Wednesday, March 27

motherhood expo 13 with Norahnani

 assalamualaikum

cerita ceriti basi dah ni he hee tp baru dpt wat entry.
sempena motherhood expo di KLCC dptlah jumpa Norahnani dan anak2nya. Pusing2 jap KLCC.Walaupun masa yg singkat.



 dptlah cium baby Fiyya comel ni
 pastu makan KFC he hee suker tgk gelagat dua org budak ni mula2 malu2 kucing pastu sekejap dah mcm bestfriend he hee


Tuesday, March 26

lopes ubi kayu


 assalamualaikum

selamat malam
sambil layan tv3 ,terhasilnya entry malam ni. Entry yg tak sabar nak tayang pada kenkawan he hee potong trip jg menu2 lain.

Pernah makan kuih lopes pulut sblm ni lgpun memang feberet sesgt terutama di bulan puasa. tp yg ni lopes ubi kayu festime merasa dan menerynya sendiri. Exicited jg, minggu ni asyik ubi kayu je kan. OK ni last punya dah habis pun 2 ketul ubi kayu dari kampung. Yeeees berjaya habiskan he heee
lepas dah makan rebus cicah kelapa, ubi sira gula melaka, bengkang dan akhirnya lopes ni. walaupun plan nk buat talam ubi kayu tp bertukar ke lopes.
resepi ambik di dapur CK tqqqqqq ye CK
OK memang rasanya sedap, lg sedap makan sejuk2
resepi dari CK


Bahan-bahan
1 tongkol ubi kayu- disagat dan diperah airnya, air dimendap sekejap, kemudian ambil sagunya
1/2 cawan sagu mata ikan (direndam sekejap)
1/2 cawan santan
1 sb tepung kastat
secubit garam
air daun pandan
pewarna hijau

Bahan lain
Kelapa parut - digaul dengan secubit garam
Air Gula Melaka

Cara-cara
Gaulkan semua bahan2 hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan kukus sampai masak /berkilat.
Biar sejuk sekejap dan bolehlah dipotong. Kemudian gaul bersama kelapa parut dan makan bersama air gula melaka.
ReplyDelete





Monday, March 25

rendang pedas ayam kampung

assalamualaikum
Lapang je waktu jalan nak ke taska tadi, rupanya cuti sekolah he he patutlah kereta lalu lalang pun kurang.

Menu minggu lepas ,Rendang pedas ayam kampung my mum stail, memang feberet kami adik beradik. Kalu masak satu periuk licin punya. kami panggil rendang pedas serai sb banyak guna serai.
cuma kali ni special sb ayam kampung.
biasanya ayam kampung ni agak liat kan, petua nk lembutkkan  kalu boleh rebus dahulu dgn letakkan sepotong tebu yg telah  diketuk sedikit. Rebus sehingga airnya tinggal sedikit.
petua org2 lama.
resepi macam biasa la kan memang tak sukat2, lazimnya bergantung pada ayam kalau banyak maka banyaklah bahannya.

bahan-bahan utama
Serai*
kunyit hidup*
cili padi hijau*
halia*
lengkuas*
bawang merah*
kerisik
santan pekat
garam dan bahan perasa
asam keping
hirisan daun kunyit

cara-caranya

bahan-bahan bertanda * ditumbuk @ diblend kalu malas
masukkan dlm kuali semua bhn2 diatas bersama ayam yg telah dipotong
reneh hingga pekat baru masukkan kerisik dan garam 
akhir tabur hirisan daun kunyit
masak hingga agak kering
siap utk hidangan

ok SELAMAT BERCUTI BUAT ADIK2 SEMUA

Friday, March 22

bengkang ubi kayu

 assalamualaikum

salam hari jumaat yg cukup cerah
.hari ni penghujung hari sekolah bagi penggal pertama kan, esok akan bermula cuti persekolahan selama satu minggu. Dari semalam anak2 kat taska duk cerita pasal cuti bersama agenda masing2. Riang gembira belaka
.Insyaallah kami nak blk jg tp bukan awal2 ni sb ank di tahun 6 dah diatur jadual tuisyennya kat sekolah. Mungkin ke penghujung cuti baru balik. Takper ikut giliran, yg mana boleh balik dulu baliklah kan.
 Setiap hari tepon mak ayah tanya perkhabaran pun alhamdulillah duanya ok skrg ni. Gilir2 duk umah kakak2 disana.

