Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

resepi cheese slice cake

Selamat malam mata ngantuk tahap gaban he hee takleh byk cerita ye. layan gambar dan respinya shj
Slice Cheese Cake
resepi oleh .jintanmanis.
4-5 keping slice cheese (guna jenama kraft) 200 ml susu segar 70 gram butter  70 gram tepung gandum (diayak dahulu) 70 gram gula 4 biji telur saiz M beberapa titik esen vanila


Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2.  Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa. 3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar. 4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. 5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul. 6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. g…

tart telur mabelesss

assalamualaikum
pagi tadi ada tgk MHI,pengacaranya beritahu dari sumber nya lah bulan yg ada "BER" adalah bulan musim hujan @ musim tengkujuh. maknanya oktoBER, novemBER dan disemBER lah kan emm betul gak tu kan.  Sekarang tgk kat TV sebelah PP,Pahang sudah dilanda banjir. Risau jugak kot2 umah kat kampung kena banjir mcm  tahun2 sudah.  Kesian kat makayah , harap2 tidaklah tahun ni . Bukanlah nak menidakkan ketentuanNya pulak. Petang tadi pun kat KLhujan turun dengan lebat kan, siap dgn dentuman petir.  Boleh dikatakan setiap hari hujan kalau tak pagi,petang, malam kan.

ok cerita pasal hujan petang2 ni biasalah kan pakat lapo je he hee Sb tu kita pun tayang le menu makan2 ye tak. Tart telur firstime try buat beberapa hari sudah. Dah letak kat fb pun he hee
resepi skodeng di blog resipicitarasawan. boleh kesana utk resepinya ye



daging masak merah ala thai

assalamualaikum
salam sejahtera buat semua teman-teman yg tak penah jemu utk berkunjung kesini alhamdulillah....walaupun tidak bersua tp terasa akan kewujudan kalian dgn komen2 yg membina. Persahabatan di alam maya lebih terasa seronoknya. sekadar luahan hati nak lagi bagiku yg memang tidak seramah org lain he hee 

okey memandangkan ada daging korban (rumah ni jarang ada stok daging he hee) so bolehlah masak menu daging kan. kita lebih suka daging dari ikan2 dan ayam sebenarnya daging ni makan tak rasa mual kalu ikan makan jg tp sikit2 memilih tau kena yg garing garing gitu dan suka ikan kecik2 je he hee kalu besau tu takut nak makan macam2 ragam...mungkin sb kecik2 dulu mak  bg makan yg kecik2 je kot heeeehe



ok jom tengok resepi, dari blog Sajian Bonda. Ala thai punya yg pasti sedappp tau. sb si kecik kat umah ni esoknya request lagi nak daging macam mama masak semalam ha haa suka la tu makan daging
DAGING MASAK MERAK ALA THAI oleh http://sajiandapurbonda.blogspot.com
Bahan-bahan:
1/2 kilo daging …

donut gebu

assalamualaikum
selamat malam sedang menjamu selera ker emmm sedapnya...makan apa tu??

Malam ni kita tayang donut ye. Lama jugak x mendonut sebenarnya inipun ahad lepas bangun pagi binggung nak makan apa breakfas ni Bila tanya si kecik adik ni jawapannya donut he hee dah tanya kan ala sian jugak bila dia sebut donut tu kan he hee terus goggle resepi. Sebab nak cepat makan terus tertarik resepi di blog kak Nik Ja mokwonik . kata kNJ donut yg  cepat2 boleh makan yum yumm he hee apalgi kita try la ye

kita wat separuh je dari aduanan ni , karang kalu banyak tak termakan
DONUT HASUE
sumber: Hasue@myR , Izah ML ...TQ!!

