Monday, 26 August 2013

snow cheese cake



assalamualaikum semua

entry kek hari ni ye. Snow cheese cake ni dah lama berangan nak buat. Bila asyik tgk ditayangkan kat blogger2 femes.
memang terliur tengok kan. kek yg penuh dgn rasa lemak2 chese.
kek spannya pun lembut je. 


alhamdulillah akhirnya terlaksana juga he hee
tp taklah secantik blogger2 femes.




resepi cp dari blog kak noor http://nooriahnaim.blogspot.com/

TQQQQ kak Noor


Kek Cheese Bersalji


Resepi : Sherry mz@MyR


  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.


3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.


4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.


6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.


7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.



18 comments:

Asyifa Mustaffa said...

Sedap kan kak...:-) anak2 sy suka...kek ni...

inazamri said...

untungnya org yg pandai buat kek.terliur tengok

rahel said...

beberapa hari ni mood nak mkn snow cheese cake je tapi belum kesampaian,bila Nampak kat sini terus semangat berkobar2 nak mengkek gak...alahai...sedap tu..

munna said...

aduhai sedapnya nampak kek ni.......

aTieYusof Family said...

wah...sedapppnya lah KAk..sllu sy beli kt kedai je...:)

Mamasya said...

Aslmkum Mamasaranur

mmg sedap snow cheese cake....rasa nak buat lagi...

Cendana Kasih said...

salam...sedapnyer,,mai la sepotong

Bbwana adienia said...

salam kak..

ni kek favourite sya ni kak..em, x penah jemu makan kek ni..ada lagi x? hehe..

Rohah said...

Mmg berbaloi..tak cjkup sepotong

Arisha Hoon said...

Salam Saranur...Salam Syawal..yong nak tanye..dulu sekolah Raja Perempuan Kelsom, Kuale Kangsor ke? Nama dan wajah besa..lgpun Saranur letak 74 ..umor sebaya dgn yong ni..hee..kalo salah mintak maaf yer..

Kak Nik Ja said...

Assalam Mamasara nur..kita nak 2 potong ek!!! simple2 deco..tetap chomei gak!

inahar ali said...

nak gaak sepotongg!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

dpt gak mkn kek ni masa gi rumah kazen ida... sedap plak yg org buat.. masa buat sendiri aritu rasa cam muak rasa susu sgt.. hehe..

mala said...

sedap kek ni. balik penang adik ipar buat 2 kali. tak leh makan selalu. jenoh nak jogging :-)

dela said...

adeh.... sedapnya kek tu... terlioq tengok ni...hhee

hainom OKje said...

Mula mula tu OKje ingat nasi briyani ke... hehe
Kira terer le tu SN lepas ni boleh buat lagi yeh!

hainom OKje said...

Mula mula tu OKje ingat nasi briyani ke... hehe
Kira terer le tu SN lepas ni boleh buat lagi yeh!

Solesbee Deeann said...

replica Argentina Soccer Jersey

France Soccer Jersey
wholesale France Soccer Jersey

biskut kacang hijau

assalamualaikum   tqqq AlongRoz kongsi resei BISKUT KACANG PEAS Resepi :  AlongRoz@HomeKreation BAHAN-BAHAN:- ...