 lama tak update menu2 yg dimasak kan, sebenarnya berderet jg yg menunggu tu. Pelan-pelan he heee bila keadaan kembali reda.
ok bengkang ubi ni dah potong trip sb kuih feberet he heee tp jarang2 dpt makan hasil buatan sendiri. Kalu beli tu seketul dua adala..
masa blk kg minggu lepas sempatlah cabut ubi ni kat depan rumah
sayanglah pula terbiar gitu. Dpt 2,3 ketul besar2 memang patut jadikan bengkang sb tak terhabis makan rebus je he  hee 
bawa blk KL 2 ketul, malam td baru sempat parut pastu bakar. Jadikan sarapan. Dapat seloyang , siap bg Sarah bwa ke prasekolahnya suh kasi kat cikgu. Alhamdulillah menjadi elok kali ni, lembut je .

 Bengkang Ubi

5 cawan ubi yg siap diparut
2 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula-ikut manis pun boleh
garam secukup rasa
pewarna kuning

ubi yg diparut sy tapis dulu dgn penapis kelapa, biar airnya berwarna kuing turun dlm 10 minit gitu( petua mak supaya tak pening dan angin)
pastu buang air tersebut , tp sagunya berwarna putih diambil digaul bersama ubi tadi
campurkan gula garam dan pewarna dan santan pekat

loyang disapu dgn mentega dan panaskan sebentar
baru masukkan adunan ubi yg telah sebati
dan bakar dlm 1 jam setengah suhu 200c api atas dan bawah

sejukkan betul2 baru potong

atas ni part paling sedap dan digemari iaitu kat tepi2 he he sb betul2 lembut dan garing he heeee 
ok jom layannnnnnnn

Tuesday, March 19

janji ALLAH itu pasti......


assalamualaikum 

bertemu kembali, hampir seminggu tanpa cerita  walaupun banyak cerita sebenarnya.Walaupun masih penat lg ni, mata ni rasa nak terpejam dah tp gagahkan jg.
Sebanarnya baru balik dari kampung menziarah mak, alhamdulillah balik sini setelah mak agak selesa  dan sehat, berita mengejutkan kami hari rabu malam khamis  lepas mak kena langgar dek lori ayam. Terjerit dgrnya masa tu bagai nak pengsan. Terus capai apa yg sempat je sb nak tumpang kereta adik  ke hospital. Airmata ni jgn cakaplah kan memang laju je macam2 duk bayangkan macamna la keadaan mak. 
otw kakak tepon bgtau mak stabil tp kena admit lah.
sampai hospital Selama jam 2 pagi terus ke wad , mcmanapun nak jenguk mak sb nk pastikan keadaan mak sendiri. Guard pun benarkan bila bgtau kami jauh dari KL.

Dengar cerita mak, katanya nampak lori masih jauh, agaknya dlm samar hujan kot sb tu mak terus melintas. Dah tertulis segala kejadian akan berlaku, pastinya di atas kehendakNya.
Alhamdulillah syukur sgt2 ....semua membuatkan masing2 sedar..
Berat mata yg memandang tp hakikatnya lg berat bahu yg memikul
itulah perumpamaan.



belum sempat nk jalan2 tgk blog kawan2 jg, sb mood masih layu...
walaupun sgt2 rindu...

Tuesday, March 12

buah salak

assalamualaikum

taraaaaaaaaa hari ni nak wat entry pasal buah salak ni salah satu buah feberet kami adik beradik dari dulu hingga kini. Anak kampung la katakan. Tp salak memang salak kampung, tak sama macam buah salak yg isinya tebal. 