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )


500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) *saya letak gandum je

1Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan) 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir (KNJ guna 4-5 sudu besar) 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa] …

bubur gunting

assalamualaikum alhamdulillah bersua lagi ye pagi2 wat entry sementara menunggu en asben siap he hee kejap lg nak ke klinik otorinolaringologi HKL appoinment hidung (sinus) lama kan baru dpt  . so hari ni masuk lewat kerja.


nostalgia dulu2....tetiba pulak teringat he hee bubur gunting, lamanya tak  layan . Ala-ala bubur cha cha jugak ni cuma bezanya cha cha beli siap tp yg ni kena gunting2 dulu. kat kampung dulu arwah tok rajin buat bubur ni. biasanya kan org kg buat masa nak kenduri hbis pantang tu atau kenduri baby cukur jambul. ingat2 lupa bila arwah buat yg nampak mesti buat lempeng dulu pastu gunting panjang2. kuahnya santan la kan lemak2 manis gitu.


resepi bila goggle terjumpa disini
loveischinta-fadzlyana.blogspot.com/
  tqqqq
RESEPI BUBUR GUNTING a.k.a Bubur Caca
1 1/2 cawan tepung gandum (lebih pun xper kalau suka banyak) 1/2 cawan air sedikit garam halus 1 cawan gula halus sedikit biji sagu secekak daun pandan..(ikut suka..nak naik bau jer) sebiji kelapa parut (diperah n ambil santan nya)
Cara-ca…

bingka labu lemak manis

assalamualaikum
bersua lagi  breakfast semalam, bingka labu ni, makan ramai2 kat taska. alhamdulillah rezeki hari jumaat memasing bawa bekal he hee pastu share .my boss beli nasi lemak, dan sorang lg bawa nasi impit dgn sambal sotong, kentang ala2 steak dan aku kuih je he hee


kebetulan smlm en hubby suh buat kuih utk dibawa ke Melaka. beli labu bila rebus dan lecek dapat 4 cawan lebih so buat 2 adunan, satu loyang utk asben dan satu utk breakfast . sedappp lemak dan lembut. resepi dari cp dari blog dapur-mamasya lagi tqqqqqqqq mamasya. sy cp disini sebagai rujukan masa akan datang ye.




Bingka Labu Lemak Manis

Sumber;Yatimemories@Sinar Kehidupanku Oleh; Dapurmamasya 


BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci  2 biji telur  2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)- mama guna 1 pkt santan debu jadikan 2cwn  1/2 cwn susu cair  2 cwn tepung gandum  1/2 cwn gula pasir halus  1/2 cwn susu pekat manis  1/2 sudu kecil garam  1 sudu kecil esen vanilla  2 sudu besar …

puding coktail berkuah 2 mamasya

assalamualaikum
apa khabar semua teman2 alhamdullilah...semoga kita semua sentiasa di dalam lindungaNya sedar tak sedar kini sudah ke penghujung oktober cepat kan masa beredar...

tak ada cerita menarik atau menu istimewa nak ditampilkan akhir2 ni...kekekangan masa juga. amboi mcmlah buzy bebenor ye
ok smlm kita layan desert ni puding kastad coktail makan sejuk2 yummy sedappp tak terkata
jom tgk resepinya ye cp dari blog dapur-mamasya TQQQ mamasya
Puding Cocktail Berkuah
Sumber; K.Zai@Dapur Impian

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard 1 sudu besar tepung jagung 5 cawan air  gula ikut rasa manis  1 biji telur 
Cara-cara: 
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.  > Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.  > sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.  > dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.
Kuah:
1 tin susu cair  1 tin air (guna sukatan dr tin susu cai…

kek mable pelangi

assalamualaikum
selamat berhari minggu....hari utk berkemas apa yg patut pastu sambil2 tu masak2 he hee dah lama tak buat kek warna warni gini atau biasa panggil kek planta ni. kalu kat kampung tu kompemm sgt2 laku kejap je habis. ramai peminat kek ni.
boleh jugak makan2 petang kan, dgn air kopi o he hee
teringat kat kakak kat taiping tu kalu kek ni dia suka makan cicah air teh o.
ala tp kan kat umah ni petang sokmo cekodok je.
ok jom layan, karang nak buat kek lg utk raya haji pulak

