Saturday, July 27

talam keladi




  • Keseimbangan dalam Hidup 

  •  Pada hakikatnya kita adalah hamba Allah yang diperintahkan untuk beribadah. Namun sayang hanya karena hal duniawi seperti pekerjaan, hawa nafsu dan lain-lain kita sering melupakan kewajiban kita. Pada bulan puasa ini kita terlatih untuk kembali mengingat dan melaksanakan seluruh kewajiban tersebut dengan imbalan pahala yang dilipat gandakan. Insyaallah





  • Talam keladi ni memang sedap, suka sgt rasa lemak2 dan harum keladi tu. Selepas bercerita dgn kgee yg kita peminat ubi hari tu, kak gee ni terus beli beberapa ketul ubi antaranya ubi keledek dan ubi sengkuang dan ubi keladi dan bg kat kita. Maka sb tu terhasilnya talam keladi ni.
    ha haa ikutkan tak kuasa nak buat talam2 ni kalu tak ada ramai org
    sapa lak nak perabih nanti.
    Dapat seloyang besar so bagi2kan pada semua staff taska. Pakat rasa.Alhamdulillah laku he hee buat pun kelam kabut sikit. tengahari tu lari balik umah mengukus
    pastu belum sejuk betul dah kena potong sb dah kol 6, masing2 nak balik umah. Snap ala kadar guna hp he hee


    Kuih Talam Keladi

    Sumber : Yatie Memories

    Bahan Lapisan Bawah :

    2 Cawan tepung beras 
    3 Sudu besar tepung ubi
    1 1/2 Sudu kecil garam
    6 Sudu besar gula pasir 
    300 ml santan pekat
    700 ml air

    300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).

    Cara-cara :

    1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
    2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
    3. Kaau sebentar dan tuang ke dalam loyang  Kukus selama 25 minit






    5 comments:

    1. sedapnya tgk kuih ni..
      jarang sy makan kuih talam ni Kak..:)

      ReplyDelete
    2. adoi kak...mmg sy suka sangat kuih2 talam nie...nak membuatnya tu...agak leceh juga...tp makannya lajuuuuu sngt..! hehe

      ReplyDelete
    3. Talam keladi memang sedap...suka mkn kuih talam tp jarang buat sebab kat umah tak ramaiorang...kita jer en hubby...

      ReplyDelete
    4. suka makan tapi takpenah buat sendiri.

      ReplyDelete
    5. talam keladi mmg sedap...sy & hb suka

      ReplyDelete

    kata-kata manis,
    tqqq di atas komen2 anda. insyaallah akan sy kunjung balas

     Assalamualaikum salam 15 Ramadan. Alhamdulillah "Wajib hukumnya bg org yg sedang berpuasa utk meninggalkan ghibah(membicarakan keburuk...