Salak ni isinya agak nipis dan kalu cukup masaknya memang manis dan baunya ahhhhhhhh harum. Kalu tak cukup masaknya rasa kelat2 gitu.
sedappp berbanding salak isi tebal yg mudah nak jumpa skrg ni. For me la org lain mungkin tak sama kan.
Dari segi pokoknya memang sama. Cuma beza pada btk buah dan warna buahnya , buah  kat kg kita ni agak lonjong berbanding salak isi tebal bulat sikit kan. Kalernya jg lebih cerah.

Kulitnya tajam, hati2 kalu nak kopek buah ni, silap haribulan terhiris macam kena pisau ye. Memang kena berhati-hati.
Dari segi khasiat kurang pasti  sb kebanyakan info khasiat salak
utk mata.

di bawah ini adalah salak yg isinya tebal tu kan, cp kat google atau org panggil salak indon. Nampak kan perbezaannya.
lain dari salak kampung ni. 




Saturday, March 9

jom makan onde-onde keledek

 assalamualaikum

salam di pagi sabtu
dah sarapan???? mestilah dah kan. sudah berapa ini he heee
ok tak nak byk cerita sb jap gi nak bersiap utk makan kenduri umah org kawen. Syokkk ni tak tayh masak2 utk tengahari.
Hari ni ank kawan lama asben nak nikah so kena lah pergi kan. Kat Subang nun.




ok onde-onde keledek ni feberet mama , ingat dulu masa sekolah men ada belajar masa pelajar an SRT. Sedappp sgt cuma yg ni guna keledek kuning tu yg kalernya kuning
resepinya simple je

bahan-bahannya

keledek
tepung pulut
gula kabung @ inti gula merah
kelapa parut yg putih
air utk merebus

cara-caranya

rebus dulu keledek hingga empuk kemudian lenyek-lenyekkan
agak sejuk masukkan tepung pulut digaul sebati
hingga boleh kepal2 gitu
pastu ambik sedikit lepekan dan letak inti gula
bulatkan semula
dlm periuk pastikan air dah mendidih
baru masukkan yg telah kita bulat-bulatkan
bila nampak ianya timbul baru angkat
tapis dulu ye
dan gilekkan dlm kelapa parut yg telah diletakkan sedikit garam
siappp
boleh makan ye


Friday, March 8

Untukmu Wanita.......

Gambar: Untukmu Wanita 

Memekarkan haruman setaman
seri warnanya mampu memukau
di batas halaman
seperti matahari
yang mampu menyinari
dalam muram...

Seperti air
yang mampu memadamkan
api yang marak
wajah penuh kelembutan
ayu tenang memandang
dalam senyuman...

Kelembutan jemari sentuhan
bisa mendamaikan 
tenang dalam pelukkan
terhebat di mata semua
dialah WANITA permata berharga.

eytajms
8/3/13
TAIPING


Untukmu Wanita 

Memekarkan haruman setaman
seri warnanya mampu memukau
di batas halaman
seperti matahari
yang mampu menyinari
dalam muram...

Seperti air
yang mampu memadamkan
api yang marak
wajah penuh kelembutan
ayu tenang memandang
dalam senyuman...

Kelembutan jemari sentuhan
bisa mendamaikan 
tenang dalam pelukkan
terhebat di mata semua
dialah WANITA permata berharga.


Selamat hari WANITA buat semua ye....cp dari fb kiriman seorang rakan zaman persekolahan Mas Itah
TQQQQ Mas

Thursday, March 7

kek pisang gebu dan sedapp

assalamualaikum

hari yg sangat memenatkan jiwa dan perasaan tppppppp tetap nk update jg entry dan gambar2 tertunggak ni. Semakin hari semakin bertambah kebuzyan.
 24 jam masih tak cukup rasanya hu huuu

Apapun syukur alhamdulillah masih ada kudrat utk terus melangkah. Selagi terdaya dan selagi diperlukan khidmat dan tenaga. 

