Skip to main content

popia nestum sedappp


Assalamualaikum semua

Selamat berpuasa pd yg berpuasa hari ni 
Sunat berpuasa 9 muharam. Sangat besar gangajaran pahalanya. Beruntung yg dpt berpuasa. 



            


 Entah apa pulak masalahnya ni nk wat entry xleh pulak. Emm godek2 kat hp la jadinya. Masih merayap-rayap ni.
Dpt msk gambar je td.

               Popia nestum kudapan sedap ni kejap je habis sebalang 
he hee
Nk membuatnya bercinta jgk masa menggulung tu aduhhhhh lengguh pinggang. Tp sebaik ada assistant kecik ni yg rajin he hee. Jdnya xlah penat wat sorang2.
resepi cp dari 

BAHAN-BAHAN

- 1 bungkus besar kulit popia
- 1 cawan nestum dikisar halus
- 1/2 cawan horlicks
- 1/2 cawan gula dikisar halus
- Telur sebagai bahan pelekat
- Lidi satay untuk menggulung
- Minyak masak

CARA-CARA

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan 1-2cm untuk dilekatkan telur dan gulung hingga habis. 2. Panaskan kuali. Potong kulit popia yang telah digulung secara menyerong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
3. Potongan kulit popia digoreng dengan api kecil hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
4. Setelah kulit popia goreng sejuk, tabur dengan horlicks, nestum kisar dan gula. Gaul rata.
5. Simpan dalam bekas kedap udara untuk disajikan lain kali.
 elak kering dan sukar dipotong, tutup bekas berisi kulit popia gulung dengan kain lembab.

Comments

  1. em, memang layan kalau dapat makan popia nestum ni sambil tengok tv..x sedar sebalang habis..hehe..

    ReplyDelete
  2. Aslmkum mamasaranur

    belum pernah buat popia nestum....sedap ngunyah ni...

    ReplyDelete
  3. Ini klau mkn time ngadap tv..sebalang pun x ckup kak...sy suka...tp pnat kan nak buat...patah pinggang!

    ReplyDelete
  4. yang rangup2 ni suka sangat..boleh cuba resipi ni

    ReplyDelete
  5. salam mamasaranur….lama tak buat ni. favourite anak2 tmsk maknya sekali. hehe

    ReplyDelete
  6. suka sangat makan ni. pernah buat sekali ja tapi mala guna horlicks.

    http://alamroon.blogspot.com/2011/03/pohpia-horlicks.html

    ReplyDelete
  7. Salam..wah, mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  8. Waa gabungan nestum dan horlick mesti sedap kan, ummi tak pernah makan lagi, insyaAllah boleh juga cuba nanti.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum sara...:kruk..kruk...kan sara.." dapat sepiring sambil update blog sedap ni sara...=)

    ReplyDelete

Post a Comment

kata-kata manis

Popular posts from this blog

bengkang ubi gula merah

assalamualaikum 
apa khabar semua ye? alhamdulillah sehat2 hendaknyalah kan walaupun penat sb baru balik dari Pulau Pangkor tp gagahkan jg wat entry tau. he hee semangat ni selepas mendengar taklimat2 disana . Rindu kalau tak buat enrty lebih 3 hari Ke Pangkor bkn suka2 tp ikut boss ke Seminar, nanti next enrty kita wat ceritanya ye
ok hari ni nak cerita pasal kuih bengkang ubi kayu ni.  Dulu ada tayang versi kuning sb letak gula putih tp kali ni tukar kaler coklat ni sb letak gula merah. Ubi ni dpt masa blk kg ujung cuti sekolah hari tu. Seminggu jglah baru rajin kopek dan parut ubi ni, sebaik masih elok sb tak ada luka2 pada ubi tu. So dptlah buat bengkang ni @ bingka org KL panggil kan. Aduhhh sedap weh layan bengkang ni, sgt2 lembut dan emmm sedaplah.  wat utk sarapan mama pagi minggu he heee 
Masih resepi sama cuma ukuran agak lebih dari hari tu je dan kita tambah sedikit lg santan  resepi dulu DISINI
okey sampai disini dulu ye....TQQQQ pada ucapkan hepi besday mendoakan yg baik2 dan ucap…

kuih lapis dwi warna

assalamualaikum
salam sejahtera semua terima kasih banyak2 pada yg masih sudi kunjung dan memberi sepatah dua kata disini. Sangat2 menghargainya... semoga anda tak jemu utk dtg lagi ye
Agak sibuk sekarang ni kan, tentu semua sedia maklum, utk menjalankan tanggungjawab baru kini. Kepenatan jg sb tu siang dah tak dpt layan lappy, balik umah pula dlm keletihan kena layan anak2 pula. Kalu letak kepala je kat bantal memang terlelap teruslah he heee ok semalam hari ahad baru berkesempatan main masak2...kebetulan  sambil baking kek pisang pastu terus bancuh buat kuih lapis ni. Bolehlah wat utk sarapan. 2 org anak daraku pula tak sehat demam on off je dlm minggu ni, selera makan pun kurang,,,emmm pening fikir nak kasi makan apa dah. 
Sedap jg layan kuih lapis ni , selak selapis-selapis macam budak kecik... ok resepi sama jg masih guna resepi k.ann dan sukatan digandakan shj. boleh tgk disini

 kuih lapis
sumber resepi kak ann Periuk Tanah. disini olahan Mama Saranur (Sukatan digandakan) bahan-bahannya 3 c…

semperit @biskut dahlia

assalamualaikum
selamat berhari minggu semua hari ke 5 kita semua berada dalam bulan Ramadhan yg mulia ini alhamdulillah, masih blh berpuasa dgn sempurna tanpa sebarang masalah. 
awal lg ikutkan nak baking biskut2 raya ni kan he hee tp terpaksa buat semperit ni awal sebenarnya sb ada request. nak makan2 dlm bulan puasa bukan utk raya. Tak kisahlah tu kan tuan biskut ni nak wat kudapan . Katanya bila raya tak dan nak kunyah2 biskut lg alhamdulillah rezeki kita terima. Lagipun si kenit kat rumah ni pun duk usha suh buat biskut upin ipin ni he hee bolehlah wat kat dia sekali. Kali ni kita wat ikut resepi lain. Biasa resepi lama yg hanya tepung jagung, sgt2 gebus dan rapuh. Resepi kakak sulongku ini resepi rakan fb kak zu, jadi kita cp dari blog kak zu lah ye. tqqq kak zu



SEMPERIT
sumber kak zu
200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan
3/4 cawan gula icing 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepun custard 1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak 1 kuning telor ceri merah ~ hiasan


CARAnya Putar but…