Saturday, August 24

blueberry cheese tart

 assalamualaikum

salam hari minggu. mesti jem jalan2 di luar sana hari ni kan. semua keluar utk ke majlis2 rumah terbuka.
Biasa dah bila musim raya ni.
Sekolah2 kat sini semua sekolah berganti , ganti cuti raya hari tu so nampaknya nak keluar jalan kena waktu petang.


macam2 duk makan lepas raya ni  kan hu huuu 
tak makan mcmna pulak tu dah ada terhidang dpn mata he hee lgpun namanya majlis makan2 ye tak
ok cheese tart ni buat atas permintaan. ikutkan malas gak
mula2 buatkan utk sorang pastu bila nampak pulak dek cikgu sorang ni terus order lagi. wat kecik2 je senang nak ngap.


resepi kita cp dari blog  ovenkecil.blogspot.com/2011/10/blueberry-cheese-tart.html   TQQQQQ naz
                                                           

                                                  PASTRY/ TART SHELL/ CRUST

Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum
Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Naz guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Naz bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
Nota :
Jika menggunakan telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.

(b) CREAM CHEESE FILLING




Bahan-bahan : 
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

8 comments:

  1. bestnya kalau dapat ngap 2-3 ketul..

    ReplyDelete
  2. slm aidilfitri kak nuri..ni br rajin bw..hehehe

    ReplyDelete
  3. Rajinnya Sara... akak belum pernah buat sendiri... takut tak jadi ;)

    ReplyDelete
  4. mmg sedap..! Gebunya nmpk kak...:-)

    ReplyDelete
  5. salam syawal Saranur......

    wow kuih wajib dibulan syawal nie.....Yan suka2......sangat.....

    ReplyDelete
  6. Sedapnya...kita ada buat cistat tapi orang punya....hehe

    ReplyDelete
  7. Salam lebaran....semalam akak pergi 3 rumah open house. Kat sini tak sesedap tempat kita masakan mereka jadi taklah teruja sgt kakpb nk mkn. Hari ni terus puasa, sambung puasa enam.

    ReplyDelete

kata-kata manis,
tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

 Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...