kek pelangi
bahan-bahannya
1 cawan planta @ marjerin 1 cawan gula halus 4 biji telur 11/2 cawan tepung gandum 1 st baking powder 1st esen vanila
cara-caranya
pukul planta dan gula hingga kembang putih gebu masukkan telur satu persatu masuk vanila dan akhir tepung sebatikan warna ikut suka ye dan bakar 45 minit 170c

selamat hari raya korban & aneka kuih lapis

Assalamualaikum
        alhamdulillah bersua lg ye.          Kebelakangan ni lemau sikit plus buzy         Nk jln2 blog kenkawan pun x sempat.       x sempat nk ngadap lappy, komen pun dgn hp bila kelapangan.

 Beberapa hari lg kita semua akan.menyambut hari raya haji @  korban @  aidiladha. ada yg blk kg kan. Biasanya raya korban ni persediaan x sangat ala kadar je. Cuti pun sehari je hu huu Apapun Selamat menyambut aidiladha pd semua, Penting kita menghayati apa erti Korban sebenarnya.

Saja nk letak gambar2 kuih lapis ni. Kuih2 yg ditempah utk mkn2 majlis kecil kawan2 rapat. Resepi kuih lapis dah wat entry sblm ni. Blh rujuk bhgn resepi kuih2 talam. Dah serasi dgn resepi yg ni. Kadang2 bila yg mintak kuih segera kuih lapis ni jd pilihan sb penyediaan mudah sikit


Okeyyy sampai disini dulu.          Jumpa lg minggu dpn.

peringatan utk diri sendiri

atvt perkhemahan di Alang Sekayu Gombak

assalamualaikum
sebagai kenangan entry hari ni tentang xtvt anak daraku kakak Firashah , perkhemahan di Alang Sekayu Gombak pada  minggu lepas. Xtvt lazim untuk murid2 tahun 6 pada hujung tahun persekolahan .  xtvt selepas tamat UPSR jg. memang xtvt yg ditunggu-tunggu jg ni. Dari awal persekolahan sibuk kumpul dana he hee
walaupun  tahun ni tempatnya tidaklah jauh tetapi menarik sebenarnya. Mama sendiri pun belum sampai sini.
Cuma selalu dengar cerita tentang keistimewaan tempatnya.

Bertolak jam 3petang dari SKTK 1.
 Program berlangung utk 2 malam sahaja. Mengikut cerita si kakak ni seronok penuh padat xtvt disana. Sampaikan tidur pun kurang. Biasalah tu kan. Namanya pun kem he hee


masing2 tak sabar dah tu...nak naik bas utk tahun ni tshirt peserta berwarna oren,
inilah kakak yg agak susah nak senyum, bergambar pun kena paksa dgn mama ni

ok selamat berhari minggu ye

puding laici peach + jelly

assalamualaikum semua harap-harap semuanya sehat-sehat belaka ye. semalam terlebih rajin he hee tu yg watkan puding @ agar-agar laici ni. sedappp makan sejuk2 maklumlah tekak ni lepas batuk2 hari tu
sebenarnya nak wat agar-agar laici yg lembutt mcm taufu fa tu tp susu cair pula ada separuh je tu yg bertukar resepi he hee tgk peach pun masih ada teruslah masukkan je campur terus jadi lagu ni warna warni lak.
puding laici +peach+ jelly

bahan-bahannya
10 gm agar2 strip
5 cawan air
1 cawan air laici tin
1 cawan susu cair
gula ikut manis
buah peach dlm tin
jelly sumi

cara-cara

masak agar2 dgn 5 cawan air
setelah hancur masukkan gula
kemudian susu cair dan air laici
serta buah-buahan tadi

kemudian masukkan dlm acuan dan bekukan