Kek pisang gebus ni ank buah yg selalu suruh buat sb anak2nya memang suker sesangat. Ada sorang ank bujangnya hantu kek pisang he heee kalu ada seketul depan mata sekjap je dia duk ulang2 korek. Ibunya simpan dlm peti ais balik sekolah je kelaparan memang kek ni lah dia cari dulu. Bertuah kan anak sorang ni @ cucu pangkatnya he hee.



resepi cp dari blog  http://jintanmanis.com/kek/207-kekpisanggebu
tq very2 much sb share resepi sedap ni


kek pisang

bahan-bahannya

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat 
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam. 

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, 



selamat mencuba.

Tuesday, March 5

mari mewarna KFC


 assalamualaikum
 apa khabar
syukur alhamdulillah kita disni masih boleh menghirup udara segar, masih boleh menikmati makanan enak-enak belaka dan masih boleh tidur dgn lena di tilam yg empuk
berbanding dgn mereka2 yg dilanda musibah takkala ini

Ya Allah semoga apa yg berlaku kini akan segera pulih sperti sediakala...Amin. Hanya doa mampu dipanjatkan

berat mata memandang lagi berat bahu yg memikul
sangat mudah berkata-kata tp nak melaksanakan apa yg dikata itu yg tak mudah.....sbnya hanya ramai yg tahu berkata-kata

seharusnya bersyukur sgt2 kerana disini kita masih boleh bergembira, meraikan apa sahaja
macam anak2 kecil ini.

baru2 ni  staff KFC mengunjungi taska bersama  maskot Chicky
menyanyi menari bersama anak2 kat taska ni. 
Ada yg suker dan ada jg yg menyorok menangis ketakutan he hee
biasa la tu kan, kedatangan staff 2 KFC mengedarkan borang mari mewarna sebenarnya
utk yg berminat.  Jom mewarna Bertempat di KFC Eons Setiawangsa. Bayaran RM10 ,dpt makan kfc jg.

Tengok tu meriah kan ramai yg turut serta. Seronok tgk anak2 
ramai2 ni masing2 menyiapkan . Bukan main ceria melayan kerenah Chicky dan adora tu. 



Budak kecik ni salah seorang peserta he heee walaupun tak menang tp yg penting semangat ingin mencuba tu ada.
ssaja suka suka...memberi pendedahan pada anak2 ni supaya mereka berani menyahut cabaran ye tak. Ada bakat mungkinnn he hee tp yg pasti seronok tgk anak2 yg berani ke hadapan seperti ini






Sunday, March 3

bila dah remaja



aiseyyyyyy dah  remaja ank bujang sorang ni
tengokkk tu kan masa cuti nak keluar dgn kawan-kawan je dah. Dah pandai melaram jg, kalu dulu tak kisah baju apa kasut apa tp skrang aduhhhhh nak baju ada jenama pulak tu

sekrg awal tahun kat sekolah sibuk dgn latihan sukan pula, apalagi minggu lepas cari reket, bulu tangkis, minggu ni nk masuk games berpasukan pula, futsal hu huuu kopak mama 
kasut???? emmm nk al-ikhsan, sebaik tgh less

anak2 zaman sekarang........tak sama kita dulu,walaupun selalu duk cerita masa zaman mama abah jarang meminta dan tak pernah  meminta pun, apa yg diberi makayah itulah dipakai, tak juga berani merungut wlpun tak puashati...kan kan



itulah hakikat perubahan zaman dulu dan sekarang



Friday, March 1

20 perkara yg perlu kita jauhi


 20 perkara yang patut dijauhi. 

Perkara tersebut adalah seperti 


1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah SWT. Kalau tertidur akan dimaafkan.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Yang membezakan (seorang itu mukmin) dan kufur serta syirik adalah meninggalkan solat". (Hadis Riwayat Muslim)

2.:Jangan masuk ke tand as atau bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Perlu biasakan memakai selipar atau terompak bila masuk ketandas atau bilik air untuk menjaga kebersihan kaki kita setelah mandi dan mengambil wuduk,  supaya najis tidak dibawa keluar bilik air.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Dan jangan bernafas dalam minuman atau meniup kedalam minuman.


