Wednesday, 17 July 2013

puding karemel tanpa telur

 Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".


Assalamualaikum

alhamdulillah...seminggu sudah kita menjalani ibadah berpuasa bulan Ramadhan tahun ini.
Syukur padaNya kerana masih diberi kesempatan


Puding karemel tanpa telur ni sempat buat smlm masa lepas sahur, dah lama teringin nak buat. Baru ada kesempatan, menu2 lain masak jg tp bab nak posing tu kadang2 terabai ,malas pun ada. dah siap hidang kat meja tau je lah he hee
Bila ptg tu masa lg pantas mcm2 nak buat memang tak sempatlah nk bergambar lg.
Resepi skodeng dari Lina pg jom intai2 disini ye. TQQQ Lina


RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber: Lina pg

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)

  • 2 sudu besar gula pasir
Bahan-Bahan B (Puding)
  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair 
  • 3sb  tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla
  • Cara-cara

  • Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
  • Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  • Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  • Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.


16 comments:

Cida de' Nuanza said...

wah...x penah mkn lak yg btanpa telo...
bagus ni..jimat telur...hihihi

LiNa_Pg said...

Assalam...
Dah buat ek?cantik kejadian puding ni.Senang kan?terima kasih sudi cube :)

Asyifa Mustaffa said...

kena cuba ni..slalu buat yg ada telor tu...anak2 x minat. ..sbb berbau..nnti nak cuba lah...

Nurzakiah Hanum said...

sedap

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah boleh cuba ni mama sara... tak ade telur tu .. nampak sedap jer :D

Suzana Ibrahim said...

sedapnya wat berbuka nanti!

MulutPayau said...

Nak cuba buat jugak lah nanti..biasanya buat yg ada telur....

Anna Qawina said...

Aslmkm..sedap ni..saya pon suka resepi ni sbb jimat telur..dah lama tak buat

Amie said...

Saya belum pernah buat versi eggless ni, tentu lebih sedapkan sebab takde bau telur.

fazianbatrisyia said...

kalau rajin nanti boleh buat la. puding karemel ni mmg kesukaan sy. Sesuai jugak buat utk MIL sy yg tak berapa suka bau telur dlm masakan...mesti dia sayangg...ha..ha.ha.(menantu tunggal la katakan)

ZQ Batik said...

Mmg sedap. Kakak saya buat.Tp sayang, anak2 dia x suka makan, abang ipar saya je yang makan... hehehe

tenku butang said...

hai.. salam kenal,
follower no.238
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun mcm teringin nak cuba versi tanpa telur ni.. tp rasanya tekstur dia mesti mcm agar2 kan? yg versi telur pun ada angan2 nak buat.. tp selalu je angan2 tak jadi kenyataan.. kesuntukan masa memanjang..

Umie Jazz said...

Assalamualaikum...sara...wah peberet nih..suka resepi yang tak guna telur....

Wiyah said...

best nya, terliur plak wiyah tgk puding karamel ni..best jugak buat moreh kan ;-)

Qasey Honey said...

kbiasaan bln posa byk nmpk puding karamel ni..baik kt bazar atau mne2..ade aje yg jual..tp buat sdri lg sedapkan..kecur tgk..hehe

biskut kacang hijau

assalamualaikum   tqqq AlongRoz kongsi resei BISKUT KACANG PEAS Resepi :  AlongRoz@HomeKreation BAHAN-BAHAN:- ...