. Doktor suh makan pisang ganti nasi
tp ok jgk kat spital ni sb dikelilingi makcik2 pesakit yg baikhati belaka he hee taklah bosan dpt berbual2. Masa rindu sgt kat anak2 sb beberapa hari x jumpa kan, si sarah manja ni lglah hari2 kasi surat bgtau rindu mama sayang mama cepat2 sembuh mama he hee 




Wednesday, June 12

selamat hari lahir to me & anniversary to mak ayah


Hari nii 12 june, tarihk bersejarah buat mak dan ayah saat2 sah bergelar suamiisteri .....hidup berumahtangga .Hari  ini genap 52 tahun sudah
dan tarihk ini jg turut jadi bersejarah sb ianya jg tarihk kelahiran aku puteri ke 5  mereka heheee dpt la  kongsi kek sama2 kan
masa mak kawin umurnya baru 15 tahun dan ayah pula 21 tahun
eeiii muda sangat kan.
Perkahwinan yg di atur oleh org tua (atok) mereka.
jodoh org dulu2 ,memang di atur
alhamdulillah  kekal ke anak cucu2 dan cicit2.
anak2 lapan org, cucu 23 dan cicit pula kini lapan org

mak seorang yg sangat2 sabar, dan pak pula seorg yg sgt2 garang
mungkin itu sb berkekalan....Aminn





Sunday, June 9

water world ICT Syah Alam

ASSALAMUALAIKUM

 sessi menyejukkan badan, bersama anak2 dan ank2 SIL
kat water world ICT Shah Alam

 suker seharian main air sepuasnya sampai dah nk tutup baru pakat naik heeehe
 Kalau kumpul budak2 ni memang kecoh....mcm2 peragai
 anak dara sorang ni tak ada geng yg sebaya umur he heee so bila kakak2 abang2 main tempat tinggi kenalah main sorang2 je
layan diri, mama tukang snap dari jauh




Lepas tu sessi makan2 he hee lapo masing2. singgah makan dulu
adik dgn pilihannya nasi lemak ayam goreng dan air epal

 Assalamualaikum selamat berpuasa ♥️ lamaa ciknur  tak buat bengkang ni. Kalau saje saje memang malas nak buat he hee nak makan. seketul dua...