Tuesday, November 26

kek coklat mousse


assalamualaikum

bersua lg ...dalam cuti cuti sekolah ni, emmm apa cerita ye
Oklah kita terus ke resepi kek yg sempat dicuba sabtu lepas.

mula sekali nak ucap tqqqq buat
atas perkongsian resepi kek yg sedap ni . Syapex letak banana tp kita x sb pisang tak ada.tu yg Jadinya kek coklat mousse je. 
mula2 tgk tergoda tp terbantut bila tgk resepinya yg panjang berjela tu he hee ikut betul2 taklah susah sebenarnya.
3 step mula buat kek span coklat, mousse nya dan coklat ganache .moussenya memang sedap.
 ok jom layan,sedapppp



CHOCOLATE MOUSSE CAKE

C & P : Kak ita

Kek Span Coklat



-5 biji telur

-125 gm gula kastor [ aku letak 100gm ]
-1 sudu kecil esen vanila
-15 gm ovelette
-40 ml air
-100 gm tepung gandum ~ diayak
-20 gm serbuk koko ~ diayak
-1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
-70 gm mentega ~ dicairkan

Cara-Cara

  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang 8 inc. Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  2. Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder. Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna.
  4. Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc.
  5. Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 45 mint atau sehingga kek di masak sempurna. Sejukkan kek atas redai setelah masak.
  6. Potong kek kepada 3 lapisan



Bahan Ganache Coklat



-150 ml krim tenusu
-20 gm sirap glukos
-260 gm coklat gelap ~ hiris halus [ aku letak 200gm ]
-20 gm butter
-1 sudu teh esen vanilla
-1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan Nutella ~ jika suka
-1 sudu teh paste orange atau orange Sunquick ~ jika suka


Cara-Cara

  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
  3. Tambahkan butter, esen vanilla, paste almond dan paste orange gau rata.


Mousse Chocolate



-250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream
-3 biji kuning telur
-80 gm gula aising
-120 gm mentega tanpa garam [ tak letak ]
-6 gm halal gelatin [ aku letak 1 sudu besar ]
-30 ml air
-120 gm coklat gelap


Cara-Cara

  1. Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang. Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut.
  2. Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga.
  3. Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat.. Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata.
  4. Masukkan coklat cair dan gaul sebati. Ketepikan.
  5. Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental. Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata.
  6. Simpan dulu 

20 comments:

  1. sdpkn kek ni kak..
    lps ni boleh cuba resepi yg full plk...
    klau nk beli memang mhal...

    ReplyDelete
  2. Betul sedap, ank bujang akak suka mkn berulang-ulang he hee

    ReplyDelete
  3. adoiii...sini plak dah kek sedap ha....classsss la kak...:)

    ReplyDelete
  4. salam...alahai...tayang kek plak kat sini...dh lama nk buat choc mos ni, tp tak berpeluang...lom sampai seru..hahahaha

    ReplyDelete
  5. kalau makan ni mesti pejam-pejam mata sebab sedap!

    ReplyDelete
  6. cuti sekolahni boleh buat banyak2 anak2 kat rumahtu laparjer...

    ReplyDelete
  7. sedapnya nampak...meleleh air liur tengok kek tu..

    ReplyDelete
  8. Memang terus kecur air liur bila tengok gambar kek ni, sedapnya!!!

    ReplyDelete
  9. ish..ish...kena tabahkn hati..kuatkan iman..dh nk stat kurangkn buat kek...nk kecikkan pinggang la kunun!

    ReplyDelete
  10. aihhh kak...mana bole tahan tengok niii....hati meragam berkata 'mahu'....nmpk sedap tu..

    ReplyDelete
  11. sara...mai lah anto kt umah UJ sepiring...x thn tguk kek ni...

    ReplyDelete
  12. Rumit gak yek nak membuatnya..tapi hasilnya cantik sangat...tergoda lak saya tengok :)

    ReplyDelete
  13. Menggoda sungguh ni, lama dah tak mkn kek...

    ReplyDelete
  14. Aduhai mengodanya kek ni

    ReplyDelete
  15. sedapnya......boleh minta sepotong....

    ReplyDelete
  16. salam kak..

    wow, nampak cantik dan sedap la kek coklat mousse tu..bestnya kalau dapat makan juga..hihi.

    ReplyDelete
  17. sodap ni kak.. nak kena try.. tapi kena cari masa yang sesuai :) hihi

    ReplyDelete
  18. sy dah byk kali berangan nak buat...akhirnya asyik buat yg lain jek...ada resepi da tepek kat fridge magnet pun tak dibuat2 lagi...barang semua dah ada...entah bila nak buat

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...