4.Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisi-sisi makanan yang dibiarkan didalam bekas makanan bermalaman tanpa dibersihkan  adalah menjadi habuan syaitan , kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.

Islam menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan penyakit.


5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki dan keberkatan).

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat Subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadis yang berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

Dari 'Amr bin Abu Salamah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah SAW  bersabda kepadaku:  "Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu." (Muttafaq 'alaih)


7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan dengan niat yang tidak baik.

Membaca doa bila hendak keluar daripada rumah. "Bismillahi tawakaltu ‘alallahi laa haula walaa quwwata illa billah"
maksudnya: “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzy dan Nasai)

Sunnah berikutnya adalah mendahulukan kaki kiri ketika keluar rumah, serta memberi salam kepada keluarga. Sebelum keluar rumah hendaknya menentukan niat dan tujuan, serta memastikan barang bawaan tidak ada yang tertinggal.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Jika engkau memakai kasutmu, mulailah dengan kaki kanan.  Jika engkau menanggalkan kasutmu, mulailah dengan kaki kiri. Hendaknya sebelah kanan mula memakai kasut dan sebelah kiri mula menanggalkan kasut. Dan jangan berjalan dengan sebelah kasut. Tanggalkan kedua-duanya atau pakai kedua-duanya” (Silsilah as-Shahihah Albani)

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Allah Subhanahu Wa Taala berfirman maksudnya : " Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."( Surah An-Nur ayat 30-31 )

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Rasulul­lah SAW  bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesung­guhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Kesebelas : Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Rasulullah SAW  pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah : "Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah)."

12.Jangan ego (sombong)  untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Sifat orang mukmin akan sentiasa meminta maaf dan merendahkan diri terhadap kedua ibu bapanya. Sentiasa memberi khidmat terbaik terutama apabila mereka menjangkau usia tua yang uzur. Begitu juga sifat orang mukmin yang suka meminta maaf kepada siapa sahaja orang lain yang dirasakan bersalah .


13.Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Dari Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah  bersabda yang bermaksud, " Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat, "Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah SAW. bersabda maksudnya , "Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah." Lalu Rasulullah SAW ditanya," Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? "Jawab Rasulullah SAW " Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).

14.Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)." (Surah al-Thalaq ayat 3).

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah boleh memadamkan kemurkaan Allah SWT dan kematian yang buruk.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)


16.Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW mengingatkan kita banyak ketawa dengan sabda baginda yang bermaksud: “Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita.”

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulin, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.”  (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)

18: Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT.

Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi di fitnah sungguh mustajab di sisi Allah S.W.T.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah."
(Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan)

19.Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Ingatlah! Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menanam memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Tetapi tanpa melalui kesusahan, kita tidak akan dapat menikmati kesenangan. Jangan sekali-kali mengikut ajakan syaitan dan godaan nafsu menyuruh berbuat jahat dan kemungkaran., anggaplah kesukaran di dunia adalah bersifat sementara dan jangan sekali-kali berputus asa dengan rahmat Allah.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga dengan perkara yang baik itu pasti ada kemuliaannya. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati agak tidak melakukan kesilapan hingga terjerumus ke lambah kebinasaan.


Marilah sama-sama kita tinggalkan dan jauhi 20 perkara keburukan semata-mata untuk mencari keredaan Allah SWT. Hidup di dunia adalah sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi. Pertingkatkanlah amal-amal soleh kita dan jauhi kemungkaran, maksiat, perkara subhat dan makruh supaya kita menjadi mukmin yang bertakwa dan dikasihi oleh Allah SWT.

2

 Assalamualaikum selamat berpuasa ♥️ lamaa ciknur  tak buat bengkang ni. Kalau saje saje memang malas nak buat he hee nak makan. seketul dua...